Sayu! Anak Yatim Piatu Bayar Yuran Sekolah Guna Duit Syiling
Pagi – pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru – guru ‘ topup’ untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.
Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.
Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak – anak ini. Comel – comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.
Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak – anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.
Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.
UPDATE:
Di sini saya update sedikit cerita pelajar berkenaan. Menurut ustazah Khadijah bt. Alang Abu Shuker (guru pelajar tersebut),terdapat 2 orang pelajar yang dirasakan perlu dibantu, iaitu Nurkhatijah bt. Abdullah dan Norsyafiqah bt.Abdul Rahim. Kedua- duanya anak yatim. Seorang tiada emak dan seorang lagi tiada bapa. Boleh berhubung terus dengan ustazah Khadijah untuk maklumat dan bantuan.Nombor telefon bimbit ustazah:017-3078400.
Inilah pelajar yang dimaksudkan, adik Nurkhatijah bt. Abdullah. Happy je kan nak sekolah.
Nurkhatijah dan neneknya di rumah Ustazah. Datang rumah ustazah ingatkan nak mengaji Quran, rupanya ustazah beri sedikit taklimat untuk program shopping barang keperluan adik ni hasil bantuan dermawan.
Adik Nursyafiqah dan ibunya. Ibunya juga seorang cleaner yang akan tamat kontrak bulan 6 nanti. Pernah kena strok dan pertuturannya kurang jelas.
Dibawa membeli barang keperluan asas di Tesco dan baju sekolah dibeli di Pasaraya Hari – Hari.
Keluarga ini tidak meminta untuk dibantu, namun apakah kita sebagai saudara seagama, punya sedikit wang lebih hanya menutup sebelah mata sahaja melihat kesusahan mereka. Sesungguhnya,memuliakan anak yatim dan menggembirakan mereka hatta dengan sedikit manisan, akan dapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t.
Jumlah kutipan sebanyak RM1000.00 terkumpul selama satu hari setengah digunakan untuk program shopping pada 4 Januari 2014. Sebanyak RM800.00 dibelanjakan untuk keperluan anak – anak tersebut. RM200 dan lebihan baki sumbangan akan digunakan untuk keperluan persekolahan sepanjang tahun ini.
Allah s.w.t. melarang manusia berbuat zalim terhadap anak yatim. Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama. ALLAH subhanahu wata’ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3:
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
Itulah orang yang mengherdik anak yatim
وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.Berbahagialah ibu dan nenek adik – adik tadi, gurunya dan orang yang membantu mereka sesuai dengan hadith di bawah kerana anak – anak ini bakal menjadi penghalang api neraka kelak.
“Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.
Terima kasih kepada semua dermawan. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa kalian .
Jazakallah hukhairan kathira.
Oleh: Zunairah Abdul Ghani
INFO TAMBAHAN:
Untuk sumbangan, boleh hubungi ustazah Khadijah bt Alang Abd Shukur di talian 017-3078400 atau terus ke Sekolah Agama Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang. Nama pelajar sangat memerlukan bantuan ialah ;
1.Nurkhatijah bt. Abdullah,
2.Norsyafiqah bt.Abdul Rahim,
Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank ustazah Khadijah .
No Akaun Ustazah :158024762835
Incoming search terms:
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment