Ubuntu-Touch-OS1

Jika anda jenis yang berminat untuk mencuba perkara baru dan berani untuk mencubanya, Ubuntu Touch OS mungkin sesuai untuk anda untuk mencubanya. Ubuntu Touch OS bukan lagi sesuatu yang baru dan sebelum ini juga Canonical pernah mengumumkan bakal membolehkan pengguna Android untuk membuat dwi sistem pengoperasian menjelang tahun 2014.


Kini, Canonical menunaikan janjinya dengan pengenalan aplikasi yang membolehkan anda menggunkan Android dan Ubuntu Touch dalam satu telefon pintar. Dwi-boot ini bukan sesuatu yang baru memandangkan di versi desktop, anda juga boleh menggunakan Windows dan Ubuntu serentak.


dualboot-ubuntu


Jika anda tidak biasa dengan memasang Custom Rom, ia bukan penghalang untuk anda mencuba. setalh anda memasang aplikasi ini di Android, anda hanya perlu menggunakan aplikasi tersebut dan kemudian memilih samaada ingin menggunakan Android atau Ubuntu selepas anda restart telefon pintar anda.


Untuk anda yang ingin mencuba, anda boleh memuat turun aplikasi ini melalui laman web Ubuntu Developer berikut.Buat masa sekarang, kami belum berjaya memastikan samaada ia boleh digunakan di setiap peranti Android milik anda ataupun hanya sesetengah sahaja mampu untuk menggunakannya.




Sumber : Engadget






Entri: Canonical Membolehkan Pembangun Untuk Dwi-Boot Ubunto Touch Di Android Republish from: http://skynightz.com/canonical-membolehkan-pembangun-untuk-dwi-boot-ubunto-touch-di-android/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.