Teknologi Samsung memang tidak dinafikan kini menjadi kayu ukur kepada teknologi lain yang mungkin akan hadir pada masa hadapan. Dari pengeluar perkakasan rumah sehinggakan teknologi mudah alih yang lain, Samsung berjaya menguasai pelbagai jenis pasaran elektronik di dunia. Apakah teknologi yang mungkin hadir pada tahun 2014 oleh syarikat Samsung? Saya akan senaraikan inovasi terbaru mahupun pengenalan teknologi yang lebih mengagumkan oleh pihak Samsung pada tahun 2014.
Teknologi Resolusi 4k Untuk Skrin TV Terbaru Samsung
Consumer Electronics Show (CES) mungkin akan menjadi medan untuk pengenalan TV terbaru milik mereka yang menggunakan resolusi 4K. Resolusi 4K ini juga dikenali sebagai Ultra HD di mana ia mempunyai 4 kali ganda piksel lebih daripada teknologi Full HD yang ada sekarang. Full HD menggunakan teknologi 1080 piksel dan memang kini digunakan secara meluas pada masa sekarang. Berbeza dengan Ultra HD, ia masih tidak digunakan di rancangan TV ataupun filem-filem dan mungkin TV ini tidak akan berguna dalam 2 atau 3 tahun yang akan datang.
Selain itu juga, harganya mungkin juga akan mahal memandangkan teknologi ini baru diperkenalkan. Ia mungkin hadir dengan harga RM 25,000 dan ke atas. Ia bukan lagi gimik sahaja memandangkan Samsung sebelum ini juga pernah mengakui tentang kehadiran teknologi 4K ini di CES 2014.
Tablet Akan Lebih Banyak Diperkenalkan
Kami juga ada mendengar khabar angin tentang kehadiran tablet akan lebih banyak pada tahun 2014. Khabar angin ini juga ditambah dengan berita tidak rasmi kehadiran tablet Galaxy Tab dengan saiz 10.5 inci pada tahun hadapan. Mungkin, lebih banyak akan diperkenalkan pada tahun hadapan memandangkan pasaran tablet lebih meningkat dan peluang ini diambil oleh Samsung sebaik-baiknya.
Telefon Pintar Dengan Kuasa Pemprosesan Yang Sangat Laju Dan Skrin Lebih Besar
Ia bukan perkara yang pelik memandangkan ia sudah mula hadir pada tahun ini dengan pengenalan Galaxy Note 3 dengan kuasa pemprosesan yang pada laju pada masa sekarang. Manakala Galaxy S5 yang dikatakan akan hadir pada suku pertama 2014 juga akan hadir dengan teknologi yang terlalu melampau. Galaxy S5 dikatakan akan hadir dengan teknologi pengesanan DNA melalui mata dan juga badan diperbuat dari logam bagi bersaing dengan iPhone 5s milik Apple diperkenalkan pada September tahun ini.
Dengan teknologi pengesanan mata ini, anda tidak perlu menggunakan kata laluan untuk menetapkan kekunci pada telefon pintar anda.
Samsung juga di perkatakan akan memperkenalkan lebih banyak telefon pintar dengan spesifikasi rendah dan sederhana dengan harga yang murah. Ia juga adalah sebab mengapa Samsung menjadi pilihan ramai pengguna oleh kerana pengenalan pelbagai jenis telefon pintar dari yang murah sehinggakan yang mahal.
Lebih Banyak Skrin Yang Melengkung Akan diperkenalkan
Samsung sebelum ini telah memperkenalkan Samsung Galaxy Round dengan skrin melengkung. Telefon pintar ini nampaknya mendapat sambutan hangat oleh para pengguna. Skrin melengkung sebenarnya membantu untuk mengelakkan skrin tidak pecah sewaktu jatuh oleh kerana ia melengkung ke bahagian dalam. Samsung Mungkin akan memperkenalkan Galaxy Round 2 pada masa hadapan.
Entri: Teknologi Samsung Yang Mungkin Akan Hadir Pada Tahun 2014 Republish from: http://skynightz.com/teknologi-samsung-yang-mungkin-akan-hadir-pada-tahun-2014/
Post a Comment