Guru Dikecam Kerana Hisap Vape Dalam Kelas. Update informasi semasa. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Berita #Semasa yang memaparkan Informasi atau Berita Semasa di Blogosphere Malaysia. Semoga Guru Dikecam Kerana Hisap Vape Dalam Kelas menjadi antara bahan bacaan sihat untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Guru Dikecam Kerana Hisap Vape Dalam Kelas
PUTRAJAYA - Gambar seorang guru sekolah sedang menghisap rokok elektroinik atau vape di kelas tersebar di laman sosial sejak malam tadi. "Macam mana dia boleh jadi pendidik ye? Memang orang yang dah #vapeOn ini terus #OtakOff ke macam mana?" kata Shazroul yang memuat naik gambar berkenaan di laman Facebook 15 jam yang lalu. Seorang guru lelaki berkaca mata hitam dilihat sedang menghisap vape tatkala anak muridnya sedang menerangkan masalah kerja sekolah yang dihadapi. Tindakan guru berkenaan yang menghisap vape di dalam kelas dikecam oleh netizen yang menganggap itu satu tindakan bodoh dari seorang guru. "Nak bervaping atau apa sekali pun, jangna ingat boleh hembus asap vape di mana-mana terutamanya di depan kanak-kanak. Sudahlah memakai cermin mata hitam, hisap vape lagi depan murid. Apa lagi yang tinggal untuk dijadikan sebagai contoh pada murid?" kata netizen. "Memalukan golongan pendidik! Sebagai seorang warga pendidik, jangan berikan contoh yang tidak baik kepada pelajar kerana mereka sangat mudah terpengaruh. Tetapi kalau dah begini perangai sesetengah guru, selepas ini jangan salahkan ibu bapa pelajar pula," kata Yahya. Walaupun begitu, ada yang berpendapat bahawa gambar yang tersebar itu adalah gambar yang telah diedit bagi mencemarkan imej golongan penggemar rokok elektronik.
Makluman: Artikel Guru Dikecam Kerana Hisap Vape Dalam Kelas termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada cikgumerah penulis asal Guru Dikecam Kerana Hisap Vape Dalam Kelas
Cikgu Aishah Dikecam Kerana Berpakaian Terlalu Menjolok Mata. Update informasi semasa. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Berita #Semasa yang memaparkan Informasi atau Berita Semasa di Blogosphere Malaysia. Semoga Cikgu Aishah Dikecam Kerana Berpakaian Terlalu Menjolok Mata menjadi antara bahan bacaan sihat untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Cikgu Aishah Dikecam Kerana Berpakaian Terlalu Menjolok Mata
CIKGU Aishah yang sebelum ini viral kerana memiliki wajah yang cantik dan berpakaian menutup aurat jadi kecoh lagi di media sosial hari ini kerana pakaiannya tiba-tiba berubah. Hari ini, para netizen agak marah apabila dia dilihat berpakaian ketat dan sangat seksi ketika menghadiri sebuah majlis bersama seorang lagi pelakon jelita Nelydia Senrose.
Dengan wajah yang sedikit berisi daripada sebelum ini, Cikgu Aishah berpakaian blaus yang ketat dan skirt yang amat-amat pendek. 5 Gambar itu ternyata berbeza dengan kemunculan watak Cikgu Aishah awal-awal dulu di internet yang menyerupai seorang ustazah.
Kisah Cikgu Aishah tidak lama dulu pernah menjadi viral di laman sosial kerana surat cinta yang diberikan oleh seorang lelaki iaitu bap kepda pelajarnya ketika dia bertugas sebagai guru sementara di sebuh sekolah.
Sebenarnya, Cikgu Aishah atau namanya Puteri Aishah merupakan antara finalis Dewi Remaja bagi tahun 2014/15 yang berlangsung baru-baru ini. Berkaitan kisah viralnya, dia mengatakan bahawa surat berkenaan tiada apa-apa kaitan dengan dirinya dan berasakan isu itu tidak perlu diperbesarkan.
Makluman: Artikel Cikgu Aishah Dikecam Kerana Berpakaian Terlalu Menjolok Mata termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada cikgumerah penulis asal Cikgu Aishah Dikecam Kerana Berpakaian Terlalu Menjolok Mata
Perdana Menteri Belanda Cemburu Dengan Prestasi Cemerlang Ekonomi Malaysia - Najib. Update informasi semasa. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Berita #Semasa yang memaparkan Informasi atau Berita Semasa di Blogosphere Malaysia. Semoga Perdana Menteri Belanda Cemburu Dengan Prestasi Cemerlang Ekonomi Malaysia - Najib menjadi antara bahan bacaan sihat untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Perdana Menteri Belanda Cemburu Dengan Prestasi Cemerlang Ekonomi Malaysia - Najib
Kuala Lumpur: “Saya cemburu dengan prestasi ekonomi Malaysia,” kata Datuk Seri Najib Razak yang memetik Perdana Menteri Belanda Mark Rutte di Dewan Rakyat, semalam. Perdana Menteri berkata, malah Rutte mengakui dalam pertemuan kelmarin keadaan ekonomi negara ini jauh lebih baik berbanding Belanda. Kerana itu, kata beliau, kedudukan ekonomi negara tidak terancam dengan jumlah hutang kerajaan sekarang. “Hutang negara berada pada paras 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara lain dan kedudukan ini tidak mengancam kedudukan ekonomi yang turut dipersetujui negara luar,” kata beliau menjawab soalan tambahan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) ketika sesi soal jawab. Seng Giaw mahu tahu bagaimana kerajaan menyelesaikan masalah hutang negara, kenaikan kos perbelanjaan sektor awam dan kos sara hidup. Berkaitan hutang isi rumah, menurut Najib, ia berada pada tahap 80 peratus berbanding Amerika Syarikat yang membawa kepada krisis subprima. “Sebahagian besar hutang isi rumah negara adalah hutang membeli rumah. Jadi ada aset sokongan dan aset beli rumah terus meningkat. “Walaupun pada tahap 80 peratus, kita mesti sedar, sebahagian besar adalah hutang membeli rumah, nilai aset ini akan terus meningkat,” kata beliau.
Makluman: Artikel Perdana Menteri Belanda Cemburu Dengan Prestasi Cemerlang Ekonomi Malaysia - Najib termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada cikgumerah penulis asal Perdana Menteri Belanda Cemburu Dengan Prestasi Cemerlang Ekonomi Malaysia - Najib
Tak Suka PM, Boleh Keluar - Mohammad Hassan. Update informasi semasa. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Berita #Semasa yang memaparkan Informasi atau Berita Semasa di Blogosphere Malaysia. Semoga Tak Suka PM, Boleh Keluar - Mohammad Hassan menjadi antara bahan bacaan sihat untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Tak Suka PM, Boleh Keluar - Mohammad Hassan
Menteri Besar Negeri Sembilan menyindir sesiapa yang tidak suka kepada Perdana Menteri supaya berhenti kerana kerja ini bukan sesuatu paksaan. Mohammad Hassan menceritakan kisah hubungan antara anak dengan ibu bapa dan pekerja dengan “boss” yang jelas merujuk kepada isu beberapa orang Menteri yang tidak lagi bersetuju dengan Perdana Menteri.
Makluman: Artikel Tak Suka PM, Boleh Keluar - Mohammad Hassan termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada cikgumerah penulis asal Tak Suka PM, Boleh Keluar - Mohammad Hassan
Kurangkan Waktu Pelajaran Geografi, Supaya Ramai Anak Melayu Menjadi Usahawan - Ahmad Maslan. Update informasi semasa. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Berita #Semasa yang memaparkan Informasi atau Berita Semasa di Blogosphere Malaysia. Semoga Kurangkan Waktu Pelajaran Geografi, Supaya Ramai Anak Melayu Menjadi Usahawan - Ahmad Maslan menjadi antara bahan bacaan sihat untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Kurangkan Waktu Pelajaran Geografi, Supaya Ramai Anak Melayu Menjadi Usahawan - Ahmad Maslan
Kepercayaan orang ramai adalah sesiapa sahaja boleh menjadi kaya di Malaysia tanpa bekerja keras selama bertahun-tahun hanya dengan menjadi politikus Umno-Baru. Lupakan sahaja integriti dan kemegahan diri. Jadi sahaja seorang pengampu dan bersedia untuk membuat jenayah dan menipu orang lain. Jika ada yang tidak bersetuju, hantar sahaja samseng kepada mereka. Penyokong Umno-Baru yang memerlukan bukti bahawa dasar mereka sudah menggagalkan Melayu – orang yang kononnya mereka lindungi – tidak perlu melihat jauh melangkaui Menteri-menteri mereka. Jika kita ingin meningkatkan standard pendidikan yang rendah, kita perlu selesaikan punca utama masalah, dan bukan sekadar gejalanya. Dalam isu pendidikan, ini bermakna menyingkirkan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan penasihatnya. Dua tahun lalu, Muhyiddin berkata bahawa rakyat Malaysia memiliki “sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia”. Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bertanya mengapa murid Melayu ketinggalan berbanding murid China, dan keliru kerana hanya sedikit orang Melayu yang menjadi usahawan. Tiga perkara adalah jelas. Politikus Umno-Baru pandai memutarbelitkan kegagalan dasar mereka menjadi isu dengan berbau perkauman. Daripada menyatakan punca masalah yang dialami masyarakat Melayu, Umno-Baru membangkitkan kekurangan Melayu dengan memalukan mereka. Tambahan pula, parti itu berperangai seperti orang yang memiliki sakit pasif-agresif. Apabila orang Cina tidak menjadi kambing hitam, Umno-Baru akan memuji mereka, namun hanya dengan niat merendah-rendahkan Melayu. Ahmad Maslan menyatakan kebimbangan terhadap kurangnya usahawan Melayu. Beliau berkata, “Anak-anak Cina walaupun tidak diajar tentang keusahawanan di sekolah, belajar daripada kedai runcit ibubapa mereka selepas pulang.” “Mereka membantu ibubapa di kedai, kilang, mereka pergi ke syarikat ibubapa. “Namun anak Melayu tidak begitu. Mereka melastik burung di bawah pokok kelapa sawit, mandi air terjun dan parit. Bila mereka boleh jadi usahawan?” Tindakan generalisasi dan melaga-lagakan kaum oleh menteri itu ternyata salah. Umno-Barulah yang merampas semangat untuk bersaing daripada orang Melayu. Orang Melayu diberikan bantuan, sementara orang Cina terpaksa bergantung dengan usaha sendiri untuk terus hidup. Kebanyakannya bekerja keras, mengambil setiap peluang yang ada dan memperkembangkan kemahiran untuk bersaing. Orang Melayu pula dimanjakan. Ahmad Maslan enggan mengakui ada ribuan usahawan Melayu yang tekun. Mereka berjuang dan berhadapan persaingan sengit dengan orang Melayu lain yang mempunyai ‘kabel’ dengan mereka yang berpengaruh. Melayu Umno-Baru adalah ancaman kepada usahawan Melayu dan Cina. Jika Ahmad Maslan ingin tahu mengapa prestasi anak-anak Melayu agak terkebelakang di sekolah, beliau patut menyiasat sendiri dakwaan ramai bekas guru berhubung markah lulus sesetengah mata pelajaran yang diturunkan, agar lebih ramai murid Melayu lulus peperiksaan. Sistem itu telah berbohong kepada anak-anak Melayu dan membuatkan mereka merasa hebat, walaupun ia palsu semata-mata. Umno-Baru telah mencabul semangat nasionalisme. Anak-anak Melayu keberatan untuk bercakap dan menjadi fasih dalam Bahasa Inggeris. Mereka menganggap bercakap Bahasa Inggeris adalah tidak patriotik. Ramai anak Melayu tidak dapat bercakap Bahasa Melayu, dan juga Bahasa Inggeris dengan betul. Mengabaikan Bahasa Mandarin juga merugikan mereka, terutama dalam perniagaan tempatan dan ketika berurusan dengan China. Menukar nama jalan di bandar dan pekan adalah satu cara memadam sejarah penjajahan kita. Sejarah Malaysia telah menjadi satu pembelajaran tentang bagaimana Islam menguasai Malaya di zaman awalnya. Sejarah kita mengabaikan tokoh seperti Yap Ah Loy, tetapi menumpukan tentang pembentukan Kesultanan Melayu. Bukan sejarah sahaja yang diancam di sekolah. Dengan bantuan Muhyiddin, Ahmad Maslan ingin mengurangkan waktu pengajaran Geografi untuk mata pelajaran baru “Keusahawanan” di sekolah menengah. Walaupun berkata beliau tidak memusuhi Geografi, Ahmad Maslan berkata, “Buka peta dunia, tunjuk 200 negara, selesai. Apa lagi yang perlu belajar dalam Geografi?” Beliau percaya bahawa Geografi hanyalah dengan membuka atlas. Kita perlu melihat semula latar belakang menteri Umno-Baru. Adakah mereka kebanyakannya politikus sepenuh masa? Dengan mendakwa mata pelajaran “Keusahawanan” akan membantu melahirkan lebih ramai usahawan, Ahmad Maslan berkata beliau mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Bagaimana untuk mencapainya, jika ramai warga Malaysia berhijrah ke luar negara? Jika kita masih lagi bergantung dengan buruh murah asing? Untuk melahirkan usahawan Melayu yang baru, Ahmad Maslan perlu memansuhkan dasar Umno-Baru yang sudah berjalan berdekad lamanya. Melayu “baru” perlu memiliki pendekatan secara langsung. Perniagaan bukan tentang mengaut komisen tanpa usaha, atau pun melaksanakan model perniagaan “Ali Baba”. Mereka perlu bersedia berhadapan dengan risiko. Berdekad lamanya, orang Melayu telah didoktrinkan oleh Umno-Baru agar takutkan perubahan. Adakah orang Melayu akan memperbaiki sikapnya terhadap masa? Adakah seorang usahawan Melayu itu akan sabar? Beliau mesti bersedia untuk berhadapan dengan banyak kegagalan sebelum menikmati kejayaan. Adakah beliau akan belajar untuk menerima bahawa beliau bertanggungjawab dalam setiap tindakannya? Orang Melayu yang bijak bukan sahaja akan memiliki perniagaan yang berjaya, tetapi akan menjadi ancaman kepada kelangsungan Umno Baru. Ini kerana mereka tahu bahawa jika mereka berkerja keras, mereka akan berjaya. Tidak seperti kroni Umno-Baru yang berkerja dengan pendekatan perniagaan yang subahat, bersama-sama samseng yang berlakon sebagai politikus. - See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Umno-adalah-jalan-paling-mudah-menjadi-kaya#sthash.5b7fZFF9.dpuf
Makluman: Artikel Kurangkan Waktu Pelajaran Geografi, Supaya Ramai Anak Melayu Menjadi Usahawan - Ahmad Maslan termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada cikgumerah penulis asal Kurangkan Waktu Pelajaran Geografi, Supaya Ramai Anak Melayu Menjadi Usahawan - Ahmad Maslan
Lebih 8,000 barang turun harga : Rakyat Patut Berterima Kasih pada Kerajaan. Update informasi semasa. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Berita #Semasa yang memaparkan Informasi atau Berita Semasa di Blogosphere Malaysia. Semoga Lebih 8,000 barang turun harga : Rakyat Patut Berterima Kasih pada Kerajaan menjadi antara bahan bacaan sihat untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Lebih 8,000 barang turun harga : Rakyat Patut Berterima Kasih pada Kerajaan
Sebanyak 8,285 produk pelbagai barangan telah diturunkan harga sehingga 70 peratus sejak Kempen Penurunan Harga 2015 peringkat kebangsaan dilancarkan awal bulan ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kempen itu melibatkan 1,036 pengusaha industri runcit termasuk pasar raya besar serta pasar raya mini di seluruh negara. Katanya perkembangan positif itu adalah hasil perbincangan antara kerajaan dan penggiat industri bagi menjayakan kempen penurunan harga barang. "Kerajaan telah buat kempen penurunan harga sejak 2008 sehingga kini. Penyertaan merupakan komitmen secara sukarela dengan peratusan penurunan harga barang keperluan antara 10 hingga 70 peratus. "Saya anggap kempen tahun ini bersejarah kerana sehari sebelum kempen dilaksanakan, kerajaan telah umum kenaikan harga minyak sebanyak RM0.25 tetapi ia tetap mendapat kerjasama pihak terbabit," katanya menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu). Abdul Aziz bertanya sama ada kementerian bercadang mewujudkan jawatankuasa yang dapat mencari resolusi menurunkan harga barang sejajar penurunan harga minyak. Menjelas lanjut, Hasan berkata adalah menjadi harapan kerajaan agar kempen ini akan membantu meringankan beban rakyat terutama mereka dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Justeru, beliau menyeru pelbagai pihak lain, termasuk pengusaha restoran agar menyertai kempen itu dengan menawarkan harga berpatutan kepada pengguna dan tidak mengambil kesempatan mengenakan harga yang tidak munasabah. Menjawab soalan tambahan Abdul Aziz yang ingin tahu kaedah yang diambil kerajaan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang sesuka hati, Hasan berkata kerajaan telah menambah kira-kira 2,000 pegawai penguat kuasa bagi memantau harga barang keperluan. Katanya pemantauan itu juga dibantu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang telah dilantik di setiap kawasan parlimen dengan melaporkan terus kepada ibu pejabat kementerian sekiranya terdapat kenaikan harga barang di kawasan mereka. Hasan berkata peningkatan statistik aduan daripada pengguna juga meningkat membuktikan pendidikan yang dijalankan memberi kesan kepada pengguna selain menjadikan pengguna peka dengan perkembangan harga barang keperluan.
"Kita didik pengguna supaya prihatin. Maka mereka akan bersama membantu kementerian memerangi peniaga yang enggan ikut arahan supaya turun harga barangan," katanya. Pada 2013, sebanyak 11,851 aduan mengenai harga barang telah diterima dan kerajaan telah menyelesaikan 97 peratus manakala aduan pada 2014 meningkat kepada 14,089 (16 peratus). "Bila ada respons pengguna, ini membuktikan mereka bagi kerjasama penuh dan mahu memerangi peniaga tidak bertanggungjawab. Dan kita dapat kawal perkara ini," katanya. -Bernama
Makluman: Artikel Lebih 8,000 barang turun harga : Rakyat Patut Berterima Kasih pada Kerajaan termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada cikgumerah penulis asal Lebih 8,000 barang turun harga : Rakyat Patut Berterima Kasih pada Kerajaan
Tidak Apa Jika Ada Unsur Rasuah - Hishamuddin. Update informasi semasa. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Berita #Semasa yang memaparkan Informasi atau Berita Semasa di Blogosphere Malaysia. Semoga Tidak Apa Jika Ada Unsur Rasuah - Hishamuddin menjadi antara bahan bacaan sihat untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Tidak Apa Jika Ada Unsur Rasuah - Hishamuddin
Bismillahirrahmanirrahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah orang politik, Ketua Cawangan atau JKKK. Saya juga bukan ahli mana-mana parti samada yang berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis untuk orang-orang susah, untuk diri saya. Alhamdulillah, cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini. Oleh itu, sudi-sudilah kiranya para sahabat membaca tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dengan hati terbuka. Mengkritik kerajaan yang ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya untuk rakyat kebanyakan ini. Menteri-menteri Bodoh! Berdasarkan kenyataan bapak-bapak menteri itu, sakit hati tak baca kenyataan mereka yang bergelar menteri apabila ditanya oleh rakyat? Pastinya, terguris hati pengundi yang telah memberi undi atau kepercayaan kepada mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka, "kalau tak suka... !" Jadi, eloklah kita panggil mereka ini, "Menteri Kalau Tak Suka". Saya ingin bertanya, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yang akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kepada Inggeris. Kenapa saya kata demikian? Kerana mereka tidak berwibawa untuk membela nasib rakyat. Jadi, di sini mari kita buat perbandingan antara Malaysia dan Singapura dalam pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dari Malaysia dalam sengketa politik hanyalah sebuah pulau.Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang ketua negara yang diiktiraf sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum akan kewibawaanya. Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yang kecil tanpa minyak dan yang terpenting tanpa air. Nak buat apa? Kuan Yew bertindak pantas. Pertama, apa yang dilakukannya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi-agensi kerajaan. Beliau tahu dengan rasuah, ekonomi sesebuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas. Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yang bernama Kuan Yew ini. Negaranya tiada air tapi dengan air yang dibelinya dari Johor, dengan air itu juga dia membuat duit untuk negaranya berjuta-juta ringgit setahun. Johor pula kaya dengan air, dijualnya air tapi dibeli dengan harga lebih mahal daripada Singapura. Lucukan? Bukan terhadap air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kepada minyak juga. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak untuk ditapis dan dieksport kembali minyak tersebut dengan keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yang mahir untuk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yang berminat mengimport tenaga mahir. Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya meyakinkan para pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur di sana. Tidak cukup dengan itu, bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini, jutawan-jutawan dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi untuk menyimpan wang mereka. Berbanding dengan Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kepada Singapura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakannya untuk menjana ekonomi rakyat? Kepimpinan negara yang baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dengan sumber alam semulajadi yang begitu banyak Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat untuk dikenakan dengan pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yang banyak itu dibelanjakan? Apa? 'Hidden hand!' Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia, mereka telah meminta nasihat daripada Israel untuk membangunkan ekonomi Singapura. Dalam erti kata lain, Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri. Kenapa kata begitu? Antaranya kerana Lee Kuan Yew banyak mengikut atau mengkaji apa yang dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar dunia tetapi 99% rakyat Israel tidak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yang 'dungu' dan berpenyakit. Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yang merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok dalam kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus untuk rakyat memikirkan kembali untuk berhenti merokok. Okey, tak mengapa, jangan gaduh-gaduh. Yelah Jews bergabung dengan East Jews (bangsa China terkenal juga dengan jolokan East Jews kerana kepintaran mereka). Kita terbang pula ke Korea. Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yang jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dengan kita. Pada tahun 1950, Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Akibat perang dengan Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kepada pertanian sahaja. Menurut cerita, sekitar tahun 70-an, Malaysia jauh lebih maju daripada Korea tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dengan penguasaan teknologinya tinggi. Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia; a) Korea (1980) - $1845.66 b) Malaysia (1980) - $1804.12 Maksudnya di sini, pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980. Kemudian lihat apa yang berlaku 26 tahun selepas itu; a) Korea (2006) - $18,674.44 b) Malaysia (2006) - $5,781, kita ketinggalan hampir 323% dengan Korea. Sebenarnya sejak tahun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dengan Korea. Kita berangan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama untuk jadi negara maju adalah pendapatan perkapita $15K ke atas. Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yang mampu untuk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yang hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak-agak boleh ke kawan-kawan? Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997, Korea lebih teruk dilanda kegawatan, malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF tapi mereka bergerak pantas untuk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yang kononnya hebat tidak meminjam dari IMF, masih termengah-mengah untuk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dalam negeri semakin menurun. Tentu ada yang tak kena dengan polisi yang ada sekarang. Dari sebuah antara negara yang termiskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dengan nilai ekonomi trillion, malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dengan baik. Sayangnya bukan teknologi Korea ini yang dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K-Pop yang sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yang dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia khasnya orang Melayu, bab hiburan nombor satu! Kebangkitan Korea dalam bidang automotif awal sedikit dari Proton tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta-juta unit di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya. Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri. 5 kali tukar RM 15k. Selain itu, antara yang peliknya dengan Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tiada? Kalau beli high-line, semua benda itu ada. Seolah-olah yang kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari orang miskin. Macam kes kapal Titanic la pulak. Berbalik kepada negara Korea, mereka sudah jauh kehadapan dalam penciptaan produk elektronik. Jenama mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung, seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama telefon bimbit paling digemari di seluruh dunia. Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar untuk menguasai Sains & Teknologi membuahkan hasilnya kini. Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana, mereka yang berjawatan pemimpin tidak berani buat benda-benda mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dah 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai, bagi BRIM, balik pilih benda yang sama. Perlu diingat sampai bila kita nak macam ini. Bagi saya, parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai check and balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yang kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yang bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dalam setiap negara. Contoh, banyak ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran. Korea dan Singapura, masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah macam halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen untuk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dengan mereka. Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, mata wang asing yang lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dengn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal. Suruh rakyat berjimat, ambil subsidi rakyat tapi dalam masa yang sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat di Malaysia ini pun masih lagi dalam kadar 60-70%. Nak tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan. Lepas tu, kita tengok tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya, sebab apa mereka begitu? Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat macam tak rasa bersalah langsung. Patut letakkanlah seseorang menteri itu mengikut kebolehan menteri terbabit. Yang dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan, sebagai contoh. Apa yang dia boleh sumbangkan? Cuba letak di tempat kemahirannya, barulah dia berfungsi dengan baik di kementerian terbabit sebab menteri itu tahu kerja dia macam mana. Okey, persoalannya kenapa kita tertinggal dengan Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar kepada kroni-kroni terutama untuk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun, kerajaan hilang antara 20-30 bilion. Tak tahu siapa yang lesapkan. Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tiada, petroleum tiada, gas tiada, UMNO tiada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dengan Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos, mereka bawa masuk tentera US. Korea tak buat projek mega, tak buat istana nak menunjuk-nunjuk, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta tapi mereka buat jalan raya yang baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yang tinggi untuk rakyat mereka. Selain itu, masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna, manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta. Dalam isu yang lalu, saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yang kita semakin lama semakin jauh ketinggalan. UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia), mereka ini boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dengan dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi orang yang mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup. Buat sahabatku sekalian, sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit untuk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma. Kerajaan yang baik sepatutnya memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat, bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dengan baik atau dilimpahkan kepada kroni masing-masing, rakyat yang terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yang pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kepada kalian. Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih yang kemungkaran itu…" KARANGAN DI ATAS ialah penulisan saudara Norman. Ia telah dikongsikan oleh lebih 20 ribu pengguna di Facebook. Aku suka baca mende nih, nak tulis sendiri tak pandai. Untuk makluman, beberapa ayat atau ejaan telah diubah supaya lebih mesra pembaca dan diyakini, olahan yang dibuat masih membawa maksud yang sama.
Makluman: Artikel Tidak Apa Jika Ada Unsur Rasuah - Hishamuddin termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada cikgumerah penulis asal Tidak Apa Jika Ada Unsur Rasuah - Hishamuddin
Ia Tidak Menjadi Satu Kesalahan Duit RM 2.6 Bilion Masuk Kedalam Akaun - Ketua Polis Negara. Update informasi semasa. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Berita #Semasa yang memaparkan Informasi atau Berita Semasa di Blogosphere Malaysia. Semoga Ia Tidak Menjadi Satu Kesalahan Duit RM 2.6 Bilion Masuk Kedalam Akaun - Ketua Polis Negara menjadi antara bahan bacaan sihat untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Ia Tidak Menjadi Satu Kesalahan Duit RM 2.6 Bilion Masuk Kedalam Akaun - Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menemui sebarang bentuk jenayah dalam rakaman video menunjukkan tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Katanya, ia tiada unsur jenayah kerana rakaman menunjukkan perbualan bekas timbalan perdana menteri itu hanya menunjukkan dakwaan wang dimasukkan ke dalam satu akaun. “Ia hanya satu rakaman video pendek mengenai perbualan yang menyebut mengenai sejumlah wang tertentu dipindahkan ke akaun seseorang. “Saya tidak fikir ia merupakan satu kesalahan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media bersama dengan pengganti Muhyiddin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Lumpur. Khalid semalam menyebut, pasukan petugas khas yang menyiasat 1MBD akan meneliti rakaman video itu.
Makluman: Artikel Ia Tidak Menjadi Satu Kesalahan Duit RM 2.6 Bilion Masuk Kedalam Akaun - Ketua Polis Negara termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada cikgumerah penulis asal Ia Tidak Menjadi Satu Kesalahan Duit RM 2.6 Bilion Masuk Kedalam Akaun - Ketua Polis Negara
Muhyiddin Sahkan Najib Ambil RM 2.6 Bilion Duit 1MDB Masuk kedalam Akaun Peribadi Beliau. Update informasi semasa. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Berita #Semasa yang memaparkan Informasi atau Berita Semasa di Blogosphere Malaysia. Semoga Muhyiddin Sahkan Najib Ambil RM 2.6 Bilion Duit 1MDB Masuk kedalam Akaun Peribadi Beliau menjadi antara bahan bacaan sihat untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Muhyiddin Sahkan Najib Ambil RM 2.6 Bilion Duit 1MDB Masuk kedalam Akaun Peribadi Beliau
Krisis pemecatan Tan Sri Muhyiddin hampir mencapai kemuncak.
Terbaru Tan Sri dedahkan bahawa Najib memang telah mengambil RM 2.6 Bilion
masuk ke dalam akaunnya,
Dalam video ini Tan Sri seperti menyoal Najib kenapa duit iru masuk kedalam
akaun peribadi beliau. Rakaman ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Kedah.
Makluman: Artikel Muhyiddin Sahkan Najib Ambil RM 2.6 Bilion Duit 1MDB Masuk kedalam Akaun Peribadi Beliau termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada cikgumerah penulis asal Muhyiddin Sahkan Najib Ambil RM 2.6 Bilion Duit 1MDB Masuk kedalam Akaun Peribadi Beliau
Pembangunan sesebuah laman web yang berjaya adalah datang daripada cara ia dibangunkan samaasa teratur mahupun sebaliknya. Ia bagi menjamin penambahbaikan pada sesebuah laman web tersebut dilakukan pada masa hadapan dalam keadaan yang mudah dan tidak terlalu memeningkan kepala. Bayangkan jika setiap projek yang dibangunkan mempunyai template yang berlainan, pastinya anda akan sukar untuk mengenal pasti cara ia dibangunkan sekiranya setiap satunya mempunyai template berlainan.
Bagi memudahkan pembangunan laman web, setiap design projek yang dibangunkan oleh saya pastinya menggunakan front-end framework contohnya Bootstrap dan Foundation. Namun begitu, antara kesemua front-end framework yang pernah digunakan oleh saya, saya amat berpuas hati dengan Bootstrap yang kini sudah mencapai angka versi v3.1.1. Walaubagaimanapun, Foundation tetap juga mempunyai kelebihan tersendiri contohnya pada jumlah fungsi yang ditawarkan olehnya. Tetapi kali ini, saya akan menfokuskan cara bagaimana untuk memulakan sesebuah projek yang dibangunkan menggunakan Bootstrap 3. Kedua-dua front-end framework ini juga membantu untuk membolehkan anda menyiapkan sebuah laman web responsif. Apakah maksud laman web responsif? Saya akan bincangkan perkara ini pada masa akan datang bersama anda dalam artikel yang lain.
Untuk itu, anda boleh memuat turun fail terbaru Bootstrap 3 di laman web getbootstrap.com. Jika anda tidak tahu mana satu fail yang ingin dimuat turun, saya sertakan link di bawah.
[download text="Muat Turun Bootstrap 3.1.1"]http://github.com/twbs/bootstrap/releases/download/v3.1.1/bootstrap-3.1.1-dist.zip[/download]
Bootstrap 3 telah menyediakan bersamanya GlyphIcons yang membolehkan anda menggunakan ikon pada elemen-elemen dalam web anda. Ia membolehkan laman web anda lebih praktikal dan interaktif. Namun begitu, jumlah GlyphIcons terlalu sedikit iaitu 200 ikon dan bagi saya ia terlalu terhad. Oleh itu, saya juga menambah Font Awesome dalam setiap projek yang dibangunkan. Font Awesome mempunyai 369 ikon termasuk ikon sosial dan sebagainya. untuk itu, anda boleh memuat turun daripada link dibawah.
[download text="Muat Turun FontAwesome 4.0.3"]http://fortawesome.github.io/Font-Awesome/assets/font-awesome-4.0.3.zip[/download]
Setelah kedua-dua fail ini dimuat turun, seterusnya buat satu folder kosong dalam komputer anda dan kemudiannya namakannya sebagai “template”. Di dalam folder template tersebut, buat 4 lagi folder kosong dan dinamakan sebagai “css”, “fonts”, “img” dan “js”. Ia akan dilihat seperti berikut :
Folder css adalah untuk meletakkan semua fail CSS dan fonts pula segalanya fail font, img untuk fail image dan js untuk fail javascript. Di tempat yang sama, tambah lagi satu fail yang dinamakan sebagai template.html bagi membuat template yang bakal digunakan disetiap fail html yang lain. manakala folder css buatkan satu fail baru yang dinamakan custom.css .
Fail custom.css adalah fail yang digunakan untuk meletakkan custom css untuk projek anda. contohnya dalam fail ini anda boleh membuang border-radius sesebuah button atau element dan juga mengubah warna pada sesebuah elemen. Kemudian anda boleh mula merge-kan semua fail yang telah dimuat turun oleh anda sebelum ini. Tetapi di dalam FontAwesome, terdapat dua folder yang tidak perlu untuk di masukkan dalam folder template ini. Ia adalah folder scss dan juga less.
setelah siap menggabungkan kesemua fail ke dalam folder template tersebut, ia akan kelihatan seperti berikut :
[coding title="Template Title Structure" type="Plain"]
Jika anda perhatikan secara teliti, fail bootstrap.css, boostrap-theme.css, font-awesome.css dan bootstrap.js juga mempunyai versi fail “.min”. Jika anda buka fail tersebut, anda dapat perhatikan perbezaan antara kedua fail tersebut. Fail yang biasa berada dalam keadaan tersusun manakala fail yang mempunyai .min berada dalam keadaan yang berterabur. Kedua-duanya adalah sama namun fail yang biasa digunakan untuk tujuan development dan sebaliknya pada fail yang mempunyai fail .min adalah versi terakhir. Jika anda tidak mahu mengubah apa-apa isi di dalam fail tersebut, sebaiknya hanya menggunakan fail .min kerana saiz fail tersebut lebih kecil berbanding fail biasa. Saya galakkan pengubahan sebarang elemen hanya dilakukan pada custom.css bagi proses pembelajaran. Pengubahan sebarang isi pada fail yang sudah siap sedia dari fail yang dimuat turun mungkin bakal mengakibatkan kecelaruan.
Seterusnya, buka fail template.html dan masukkan kod seperti berikut :
Entri: Mulakan Sesebuah Projek Laman Web Menggunakan Bootstrap 3 Republish from: http://nizul.my/mulakan-sesebuah-projek-laman-web-menggunakan-bootstrap-3/
Seperti sedia maklum pada minggu lalu, Nokia telah memperkenalkan Nokia X, XL dan X+, masing-masing hadir dengan aplikasi Store milik Nokia sendiri untuk telefon pintar Android Nokia generasi pertama ini. Ia tidak hadir dengan aplikasi Google seperti Play Store, Google Now dan lain-lain lagi.
Namun begitu, apakah guna sekiranya anda tidak dapat menikmati pengalaman sebenar menggunakan Android. Menyedari perkara tersebut, beberapa pembangun kini telah berusaha untuk membolehkan Nokia X menjalankan aplikasi Google dan kini satu video telah memperlihatkan telefon pintar tersebut kini telah mula boleh menggunakan aplikas Google yang lain seperti Launcher yang terdapat pada Android 4.4 Kitkat dan juga Google Now.
Ia merupakan panduan yang diterbitkan oleh salah seorang ahli forum XDA-Developers dan kini boleh dicuba oleh pengguna yang mempunyai Nokia X ditangan. Lebih menarik lagi, Nokia nampaknya tidak kisah dengan artikel tersebut dan ingin melihat perkembangan seterusnya yang dilakukan oleh pengguna XDA-Developers.
Entri: Nokia X Digodam Supaya Menjalankan Aplikasi-Aplikasi Google Republish from: http://nizul.my/nokia-x-digodam-supaya-menjalankan-aplikasi-aplikasi-google/
Google Hangout telah diperkenalkan untuk pengguna iOS sejak sekian lama dan kemaskini terakhir yang telah dilakukan adalah pada akhir tahun yang lalu dengan penambahan fungsi panggilan suara kepada aplikasi tersebut pada sistem pengoperasian milik peasingnya, Apple. Kini, Google Hangout 2.0 mula diperkenalkan kepada pengguna iOS dengan penambahbaikan seperti antaramuka yang lebih mesra iOS7, sistem pengoperasian iOS terbaru yang telah diperkenalkan September tahun lalu.
Selain itu, kemaskini terbaru ini juga menambahbaik antaramuka pengguna iOS pada tablet milik Apple tersebut iaitu iPad dengan tersedianya 2 panel rakan perbualan. Selain itu juga, ia memperkenalkan sticker beranimasi padanya yang memang amat diminati oleh pengguna pada hari ini. Sticker seperti sedia maklum telah diperkenalkan oleh Line dan kemudiannya turut diperkenalkan oleh aplikasi permesejan yang lain termasuk Facebook Messenger.
Ia juga menambah fungsi yang membolehkan pengguna menghantar video pendek sepanjang 10 saat kepada rakan-rakan anda sekiranya rakan anda tidak di atas talian. Selain itu juga, ia hadir dengan satu fungs yang membolehkan pengguna menghantar kedudukan terkini dalam bentuk peta kepada rakan-rakan anda. Bagi pengguna iOS, anda kini boleh memuat turun aplikasi ini di Apple App Store.
Seperti yang telah kita ketahui, fungsi carian suara menggunakan Google atau lebih dikenali sebagai Google Now telah lama diperkenalkan kepada para pengguna Android dan telah mula menerima Bahasa Malaysia sejak sekian lama. Namun bagi pengguna pelayar Chrome, anda perlu untuk memasang extension yang disediakan oleh Google pada peringkat Beta pada Chrome Web Store.
Kini, nampaknya, pembangun Google Chrome kini telah memperkenalkan Chrome Beta yang memperlihatkan fungsi ini sudah tersedia di dalamnya tanpa memerlukan lagi pemasangan manual oleh pengguna. Dengan hadirnya fungsi ini, pengguna tidak perlu menaip lagi perkataan yang ingin dicari di laman web Google. Anda hanya perlu bercakap untuk membolehkan anda membuat carian dan setelah anda selesai bercakap, Google akan memaparkan hasil carian yang bersesuaian dengan apa yang telah anda perkatakan. Contohnya anda boleh lihat di bawah, ia merupakan hasil carian yang dilakukan oleh saya setelah membuat carian mengenai cuaca di Malaysia.
Seperti sedia maklum, pengenalan Chrome Beta adalah fasa terakhir sebelum ia bakal diperkenalkan kepada pengguna secara rasmi beberapa minggu selepas itu. Mungkin, ia bakal hadir dalam beberapa mnggu dari sekarang dan pastinya, kami menantikan pengenalan fungsi ini di Chrome milik kami tanpa memerlukan lagi Chrome extension.
Entri: Carian Menggunakan Suara Bakal Diperkenalkan Kepada Pengguna Chrome Republish from: http://nizul.my/carian-menggunakan-suara-bakal-diperkenalkan-kepada-pengguna-chrome/
Facebook semalam telah mula memaparkan mesej bagi pengguna Facebook Messenger untuk versi desktop iaitu di Windows yang dilihat bakal menghentikan servis tersebut pada mnggu hadapan iaitu bermula dari 3 Mac 2014 ini. Fungsi ni dihentikan oleh pihak Facebook tanpa sebarang kenyataan rasmi dari pihak Facebook mengenai punca sebenar ia bakal ditamatkan namun dapat mengesahkan bahawa pihak Facebook cuba menghentikan fungsi-fungsi mereka yang tidak diguna oleh umum termasuk pada awal minggu ini iaitu Facebook Email.
Pada halaman rasmi milik Facebook pula, tiada lagi tertera Facebook Messenger untuk versi Windows seperti sebelum ini namun hanya terpapar aplikasi Facebook Messenger untuk dua jenis sistem pengoperasian telefon mudah alih iaitu iOS dan Android. Penarikan aplikasi Facebook Messenger ini dilihat selepas 3 hari pengumuman mengenai pelancaran Facebook Messenger untuk versi Windows Phone yang mungkin bakal diperkenalkan beberapa minggu dari sekarang. Ia mungkin juga bakal diperkenalkan kepada pengguna Windows 8 dan ke atas selepas pengenalan versi Windows Phone namun ia hanya jangkaan awal daripada pihak kami.
Facebook Messenger untuk versi Windows ini telah diperkenalkan selama 2 tahun yang lalu iatu bermula pada tahun 2012 dan kurang mendapat sambutan daripada pelbagai pihak. Kebanyakan pengguna lebih selesa menggunakan laman web Facebook dan mesej dengan rakan-rakan melalui laman web tersebut sekiranya menggunakan komputer.
Entri: Facebook Messenger Untuk Windows Bakal Ditamatkan Bermula 3 Mac Republish from: http://nizul.my/facebook-messenger-untuk-windows-bakal-ditamatkan-bermula-3-mac/
Tidak mahu ketinggalan daripada pengeluar telefon pintar lain, Blackberry yang kini diambang kejatuhan cuba membawakan telefon pintar di pasaran dengan memperkenalkan Blackberry Z3 dengan kod nama “Jakarta” dengan pengumuman rasmi di MWC 2014 pada hari ini. Ia hadir dengan Blackberry 10 OS menjadikan ia telefon pintar ketiga milik Blackberry yang tidak mempunyai butang kekunci fizikal selepas Blackberry Z10 dan Z30.
Selain itu, ia juga merupakan telefon pintar pertama yang diperkenalkan oleh Blackberry selepas pengumuman syarikat tersebut kini membuat hubungan dua hala bersama Foxconn. Z3 merupakan teleofn pintar bajet yang menfokuskan kepada pengguna dengan bajet rendah dan ia dikatakan bakal hadir pada April ini bermula di negara Indonesia. Ia jelas menfokuskan kepada pengguna Asia Tenggara selain menfokuskan negara Indonesia daripada kod nama yang dipaparkan iaitu Jakarta.
Blackberry mengesahkan ia akan hadir dengan harga $200 iaitu bersamaan lebih kurang RM630 dan menjadikan ia telefon pintar menggunakan Blackberry 10 OS termurah setakat ini Dari spesifikasi pual, daripada sua sumber kami iaitu Engadget dan Crackberry, kedua-duanya hanya melaporkan bahawa ia akan hadir dengan rangkaian 3G dan tidak LTE tetapi mungkin versi LTE bakal diperkenalkan selepas. Tiada spesifikasi lain yang didedahkan oleh pihak Blackberry setakat ini.
Selain itu, Blackberry juga mengesahkan bahawa Q20 juga bakal diperkenalkan tidak lama lagi yang mengesahkan lagi pihak Blackberry sedang berusaha untuk memperbanyakkan telefon pintar dengan butang kekunci QWERY fizikal. Selain itu, Blackberry dan Foxconn juga mengesahkan Z3 ini merupakan usaha mereka pertama selepas membuat hubungan dua hala sejak bulan Disember yang lalu.
Entri: Blackberry Z3 Dengan Kod Nama Jakarta Diperkenalkan Secara Rasmi Republish from: http://nizul.my/blackberry-z3-dengan-kod-nama-jakarta-diperkenalkan-secara-rasmi/
Selain daripada Samsung Galaxy S5 dan Gear 2, Samsung juga pada hari ini telah memperkenalkan Gear Fit yang merupakan gelang tangan pintar dengan skrin bersaiz 1.84 inci. Ia seperti juga Nike+ Fuel Band dan beberapa lagi pengeluar yang memperkenalkan gelang tangan pintar yang membantu anda untuk kekal aktif dan cergas setiap masa.
Ia hadir bersama dengan pengesan degupan jantung dan pedometer, pengesan yang membolehkan anda mengira langkah anda sepanjang hari. Selain itu, skrin 1.84 inci menggunakan Super AMOLED yang berbentuk melengkung yang membolehkan pengguna melihat notifikasi terbaru pada setiap waktu.
Samsung juga mengatakn gelang ini mempunyai ketahanan bateri selama 3-4 hari bagi penggunaan biasa tetapi jika menggunakan pada kadar minima, ia mampu bertahan selama 5 hari tanpa perlu dicas. Gear Fit juga hadir dengan teknologi kalis air dan debu membolehkan pengguna kekal aktif tidak kira di atas jalan trek mahupun di kolam renang.
Selain itu, tali Gear Fit dikatakan boleh ditukar-tukar dan hadir dengan 2 pilihan warna iaitu hitam, oren dan koko-kelabu. Pihak Samsung juga mengesahkan ia bakal hadir di pasaran bermula 11 April ini namun tiada lagi pengesahan mengenai pasaran Malaysia. Beberapa lagi teknologi pengesan seperti pengesan tidur juga turut terdapat pada gelang tangan ini.
Entri: Samsung Gear Fit – Gelang Tangan Bagi Pengguna Aktif Bersuka Republish from: http://nizul.my/samsung-gear-fit-gelang-tangan-bagi-pengguna-aktif-bersuka/
Samsung sebelum ini telah memuat naik satu gambar yang dikatakan acara Unpacked 5 bakal diadakan MWC 2014 kali ini yang membawakan satu peranti yang memang ditunggu ramai iaitu Samsung Galaxy S5. Kini, secara rasminya Samsung Galaxy S5 diperkenalkan dan bersama dengannya, dua lagi peranti boleh dipakai iaitu Gear 2 (Neo) dan juga Fit.
Samsung Galaxy S5 membawakan perubahan dari segi beberapa perkara, hardware dan juga pada bahagian software miliknya. Ia hadir dengan sistem pengoperasian Android Kitkat 4.4.2 bersama dengannya. Ia juga beberapa lagi sensor terbaru diperkenalkan pada peranti ini contohnya pengesan kadar denyutan jantung selain pengesan cap jari bagi tujuan sekuriti.
Dari segi spesifikasi, ia membawakan cip pemprosesan 2.5GHz empat-teras Qualcomm Snapdragon 800, kamera 16 megapiksel dan di-integrasikan bersama dengan pengesan kadar denyutan jantung, skrin Super Amoled 1080p dan bukannya 2K seperti yang dilaporkan dengan skrin bersaiz 5.1 inci. Ia juga hadir denga sokongan merakam video pada kualiti 4K seperti yang terdapat pada Xperia Z2.
Seperti yang dijangkakan oleh kami, Galaxy S5 ini hadir dengan tenologi kalis air dan debu pada IP67 seperti yang terdapat pada jam tangan pintarnya, Gear 2. Pada bahagian kamera, terdapat beberapa mod baru diperkenalkan dan salah satunya ialah sokongan menangkap gambar dengan kualiti HDR yang telah lama diintegrasikan oleh Sony, Fast AF dan beberapa lagi fungsi baru.
Kami juga menyedari bahawa fungsi Ultra Saving Mode yang boleh mengurangkan penggunaan bateri pada telefon pintar ini meniru Sony dengan fungsi Stamina yang diperkenalkan sebelum ini. Selain itu, butang home yang terdapat padanya juga hadir dengan pengesan cap jari yang telah diperkenalkan pada iPhone 5S pada tahun yang lalu. Selain itu, fungsi pengesan cap jari ini membolehkan pengguna membeli barang terus daripadanya menggunakan PayPal.
Spesifikasi lain yang disertakan pada Galaxy S5 adalah bateri 2,800 mAh, memori RAM 2GB dan juga memori dalaman yang mempuntai versi iaitu 16GB dan 32GB. Ia juga mempunyai slot mikroSd yang menyokong sehingga saiz 64GB. Walaubgaimanapun, Galaxt S5 dilihat tiada perubahan yang hebat perlu dipuji dan ia hanya seperti penambahbaikan pada Galaxy S4 yang diperkenalkan tahun lepas.
Entri: Samsung Galaxy S5 Secara Rasmi Diperkenalkan Dengan Pengesan Cap Jari Republish from: http://nizul.my/samsung-galaxy-s5-secara-rasmi-diperkenalkan-dengan-pengesan-cap-jari/
Selain daripada Nokia X, XL dan X+, Nokia hari ini turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar bagi keluarga telefon pintar mereka iaitu Asha 230 selain Nokia 220 yang merupakan telefon mudah alih biasa. Nokia Asha 230 menfokuskan kepada pengguna yang tidak ingin telefon pintar yang terlalu kompleks. Ia hadir dengan dua jenis variasi iaitu satu sim atau dwi-sim dan mempunyai Xpress Browser yang mempu mengurangkan penggunaan data pada telefon pintar tersebut. Ia hadir dengan sokongan GSM atau 2G dan mempunyai skrin bersaiz 2.8 inci. Nokia Asha 230 ini juga mempunyai slot mikroSD yang mampu menampung sehingga 32GB. Ia kini hadir di pasaran dengan sekitar RM200.
Selain itu, Nokia juga memperkenalkan model terbaru telefon mudah alih mereka iaitu Nokia 220 yang menfokuskan kepada telefon kedua bagi para pengguna. Mempunyai skrin bersaiz 2.4 inci juga hadir dengan dua variasi iaitu satu sim dan dwi-sim. Ia juga hadir dengan Xperia Browser selain mempunyai aplikasi Facebook dan Twitter bersama dengannya. Nokia 220 ini dikatakan kini boleh mula dibeli di pengedar milik Nokia dengan harga sekitar RM130.
Entri: Nokia 220 dan Asha 230 Dilancarkan – Merupakan Telefon Pintar Bajet Republish from: http://nizul.my/nokia-220-dan-asha-230-dilancarkan-merupakan-telefon-pintar-bajet/
{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png}
Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
{facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven}
{twitter#https://twitter.com/unfoolgiven}
{google#https://plus.google.com/107838683407031460551}