Showing posts with label Berita. Show all posts

Suami TERPAKSA Culik_Tak sanggup melihat lihat isteri MURUNG merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Suami TERPAKSA Culik_Tak sanggup melihat lihat isteri MURUNG membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
Suami TERPAKSA Culik_Tak sanggup melihat lihat isteri MURUNG

Suami TERPAKSA Culik_Tak sanggup melihat lihat isteri MURUNG

Terlalu sayangkan isteri dan tidak sanggup melihat wanita tersebut terus kemurungan.

Itu antara punca menyebabkan seorang lelaki sanggup bersekongkol dengan isterinya menculik seorang bayi pe­rempuan dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah, kelmarin.

Lelaki tersebut turut beranggapan dengan mendapatkan seorang bayi baharu kepada isterinya dapat menggembirakan kembali wanita tersebut yang mengalami keguguran cahaya mata pertama mereka pada Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, hasil siasatan, pihaknya mendapati suspek lelaki yang bersama isterinya menculik bayi berusia lima hari itu adalah normal.




Bagaimanapun katanya, semata-mata ingin membantu mengurangkan kemurungan isterinya lelaki tersebut sanggup melakukan apa sahaja.

“Wanita berkenaan mengalami kemurungan melampau seolah-olah membayangkan kejadian itu (keguguran anak) baru semalam berlaku. Pasangan tersebut berkahwin sejak dua tahun lalu dan masih belum dikurniakan anak. “Kita mendapati, lelaki itu menanggung kesedihan cukup berat apabila melihat keadaan isterinya.

 Suspek berusaha mencuri bayi lain bagi menggantikan anak mereka sehingga tidak sedar mereka melakukan kesalahan besar,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin, pasangan suami isteri masing-masing berusia 26 dan 23 tahun itu bertindak di luar dugaan apabila menculik seorang bayi perem­puan berkenaan dari wad tersebut. 

Pasangan terbabit yang berpura-pura sebagai ibu bapa kepada bayi tersebut telah memperdayakan jururawat bertugas termasuk mengikuti semua prosedur discaj bayi dari wad berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menahan pasangan terbabit di kediaman mereka di Alor Hijau Bukit Ta­nah, Seli­sing, Pasir Puteh, kira-kira pukul 10 malam iaitu selepas enam jam mereka melarikan bayi berkenaan. 

Sementara itu, polis mengesahkan tiada pembabitan pihak ketiga dalam kes berkenaan sebaliknya didalangi pasangan suami isteri tersebut. 

Dalam pada itu, Din memberitahu, setakat ini, pihaknya telah mengambil keterangan lima individu termasuk pegawai keselamatan, jururawat dan doktor hospital berkenaan bagi membantu siasatan. 

“Suspek wanita yang ditahan reman bersama suaminya itu kini masih mengalami kemurungan dan kurang bercakap. Kita akan membantu dengan memberi khidmat kaunseling bagi memulihkan semangatnya,” ujarnya. - cgk

Artikel Suami TERPAKSA Culik_Tak sanggup melihat lihat isteri MURUNG ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

http://infolagi2u.blogspot.com/2016/11/suami-terpaksa-culiktak-sanggup-melihat.html

TERKULAI DALAM KERETA MAUT DITEMPAT KEJADIAN (6GAMBAR) merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga TERKULAI DALAM KERETA MAUT DITEMPAT KEJADIAN (6GAMBAR) membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
TERKULAI DALAM KERETA MAUT DITEMPAT KEJADIAN (6GAMBAR)

TERKULAI DALAM KERETA MAUT DITEMPAT KEJADIAN (6GAMBAR)


 Perjalanan pulang seorang pekerja kilang dari Seremban ke rumahnya di Kampung Sungai Beringin Air Panas di Pedas berakhir dengan tragedi apabila mangsa maut selepas terbabit dalam nahas dua kenderaan di Pedas, pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Faramazila Kamaruzaman, 24, yang menaiki kereta jenis Produa Axia disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Susulan insiden berkenaan, sepasukan anggota bomba diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Fuad Masjid bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 7.48.




Pasukan bomba tiba pada jam 7.52 pagi di lokasi kemalangan membabitkan pacuan empat roda dan juga Produa Axia.

Fuad berkata, dalam kejadian berkenaan, mangsa yang berada di dalam pacuan empat roda iaitu seorang lelaki, seorang perempuan warganegara Myanmar dan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

“Mayat di bawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- cgk

Artikel TERKULAI DALAM KERETA MAUT DITEMPAT KEJADIAN (6GAMBAR) ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

http://infolagi2u.blogspot.com/2016/11/terkulai-dalam-kereta-maut-ditempat.html

(8GAMBAR) pesawat J-10 terhempas Juruterbang aerobatik wanita terbunuh merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga (8GAMBAR) pesawat J-10 terhempas Juruterbang aerobatik wanita terbunuh membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
(8GAMBAR) pesawat J-10 terhempas Juruterbang aerobatik wanita terbunuh

(8GAMBAR) pesawat J-10 terhempas Juruterbang aerobatik wanita terbunuh


Seorang juruterbang wanita dari kumpulan aerobatik August 1 terbunuh dalam satu kemalangan sewaktu latihan, semalam.

Shanghai Daily melaporkan, Yu Xu, 30, terbunuh apabila pesawat J-10 Chengdu yang dinaikinya terhempas di wilayah Hebei. 







Seorang lagi juruterbang, bagaimanapun sempat menganjal keluar dari pesawat dan dilaporkan sedang dirawat kerana cedera. Kumpulan aerobatik August 1, yang turut dibarisi juruterbang wanita, merupakan salah satu daripada tiga pasukan aerobatik udara Pasukan Udara, Tentera Pembebasan China. 

Pada Pertunjukan Udara dan Maritim (LIMA 2015) di Langkawi, kumpulan ini berjaya memukau para pengunjung dengan mempamerkan persembahan aerobatik udara yang menarik dan mengujakan. - AGENSI -cgk


Artikel (8GAMBAR) pesawat J-10 terhempas Juruterbang aerobatik wanita terbunuh ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

http://infolagi2u.blogspot.com/2016/11/8gambar-pesawat-j-10-terhempas.html

Pemain Bola sepak Terengganu maut, Anak dan isteri cedera kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Pemain Bola sepak Terengganu maut, Anak dan isteri cedera kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
Pemain Bola sepak Terengganu maut, Anak dan isteri cedera kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB)

Pemain Bola sepak Terengganu maut, Anak dan isteri cedera kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB)


Mereka sekeluarga dalam perjalanan menuju Alor Star  tak sangka ini perjalanan terakhir buat suami, dia pergi buat selamanya impak kemalangan. 
Harian Metro melaporkan Bekas pemain bola sepak Terengganu, Alfian Aziz, 36, maut manakala isteri dan dua anaknya berusia setahun dan tiga tahun, cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Hentian Titiwangsa di sini, semalam.
Dalam kejadian 3.15 petang itu, mangsa bersama keluarganya menaiki Perodua Alza, dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah, menuju Terengganu melalui laluan berkenaan sebelum kenderaan dinaiki hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.







Jurucakap Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak berkata, siasatan awal mendapati kenderaan datang dari arah Gerik menuju Jeli, Kelantan, apabila dipercayai hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan.
“Besi penghadang jalan menembusi cermin hadapan kenderaan.
"Akibat kemalangan ini, pemandu dikenal pasti sebagai Alfian Aziz yang bekerja sebagai pembantu am Universiti Malaysia Terengganu, maut," katanya.
Menurutnya, penumpang depan, Zanariah Ramli @ Danial Malan, 27, suri rumah cedera di muka, manakala dua anak mereka Arysha Zahra, 3, cedera paha kiri, patah tulang pinggul serta disyaki berlaku pendarahan dalam kepala manakala Aqeef Zafran, setahun, hanya calar di dahi
"Mangsa yang cedera parah meninggal dunia di Hospital Grik dan ahli keluarganya yang cedera menerima rawatan di hospital sama.
"Bedah siasat dijalankan jam 7 malam tadi dan punca kematian ialah kecederaan parah di kepala," katanya.-cgk

Artikel Pemain Bola sepak Terengganu maut, Anak dan isteri cedera kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

http://infolagi2u.blogspot.com/2016/11/pemain-bola-sepak-terengganu-maut-anak.html

GEMPAK.. LAGI KES TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga GEMPAK.. LAGI KES TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
GEMPAK.. LAGI KES TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG

GEMPAK.. LAGI KES TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG


 Seorang lelaki berbaju merah nekad untuk membunuh diri dengan terjun dari jambatan Pulau Pinang.
Namun hajat nya ingin mati terbantut selepas dia berjaya diselamatkan oleh sekumpulan pemancing yang kebetulan melalui kawasan bawah jambatan tersebut.




Tq Jay

Identiti suspek masih belum dikenal pasti suspek dibawa ke balai untuk disoalsiasat dan diambil keterangan. Terima kasih abang-abang pemancing semua, salah seorang mereka ada Jay (Foto) Kalian berjaya menyelamatkan satu nyawa yang berharga. Credit Pic Penang Kini -cgk

Artikel GEMPAK.. LAGI KES TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

http://infolagi2u.blogspot.com/2016/11/gempak-lagi-kes-terjun-jambatan-pulau.html

Pegawai MPK maut kereta terbabas di LPT (14Gambar) merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Pegawai MPK maut kereta terbabas di LPT (14Gambar) membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
 Pegawai MPK maut kereta terbabas di LPT (14Gambar)

Pegawai MPK maut kereta terbabas di LPT (14Gambar)


Puan Noraini Ismail pergi buat selamanya perjalanannya ke Pulau pinang untuk mengikuti kursus jabatan nya adalah perjalanan terakhir hidupnya, kereta milik MPK yang dinaikinya bersama dua rakan terbabas di LPT berdekatan Lancang dan dia dijemput ajal.
Mengikut portal Terengganu Times seorang pegawai wanita penolong Pengarah Jabatan Perancang Bandar Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) maut selepas kereta dinaiki terbabas di Lebuh Raya Pantai Timur dekat Lanchang tengah hari tadi.












Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari mengakibatkan mangsa Noraini Ismail meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami perdarahan serius di kepala. Mangsa adalah isteri kepada Penolong Pegawai Perancang Bandar MPK C.W. Zahari C.W. Ahmad.
Sementara itu dua lagi penumpang termasuk pemandu dilaporkan cedera parah.
Mayat dihantar ke  bilik forensik  Hospital Sultan Ahmad Shah,Temerloh untuk bedah siasat.
Menurut sumber, kereta Nissan Xtrail itu dinaiki tiga orang dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk mengikuti kursus jabatan. Credit Terengganu Times - sumber

Artikel Pegawai MPK maut kereta terbabas di LPT (14Gambar) ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

http://infolagi2u.blogspot.com/2016/11/pegawai-mpk-maut-kereta-terbabas-di-lpt.html

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.