sony-xperia-z-jelly-bean

Sony pada minggu yang lalu telah memperkenalkan Android 4.3 kepada peranti Xperia Z1 dan Z Ultra dan syarikat tersebut telah berjanji akan memperkenalkan kemaskini Android 4.3 kepada keluarga Xperia Z yang lain iaitu Xperia Z, ZL, ZR dan Tablet Z pada minggu ini.


Kini, 4 peranti milik Sony ini telah mula boleh mendapatkan kemaskini Android 4.3 Jelly Bean menggunakan Sony PC Companion. Dari pengenalan ini juga, ia memperlihatkan sedikit penambahbaikan dari fungsi dan antara muka supaya seakan-seakan antara muka yang terdapat pada Xperia Z1. Sedikit mengecewakan apabila fungsi AR Effect pada aplikasi kamera Xperia Z1 tidak diperkenalkan kepada keluarga Xperia Z yang lain.


Seperti biasa, ia masih tidak dapat dipastikan tarikh tepat untuk pengguna Xperia di Malaysia untuk mendapatkan kemaskini terbaru ini tetapi jika anda pengguna berpengalaman, anda boleh cuba untuk root dan unlocked peranti android untuk mendapat kemaskini. Berikut beberapa paparan skrin antara muka Xperia ZR yang dimiliki oleh saya yang telah mendapat kemaskini Android 4.3.


xperia-zr-4.3-2


xperia-zr-4.3-1


xperia-zr-4.3-3


Bagi peranti Xperia T, TX, SP dan V, anda akan mendapat kemaskini ini pada minggu hadapan secara berperingkat.






Entri: Sony Xperia Z, ZL, ZR Dan Tablet Z Mendapat Kemaskini Android 4.3 Bermula Hari Ini Republish from: http://skynightz.com/sony-xperia-z-zl-zr-dan-tablet-z-mendapat-kemaskini-android-4-3-bermula-hari-ini/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.