Showing posts with label Agama. Show all posts

Penjelasan Tentang Bid'ah adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Penjelasan Tentang Bid'ah membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Penjelasan Tentang Bid'ah

Penjelasan Tentang Bid'ah

*

*

Penjelasan Tentang Bid'ah ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Kangkung merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Lenggang Kangkung iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

*



Di dalam Mazhab Syafie, anggota sujud dalam solat ada tujuh iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki. Anggota sujud yang tidak boleh berlapik ialah dahi. Hidung tidak termasuk dalam anggota sujud. Sah sujud jika seseorang meletakkan dahinya sahaja di atas lantai tanpa meletakkan hidungnya. (Kitab al-Fiqh al-Manhaji, Imam Syafie)




Wallahu a'lam.










Link pilihan:




Cara Sujud Yang Ditegah




Kesilapan ketika solat – Sebutan takbir yang salah




Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah










*



Entri: Anggota Sujud Dalam Solat Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/05/anggota-sujud-dalam-solat.html

*




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang fakir yang beriman akan masuk syurga mendahului orang kaya selama setengah hari (akhirat), iaitu 500 tahun (dunia).” (Hadis Sunan Ibni Majah No. 4122, Kitabul zuhdi )



*



Entri: Kelebihan Orang Fakir Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/04/kelebihan-orang-fakir.html

*



Ibnu Munzir dengan sanad yang sahih menyebut bahawa bapa kandung Nabi Ibrahim 'alaihi salam ialah Tarrikh bin Syarukh bin Nahur bin Falih. Azar bukanlah bapa atau ayah kandung Nabi Ibrahim 'alaihi salam.



Wallahu 'alam.





Link pilihan:



http://nazrulnasir.blogspot.com/2010/01/adakah-ayah-nabi-allah-ibrahim-alaihi.html



http://ad-deen.proboards.com/thread/230



http://mujahid-aqli.blogspot.com/2009/01/nasab-rasulillah-saww-bersih.html



https://syiahali.wordpress.com/2011/04/13/benarkah-ayah-nabi-ibrahim-kafir



http://aljawad.tripod.com/buletinew/edisi_ke_9.htm



http://www.islamquest.net/id/archive/question/fa8020





*



Entri: Bapa Nabi Ibrahim as.Yang Sebenar Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/03/bapa-nabi-ibrahim-asyang-sebenar.html

*




Rasulullah saw. bersabda, "Sungguh aku tahu apa yang ada bersama Dajjal, bersamanya ada dua sungai mengalir. Salah satunya secara mata kasar berupa air putih dan yang lainnya secara mata kasar berupa api yang bergejolak. Bila ada yang menjumpainya, hendaklah mendatangi sungai yang dia lihat berupa api dan hendaklah menutup mata, kemudian hendaklah menundukkan kepala lalu meminumnya kerana sesungguhnya itu adalah air dingin." (HR. Bukhari)


Rasulullah saw. bersabda, Sesungguhnya Dajjal itu adalah seorang laki-laki yang pendek, berkaki bengkok, berambut kerinting, buta sebelah matanya, di atas matanya ada kulit tebal, diantara kedua matanya tertulis KAFIR (KAF, FA, RA) yang boleh dibaca oleh setiap mukmin." (HR. Bukhari)


Rasulullah saw. bersabda, "Apabila kalian selesai dari tasyahud akhir, hendaklah memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu; dari azab neraka Jahannam, dari siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta dari kejahatan Dajjal." (HR. Bukhari)


Sabda Nabi saw, “ Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi maka dia akan selamat dari gangguan dajjal". (HR Muslim, Nasaei, Tirmizi, Abu Daud)


Wallahu a'lam.




*







Link pilihan:



http://www.matsumas.org/p/al-masih-ad-dajjal.html




*









Entri: Dajjal Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/03/dajjal.html

*




Golongan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah percaya dan yakin bahawa semua Nabi dan Rasul Allah seluruhnya, mustahil atas mereka itu kufur dan sesat, sebelum menjadi Nabi dan selepas menjadi Nabi.



Para Nabi mendapat pengawasan, pertolongan dan petunjuk daripada Allah SWT. Mereka adalah maksum, tidak melakukan kesalahan dengan sengaja apalagi perbuatan dosa.



Wallahu a'lam.



Salah satu keistimewaan para Nabi dan Rasul adalah bahawa mereka sebagai manusia yang paling sempurna kejadian dan akhlaknya, paling tinggi ilmunya, paling mulia keturunannya, paling benar perkataannya, paling dapat dipercayai, dan mereka terhindar dari segala samada secara fisik mahupun rohani.



Para Nabi sentiasa mendapat pengawasan, pertolongan dan petunjuk daripada Allah SWT. Oleh itu mereka terhindar dari segala perbuatan dosa. Artinya, mereka tergolong “maksum “, tidak melakukan kesalahan dengan sengaja apalagi perbuatan dosa. - See more at: http://sejukkan-iman.blogspot.sg/2011/12/sifat-nabi-dan-rasul.html#sthash.Whk4AAOi.dpuf




Link pilihan:



http://setiawanhary.blogspot.com/2013/05/tafsir-al-anam-74-79-siapa-bilang.html



http://indonesiaindonesia.com/f/90318-nabi-ibrahim-pernah-mengalami-transisi-keimanan



http://annawrahnotes.wordpress.com/2013/07/08/para-pencari-tuhan/



http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/taubat-si-jemaah-tabligh-3-nabi-ibrahim.html



http://alvianiqbal.wordpress.com/2009/04/24/meluruskan-kisah-nabi-ibrahim-2



http://www.academia.edu/5532066/Pemaknaan_QS_Al_Anam_Ayat_74-79



http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/asri-hina-nabi.html



*











Entri: Benarkah kisah Nabi Ibrahim mencari Tuhan ? Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/03/benarkah-kisah-nabi-ibrahim-mencari.html

*



Petikan dari buku koleksi fatwa-fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor jilid 1 oleh al-Allamah Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad, halaman 68 - 69, terbitan Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, cetakan ke-3 (1981)


Perkara: Hukum menadah tangan ketika khutbah dibaca



Soal: Bagaimanakah caranya doa pada hari Jumaat pada khutbah yang kedua wajibkah bagi makmum menadah tangan amin.


Jawab: Tidak wajib dan tidak sunat.


Perkara: Menadah tangan kerana doa khatib


Soal: Waktu khatib di atas mimbar membaca khutbah maka apakala dibaca doa bagi sekelian muslimin bolehkah sekelian makmum itu menadah tangan mengatakan Amin kerana saya ada mendengar setengah daripada guru-guru berkata boleh dan setengah berkata tidak.


Jawab: Tidak sunat mengangkat tangan.



*







Link pilihan:


Solat Jumaat


Hukum bercakap semasa imam khutbah Jumaat


Hukum puasa sunat pada hari Jumaat







*



Entri: Hukum makmum mengangkat tangan ketika khatib berdoa khutbah Jumaat. Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/02/hukum-makmum-mengangkat-tangan-ketika.html

*




Seorang sahabat bernama Jahimah pernah datang menemui Nabi saw. lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku ingin ikut berjihad, dan aku datang kepadamu untuk meminta pendapatmu. Nabi saw. bertanya, “Adakah engkau masih mempunyai ibu ?” Jahimah menjawab: "Ya, masih ada". Nabi saw. berkata, “Hendaklah engkau menjaganya kerana sesungguhnya syurga itu di bawah kakinya.” (HR. an-Nasa`i, sanadnya hasan)







*



Entri: Syurga di bawah kaki ibu Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/02/syurga-di-bawah-kaki-ibu.html

*




Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Allah akan menghimpunkan sekalian manusia pada hari qiamat, maka dengan sebab dahsyatnya keadaan di situ, mereka merasa berat dan resah gelisah lalu mereka diilhamkan jalan untuk melepaskan diri dari yang demikian. Mereka pun berkata sesama sendiri: "Bukankah elok kalau kita mencari orang yang dapat mengemukakan syafaat kepada Tuhan kita supaya Tuhan melepaskan kita dari penderitaan tempat ini?" Nabi s.a.w., bersabda: "Setelah itu, mereka pun pergi menemui Nabi Adam a.s., serta berkata: Engkau ialah bapa sekalian manusia, Allah telah menciptakanmu dengan kekuasaanNya dan meniupkan padamu dan roh-Nya, serta ia memerintahkan Malaikat sujud kepadamu; tolonglah kemukakan syafaat kepada Tuhamu untuk kami supaya ia melepaskan kami dari penderitaan tempat ini". Mendengarkan yang demikian, Nabi Adam berkata: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu", (dan pada satu riwayat, Nabi Adam berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya; tetapi, kata Nabi Adam: "Pergilah kamu menemui Nabi Noh, Rasul yang pertama yang telah diutus oleh Allah Taala'."Nabi s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Noh a.s., maka Nabi Noh menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu", (pada satu riwayat, Nabi Noh berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), serta ia menyebut salah-silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya: Tetapi, kata Nabi Noh, "Pergilah kamu menemui Nabi Ibrahim yang Allah telah jadikan dia orang yang berdamping di sisi-Nya." Nabi s.a.w, bersabda: "Setelah itu merekapun pergi menemui Nabi Ibrahim a.s., maka Nabi Ibrahim menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu, (dan pada satu riwayat: Nabi Ibrahim berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya; Tetapi, kata Nabi Ibrahim: "Pergilah kamu menemui Nabi Musa a.s., yang Allah berkata-kata dengannya serta memberikannya kitab Taurat. " Nabi s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Musa a.s., maka Nabi Musa menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu, (dan pada satu riwayat: Nabi Musa berkata: Aku bukanlah orang yang layak untuk itu), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya, Tetapi, kata Nabi Musa: "Pergilah kamu menemui Nabi Isa a.s., Roh Allah dan kalimah-Nya." Nabi s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Isa Roh Allah dan kalimah-Nya, maka Nabi Isa menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu", (dan pada satu riwayat: Nabi Isa berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), Tetapi kata Nabi Isa, "Pergilah kamu menemui Nabi Muhammad s.a.w. , seorang hamba Allah yang telah diampunkan salah silapnya yang terdahulu dan yang terkemudian." Kata rawi: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka pun datang menemuiku, aku pun memohon izin mengadap Tuhanku, lalu diizinkan"; (dan pada satu riwayat: Baginda s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka datang menemuiku, aku pun berkata: "Akulah orang yang layak untuk itu, akulah orang yang layak untuk itu" maka aku pun pergi serta memohon izin mengadap Tuhanku, lalu diizinkan), maka apabila aku mengadap-Nya, aku merebahkan diri sujud, lalu dibiarkan-Nya aku sujud seberapa lama yang Allah kehendaki, kemudian diserukan daku: Wahai Muhammad! angkatlah kepalamu, dan berkatalah apa sahaja hajatmu supaya diperkenankan, mintalah supaya diberikan, dan kemukakan syafaat supaya dikabulkan syafaatmu; maka aku pun mengangkat kepalaku serta memuji Tuhanku dengan Puji-pujian yang diajarkan kepada aku oleh Tuhanku `Azza wa Jalla; kemudian aku kemukakan syafaatku;" (dan pada satu riwayat: Baginda s.a.w., bersabda: "Lalu diizinkan daku mengadapnya, maka aku pun berdiri mengadapnya serta memujinya dengan puji-pujian yang aku tidak dapat menyebutnya sekarang, yang Allah mengilhamkannya kepadaku, kemudian aku menumuskan muka sujud kepadanya hingga aku diseru: "Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu dan berkatalah apa sahaja nescaya diperkenankan, mintalah supaya diberikan dan kemukakanlah syafaat supaya dikabulkan syafaatmu; Maka aku pun merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Kasihanilah umatku! Kasihanilah umatku!), (dan pada satu riwayat lagi: Baginda bersabda: "Maka aku pun mengangkat kepalaku serta memohon dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Segerakanlah apalah kiranya, perbicaraan hitungan amal khalayak yang ramai ini. (Al-Jama'ah)


Syafaat yang tersebut dalam hadis yang panjang di atas ialah yang dinamakan "al-Syafaah al-Uzma" (Syafaat yang terbesar) yang dikhaskan untuk Nabi Muhammad s.a.w. sahaja mengemukakannya ke hadhrat Allah 'Azza wa Jalla. Syafaat ini juga dikatakan syafaat umum, untuk seluruh makhluk yang berada di Padang Mahsyar, samada mereka itu mukmin atau pun kafir. Syafaat untuk memohon kepada Allah untuk dipercepatkan hisab (perbicaraan hitungan amal).


Para Ulama berbeza pendapat berkenaan berapa peringkat atau berapa jenis syafaat Nabi Muhammad s.a.w.


Menurut an-Nuqqasy, ada tiga peringkat syafaat yang diberi kepada Rasulullah:

Pertama ialah syafaat umum, memohon kepada Allah untuk dipercepatkan hisab (perbicaraan hitungan amal).

Kedua, ialah syafaat mempercepatkan orang-orang Islam masuk ke dalam Syurga.

Ketiga ialah syafaat bagi menyelamatkan orang-orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar.


Menurut Ibnu Athiyah di dalam tafsirnya, syafaat baginda ada dua peringkat sahaja. Pendapat ini paling terkenal dan diperakui oleh banyak ulama-ulama tafsir. Iaitu syafaat umum tadi dan syafaat mengeluarkan orang-orang yang berdosa dari dalam Neraka.


Manakala menurut al-Qadhi Iyadh, "Syafaat Nabi Muhammad saw pada hari kiamat kelak ada lima peringkat (jenis) :

Pertama, syafaat yang bersifat umum.

Kedua, syafaat memasukkan sesuatu kaum ke dalam Syurga tanpa hisab.

Ketiga, syafaat baginda untuk melepaskan sesuatu kaum dari umatnya yang seharusnya dimasukkan kedalam Neraka kerana dosa-dosanya, kemudian dilepaskan dan dimasukkan pula kedalam Syurga.

Keempat, syafaat baginda kepada orang-orang berdosa yang telah dimasukkan ke dalam Neraka dan kemudiannya dikeluarkan dan dimasukkan kedalam Syurga. Syafaat ini juga dimiliki oleh Nabi-nabi lain, para Malaikat dan sesetengah manusia pilihan.

Kelima,syafaat baginda untuk menaikkan dan meninggikan martabat dan darjat kepada penghuni-penghuni Syurga (yang terpilih).

Kemudian menurut Imam al-Qurthubi, terdapat satu lagi syafaat iaitu yang keenam. Ia adalah syafaat untuk bapa saudaranya Abu Talib supaya seksaannya diringankan.


*


Dari Imran bin Hashin bahawa Nabi saw. Bersabda, “Sesungguhnya berkat syafaatku akan keluar dari Neraka satu kaum yang disebut Jahanamiyyun”. (HR. Tirmidzi)


Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat denganku". (HR. Termidzi)


Sabda Nabi saw. "Setiap nabi-nabi ada doa yang dimakbulkan Tuhan. Maka semua nabi-nabi itu bersegera mengajukan permohonannya. Tetapi saya menyimpan doa saya itu untuk memberi syafaat kepada umatku di hari kiamat nanti. Dan ia akan dicapai insya-Allah oleh orang yang mati tanpa mempersekutukan Allah." (HR. Imam Muslim)


Dari Abu Hurairah bahawa dia telah bertanya kepada baginda Rasulullah, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat nanti ?". Baginda bersabda, "Telah aku duga sebelum ini wahai Abu Hurairah, kamulah orang pertama yang akan bertanya soalan ini kepadaku kerana ingatan kamu yang sangat besar kepada hadis-hadisku. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku dihari kiamat kelak ialah orang yang membaca Laa ilaa ha il lallah dengan ikhlas dari batinnya ". (HR. Bukhari)


Dari Zaid bin Arqam bahawa Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca 'Laa ilaa ha il lallah' dengan ikhlas, maka dia akan masuk syurga". Seorang sahabat bertanya, "Apa yang membuktikan keikhlasan ?". Baginda menjawab, "Jika apa yang diucapkan itu boleh mencegahnya dari semua perkara yang diharamkan Allah". (Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim di dalam kitabnya Nawadir al-Usul)



Wallahu 'alam.



Sumber: http://kubranewszamany.blogspot.com





*



Entri: Syafaat Nabi Muhammad SAW. Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/01/syafaat-nabi-muhammad-saw.html

*




Imam Abu Syamah berkata: Suatu hal yang baik ialah apa yang dibuat pada tiap-tiap tahun bersetuju dengan hari maulud Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam memberi sedekah, membuat kebajikan, maka hal itu selain berbuat baik bagi fakir miskin, juga mengingatkan kita untuk mengasihi junjungan kita Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam membesarkan beliau, dan syukur kepada Tuhan atas kurniaanNya, yang telah mengirim seorang Rasul yang dirasulkan untuk kebahagiaan seluruh makhluk. (I’anatut Tholibin, juzu’ III, halaman 364) – Imam Abu Syamah adalah seorang ulamak besar Mazhab Syafie dan merupakan guru kepada Imam An Nawawi.


Imam Jalaluddin al Suyuthi dalam bukunya ‘Husnul Maqshid fi Amalil Maulid’ memberikan penjelasan tentang sambutan Maulid Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Menurutku, bahawa hukum dasar kegiatan maulid yang berupa berkumpulnya orang-orang yang banyak, membaca beberapa ayat-ayat al Quran, menyampaikan khabar-khabar yang diriwayatkan tentang awal perjalanan hidup Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan tanda-tanda kebesaran yang terjadi pada waktu kelahiran Baginda, kemudian dihidangkan makanan untuk mereka dan emreka pun makan bersama, lalu mereka pun berangkat pulang, tanpa ada tambahan kegiatan lain. Adalah termasuk bid’ah hasanah dan diberikan pahala bagi orang yang melakukannya. Imam para hafizh Abu Fadhl Ibnu Hajar telah menjelaskan dasar hukumnya sunnah.


Wallahu 'alam.




Sumber:


http://jomfaham.blogspot.com/2010/02/mengapa-menyambut-maulidur-rasul.html


https://www.facebook.com/syaroni.assamfury/posts/678019522248960



*



Entri: Hukum Sambutan Maulidur Rasul Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2014/01/hukum-sambutan-maulidur-rasul.html

*




Nabi saw. bersabda, “Sesiapa setelah azan, mengatakan, ‘Allahumma rabbahaa zihid da’ wa tit tammah, wos solatil qo imah, Aati Muhammadanil wasilatawal fadhilah, wab ’as hu maqoo mam mahmu danil lazi wa ’ad tah', maka dia berhak untuk mendapatkan syafaatku pada hari kiamat” (HR Bukhari no 614, dari Saad bin Abi Waqash ra.)


*



Entri: Doa Selepas Azan Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/12/doa-selepas-azan.html

*




Di dalam Mazhab Syafi'e, hukum berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika wuduk dan mandi wajib adalah sunat muakkadah (sunat yang dituntut).


Dan lebih saya menyukai, bahawa orang yang berwuduk itu memulai, sesudah membasuh telapak tangannya, dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung tiga kali. Hukum berkumur dan memasukkan air ke hidung ketika wuduk adalah sunat muakkadah (sunat yang dituntut). Dan lebih saya sukai bahawa tidak ditinggalkan yang dua itu. Dan kalau ditinggalkannya, berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, nescaya tidak mengapa (wuduknya tetap sah).


Saya tidak menyukai seseorang itu, meninggalkan berkumur-kumur dan memasukan air ke dalam hidung ketika mandi janabah (mandi hadas besar / mandi wajib). Tetapi kalau tidak dibuat kedua-duanya, mandi janabahnya tetap sah. (Disalin/sunting dari kitab Al Umm karangan Imam Syafi'e)





*



Entri: Hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/12/hukum-berkumur-dan-memasukkan-air-ke.html

*






- Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin.

- Mengatakan Allah ada di langit bersemayam di atas Arasy.

- Membahagi tauhid kepada tiga: tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma' wa sifat.

- Tidak menyebut lafaz niat solat (USOLLI).

- Tidak menyebut SAYYIDINA ketika berselawat.

- Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.

- Tidak mengusap muka setelah selesai solat.

- Tidak melakukan doa qunut ketika solat subuh.

- Menolak zikir, wirid dan doa beramai-ramai selepas solat di masjid.

- Menolak amalan baca yaasiin beramai-ramai pada malam jumaat di masjid.

- Menolak zikir dengan bilangan tertentu.

- Menolak penggunaan tasbih.

- Menolak amalan solat terawih 20 raka'at di masjid.

- Menolak amalan baca yaasiin 3 kali pada malam nisfu Sya'ban.

- Menolak amalan membaca doa akhir dan awal tahun.

- Menolak bacaan talqin ketika pengembumian mayat.

- Menolak tahlil dan kenduri arwah.

- Menolak bacaan berzanji dan marhaban.

- Menolak amalan selawat syifak, selawat fatih, selawat nariah, selawat tafrijiah.

- Menolak sambutan maulidur rasul.

- Menolak amalan ziarah makam nabi.

- Menolak bacaan tarhim dan bacaan Al-Quran sebelum azan subuh menggunakan pembesar suara.

- Mengatakan tiada solat qabliah jumaat.

- Menolak amalan membaca text ketika khutbah.

- Menolak tasawuf dan tarikat.

- Menolak MAZHAB.

- Mengatakan bid'ah tiada yang hasanah, semua bid'ah adalah sesat.

- Menolak beramal dengan hadis daif.

- Menolak amalan tawassul. (Mengambil wasilah (perantaraan) bagi mencapai sesuatu yang diingini)

- Menolak amalan tabarruq. (Mengambil berkah dari Nabi)

- Menolak amalan isthtighathah. (Doa minta pertolongan ketika sedang ditimpa kesusahan)

- Mengatakan talak tiga sekaligus cuma jatuh talak satu.

- Menolak manhaj Asyairah dan Maturidiyah.

- Menolak Sifat Dua Puluh.









PENTING !


FATWA KE ATAS FAHAMAN WAHABI



KEPUTUSAN ADALAH MENOLAK PENYEBARAN

FAHAMAN WAHABI KERANA MENGANGGU GUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM



1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,

2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,

3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,

4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,

5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,

6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,



SUMBER: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) &


JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS).










Sumber: http://aswj-wahhabi.blogspot.com



*




Entri: Ciri-ciri Fahaman Wahabi Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/11/ciri-ciri-fahaman-wahabi.html

*





Dari Abdullah bin Mas’ud berkata bahwa ada seorang yang diceritakan kepada Rasulullah yang terus tidur hingga pagi hari dan tidak bangun untuk mengerjakan solat. Maka Nabi Muhammad saw. bersabda: “Sesungguhnya syaitan telah kencing pada telinganya !”. (Sahih Bukhari: 245)





*







Entri: Syaitan Kencing Dalam Telinga Republish from: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/11/syaitan-kencing-dalam-telinga.html

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.