Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai pelancaran Sony Play Station 4 (PS4) pada 14 November yang lalu dan menurut Sony Malaysia, Play Station 4 bakal hadir ke Malaysia bermula 20 Disember 2013. Seperti yang dijanjikan, hari ini PS4 sudah mula dibeli di pasaran Malaysia dan ini dilaporkan oleh pihak Amanz sebentar tadi.
Menjadi pesaing kepada Xbox One bukanlah sesuatu yang mudah untuk Sony namun oleh kerana nama permainan konsol ini di Malaysia lebih kukuh, ia dilihat sebagai satu kelebihan di Malaysia. Selain itu juga, kebanyakan fungsi Xbox One tidak sesuai digunakan di Malaysia.
Ia juga didatangkan dengan Dual Shock 4 juga boleh menambah peranti lain seperti Playstation Camera dan sebagainya. Play Station 4 juga dijana dengan cip pemprosesan AMD 4.
PS 4 adalah merupakan permainan konsol Sony yang pertama yang didatang dengan fungsi permainan konsol berserta sosial bersama rakan-rakan. Ia hadir dengan harga RM 1799 di Malaysia dan ia boleh dibeli pada hari ini di Pintu Masuk One Utama, Kuala Lumpur.
Entri: Sony PlayStation 4 Kini Sudah Mula Dijual Di Pasaran Malaysia Republish from: http://skynightz.com/sony-playstation-4-kini-sudah-mula-dijual-di-pasaran-malaysia/
Post a Comment