Showing posts with label Panas. Show all posts

UPDATE: LUAHAN HATI BAPA GADIS 'DISERANG' PEMANDU TEKSI adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya UPDATE: LUAHAN HATI BAPA GADIS 'DISERANG' PEMANDU TEKSI membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





UPDATE: LUAHAN HATI BAPA GADIS 'DISERANG' PEMANDU TEKSI








KUALA LUMPUR - “Saya harap masyarakat di luar faham dengan situasi yang berlaku.



“Tak dapat nak digambarkan bagaimana perasaan saya sebagai seorang ayah apabila anak saya dipukul hingga cedera selain muka bercalar,” kata Syed Fareid Yahya, bapa kepada empat gadis berusia 20-an yang terbabit dalam pergaduhan dengan pemandu teksi dan menjadi ‘viral’ sejak beberapa hari lalu.



Menurutnya, dia menyerahkan perkara yang berlaku itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut kerana yakin polis dapat menjalankan siasatan dengan adil dan saksama berdasarkan bukti dan keterangan daripada saksi di tempat kejadian.



“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak sama ada anak saya berada di pihak yang benar atau sebaliknya. Biar polis siasat terlebih dulu.



“Biarlah kalau pemandu teksi itu mahu menuduh tapi tak semestinya saya mahu menuding jari kepadanya. Perkara yang berlaku juga membabitkan kes jenayah dan setakat ini saya sekeluarga masih belum membuat perancangan untuk menarik balik kes mahu pun berdamai,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Hartamas, semalam.



Turut hadir peguam yang mewakili sekumpulan remaja berusia 20 -an terbabit, Sarah Mohd Ali.



Menurut Syed Fareid lagi, dia turut menerima maki hamun dan ugutan orang ramai menerusi laman sosial termasuk bersikap kurang ajar dan bertindak tidak rasional.



“Ada antara mereka yang memuat naik status di laman sosial untuk tindakan memalukan saya dan keluarga. Apa pun saya redha dan menyerahkan segalanya kepada polis kemudian kita tahu kebenarannya.



“Semua mangsa kini trauma dan anak keduanya yang juga lemah semangat kerap menangis akibat insiden berkenaan,” katanya.



Dalam pada itu, abang kandungnya, Syed Farieh Yahya berkata dia juga tidak dapat menerima hakikat apabila anak saudaranya itu ditampar dan cedera terutama di muka.



“Kudrat perempuan ni tak kuat kalau nak dibandingkan lelaki. Kalau kena tampar selalunya dia hanya mampu menjerit untuk meminta pertolongan.



“Saya juga terkejut dengan insiden yang menimpa anak saudara saya dan saya harap polis dapat menjalankan siasatan berdasarkan keterangan saksi dan bukti yang kukuh,” katanya. THEHYPEMEDIA




UPDATE: LUAHAN HATI BAPA GADIS 'DISERANG' PEMANDU TEKSI ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


GST: 7-ELEVEN MOHON MAAF KESILAPAN KENAKAN GST adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya GST: 7-ELEVEN MOHON MAAF KESILAPAN KENAKAN GST membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





GST: 7-ELEVEN MOHON MAAF KESILAPAN KENAKAN GST








SHAH ALAM - Rangkaian kedai runcit 24 jam, 7-Eleven memohon maaf kerana kesilapan mengenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap penjualan akhbar di kedai tersebut bermula pagi tadi.



Menulis di Facebook hari ini, 7-Eleven menjelaskan bahawa perkara itu berlaku akibat kesilapan sistem mesin jualan dan pihaknya tidak berniat untuk berbuat demikian.



“Sejurus sahaja kesilapan sistem itu diketahui kami terus ambil tindakan dengan menarik balik produk ini daripada jualan supaya tidak menyusahkan pelanggan.



“Bagaimanapun kami faham bahawa insiden itu menyebabkan kekecewaan kepada pelanggan kami dan oleh itu kami dengan ikhlas memohon maaf,” katanya.



7-Eleven berkata, kesilapan tersebut telah diperbaiki dan pihaknya menegaskan 7-Eleven sentiasa menyokong pelaksanaan GST.



“Bagi sesiapa yang telah memberi kesan pada hari ini, kami hargai jika anda boleh menghubungi dengan menggunakan facebook atau e-mel rasmi 7-Eleven Malaysia dengan maklumat anda (e-mel dan nombor telefon bimbit) untuk kami membetulkan kesilapan ini.



“Sekali lagi kami ingin memohon maaf kepada semua pelanggan kami berikutan kesilapan teknikal dalam sistem kami ini,” kata 7-Eleven.Sumber




GST: 7-ELEVEN MOHON MAAF KESILAPAN KENAKAN GST ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


UPDATE: GILIRAN PEMANDU TEKSI CERITA KEJADIAN SEBENAR INSIDEN SEKUMPULAN GADIS MENGAMUK adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya UPDATE: GILIRAN PEMANDU TEKSI CERITA KEJADIAN SEBENAR INSIDEN SEKUMPULAN GADIS MENGAMUK membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





UPDATE: GILIRAN PEMANDU TEKSI CERITA KEJADIAN SEBENAR INSIDEN SEKUMPULAN GADIS MENGAMUK







Susulan dari video kes pergaduhan di stesen Petron Seksyen 7, Shah Alam, pada Ahad lalu tersebar di media sosial sejak semalam, ramai yang mengecam tindakan kedua-dua pihak.



Menerusi video pertama yang disebarkan, orang ramai mengecam tindakan beberapa gadis berkenaan yang biadab dan kurang ajar memaki hamun lelaki usia pertengahan itu.



Video kedua pula menunjukkan lelaki terbabit yang juga seorang pemandu teksi bertindak kasar terhadap gadis-gadis berkenaan sehingga menyebabkan mereka berang dan tercetusnya perang mulut di antara kedua-dua pihak.



Menurut laporan Harian Metro bertarikh 30 Mac 2015 semalam, punca kejadian itu berlaku kerana pemandu teksi berkenaan enggan memberi laluan kepada kereta Myvi itu walaupun sudah memberi isyarat masuk ke kiri termasuklah mengangkat tangan.



"Pemandu teksi itu enggan memberi laluan dan menghimpit kenderaan kami daripada masuk ke stesen minyak terbabit. Sejurus masuk ke stesen minyak, teksi itu secara tiba-tiba datang dari kiri dan melanggar kenderaan kami beberapa kali," kata Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid, 25, yang juga mendakwa mereka ditumbuk oleh lelaki itu sehingga cedera di bahagian muka.



Akan tetapi, itu hanya cerita dari sebelah pihak tiga gadis berkenaan yang mendakwa diri mereka sebagai mangsa dalam kejadian yang tidak diingini itu.



Tampil seorang lelaki yang mendedahkan dirinya adalah rakan sepejabat pemandu teksi berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Azmi.



Berikut adalah pendedahan beliau di bawah:



Salam semua, driver teksi yang korang dok kutuk itu merupakan salah seorang kakitangan office ambe. Nama dia Cikgu Azmi. Kitorang panggil dia cikgu sebab dia mengajar driver cara memandu Prime Mover (tau tak? Trailer la) dengan cara yang betul.



Dia bukan full time bawa teksi tetapi dia ada lesen teksi dan merupakan seorang bekas tentera.



Kisahnya bermula apabila kereta Myvi budak-budak itu melanggar teksi Cikgu Azmi dan blah macam tu je. Cikgu Azmi nak kejar sebab nak settle tetapi diorang pecut menghala ke Shah Alam.



Last-last dapat block kereta mereka di Petron Seksyen 7 Shah Alam.Keluar je dari kereta, dihambur segala cacian. Korang dah tengok video itu kan.



Aaa, lupa nak cakap, Cikgu Azmi ni selalu jadi imam di surau office kami.



Okay, sambung cerita, kesan dari amukan tersebut, telefon Cikgu Azmi telah retak. Kos baikpulih pula menelan belanja RM600.



Untuk menguatkan fitnah terhadap Cikgu Azmi, salah seorang budak ini telah memecahkan cermin kereta diorang sendiri. Terdapat kekelakaran di situ.



Habis on-scene punya cerita.



Sampai di Balai Polis, sedang Cikgu Azmi membuat laporan polis, datang bapa budak-budak itu yang bergelar Datuk. Datang bising-bising terus menumbuk muka Cikgu Azmi. Seterusnya datang makcik a.k.a Datin melempang muka Cikgu Azmi. Darah bercucuran di lantai balai polis.



Untuk pengetahuan korang, Cikgu Azmi tidak langsung menggunakan kekerasan dalam kes ini. Harap dapat menjelaskan segala kekeruhan yang timbul.



Demikian penjelasan dari individu bernama Hurairah bagi sebelah pihak pemandu teksi terbabit.



Polis sedang menyiasat insiden terbabit dan mengesahkan telah menerima laporan kedua-dua pihak termasuk laporan yang mendakwa bapa gadis berkenaan telah menyerang pemandu teksi itu selain membuat kekecohan di balai.Sumber BY BLOGGER.COM




UPDATE: GILIRAN PEMANDU TEKSI CERITA KEJADIAN SEBENAR INSIDEN SEKUMPULAN GADIS MENGAMUK ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


UPDATE: KISAH SEBENAR SEKUMPULAN GADIS MENGAMUK DENGAN "PAKCIK HAJI" adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya UPDATE: KISAH SEBENAR SEKUMPULAN GADIS MENGAMUK DENGAN "PAKCIK HAJI" membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





UPDATE: KISAH SEBENAR SEKUMPULAN GADIS MENGAMUK DENGAN "PAKCIK HAJI"








Kecoh di laman sosial hari ini apabila insiden amuk di antara sekumpulan wanita dan seorang pemandu teksi menjadi topik perbualan hangat netizen.



Kebanyakkan pengguna Facebook rata-ratanya menunding jari terhadap kumpulan wanita berkenaan kerana video pertama yang tersebar memperlihatkan mereka bersikap biadap terhadap pemandu teksi terbabit.



Namun, perkara sebenarnya yang berlaku adalah dikatakan berpunca daripada pemandu teksi terbabit.



Di Facebook Oh Media, sebuah rakaman video yang lain dari pihak kumpulan wanita ada menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di dalam insiden terbabit.



Menurutnya, pemandu teksi tersebut pada mulanya telah melanggar secara tidak sengaja kereta kumpulan wanita terbabit.




Kemudian berlakulah kekecohan seketika sehingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.



Dikatakan, pemandu teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan mereka dan perbalahan lebih besar pula tercetus.



Pemandu teksi terbabit dikatakan telah melepaskan geramnya disebabkan ‘mulut’ salah seorang daripada kumpulan wanita berkenaan didakwa agak kurang ajar.



Namun, melihatkan perkara ini, pemandu teksi terbabit tidak sepatutnya menggunakan kekerasan sebegini kerana ia secara terang-tarangan berpunca dari dirinya.



Di Balai Polis, bapa kepada salah seorang dari wanita yang tercedera ini hadir selepas mendapat tahu akan apa yang berlaku dan telah menumbuk pemandu teksi tersebut sehingga berdarah di hidungnya. menurut sumber Mynewshub




UPDATE: KISAH SEBENAR SEKUMPULAN GADIS MENGAMUK DENGAN "PAKCIK HAJI" ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


LELAKI KESAT AIR MANI DI BELAKANG BAJU WANITA DI MYDIN TERSEBAR adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya LELAKI KESAT AIR MANI DI BELAKANG BAJU WANITA DI MYDIN TERSEBAR membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





LELAKI KESAT AIR MANI DI BELAKANG BAJU WANITA DI MYDIN TERSEBAR








Beberapa gambar seorang lelaki yang diperolehi dari CCTV Mydin MITC tersebar di media sosial kerana didakwa mengesat 'bakal anak-anaknya' di kain baju wanita premis berkenaan.



Menurut individu yang memuat naik gambar² itu, dia meminta orang ramai menyerahkan lelaki terbabit kepada pihak polis jika terserempak dengannya.



"Lelaki yang tidak ada rasa malu membuang air ma-ni di belakang baju wanita di Mydin MITC," kata kenyataan itu.






Kejadian yang berlaku di MYDIN MITC, Melaka itu pada jam 1.15 - 2.10 petang pada Sabtu lalu.



"Sebelum diserah ke balai, minta titik (belasah) dulu mamat ni. Awasi adik, kakak dan isteri kamu semua," tambahnya lagi. TheHypeMedia




LELAKI KESAT AIR MANI DI BELAKANG BAJU WANITA DI MYDIN TERSEBAR ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


GAMBAR SULTAN JOHOR BERSELFIE DENGAN ARTIS K-POP TERSEBAR adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya GAMBAR SULTAN JOHOR BERSELFIE DENGAN ARTIS K-POP TERSEBAR membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





GAMBAR SULTAN JOHOR BERSELFIE DENGAN ARTIS K-POP TERSEBAR







Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang terkenal dengan personaliti mesra rakyat dan disenangi oleh rakyat jelata itu hari ini menjadi bualan ramai di media sosial setelah gambar baginda bersama sebuah kumpulan Korea Selatan, T-ARA tersebar di media sosial.



Difahamkan, T-ARA hadir ke Johor baru-baru ini bagi menjayakan konsert bersempena pertabalan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor yang kelima.



Antara selebriti yang hadir bagi menjayakan konsert percuma itu adalah, SISTAR, Taboo (Black Eyed Peas), Rossa, Sheila Majid, Jacklyn Victor, Shila Amzah dan ramai lagi.







Akaun peminat T-ARA pagi tadi berkongsikan sekeping gambar yang menunjukkan ahli kumpulan itu bergambar bersama Sultan Johor termasuk salah satunya yang merupakan gambar selfie atau selca yang memang popular di kalangan artis Korea.



Gambar mesra baginda bersama dengan kumpulan T-ARA itu menarik perhatian netizen dan rata-rata memuji sifat keterbukaan baginda.



Mana tidaknya, bukan mudah hendak melihat mana-mana sultan berselfie dengan bintang K-POP.



Bertuah orang Johor mempunyai Sultan yang down to earth seperti baginda.



Sumber gambar & berita - ROTIKAYA




GAMBAR SULTAN JOHOR BERSELFIE DENGAN ARTIS K-POP TERSEBAR ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


KAPTEN PESAWAT GERMANWINGS MERAYU MINTA BUKA PINTU KOKPIT adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya KAPTEN PESAWAT GERMANWINGS MERAYU MINTA BUKA PINTU KOKPIT membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





KAPTEN PESAWAT GERMANWINGS MERAYU MINTA BUKA PINTU KOKPIT








PARIS - Kapten pesawat Germanwings 4U 9525 yang terhempas di Banjaran Alps, dilaporkan merayu-rayu kepada pembantunya agar membuka pintu kokpit sebelum pesawat itu terhempas.



Lapor sebuah akhbar Jerman, perakam suara kotak hitam pesawat itu mendedahkan Andreas Lubitz, 27, mengunci pintu kokpit dan sengaja menyebabkan kemalangan itu berlaku.



Kapten pesawat cuba sedaya upaya membuka pintu kokpit selama 8 minit selepas beliau ke tandas dan ketika itu pesawat sudah mula menjunam.



Kapten pesawat juga menjerit 'For God's sake, open the door' diikuti dengan suara jeritan penumpang-penumpang yang ketakutan.






Gagal memujuk pembantu juruterbang, kapten kapal cuba memecahkan pintu kokpit menggunakan kapak sambil menjerit, 'Open the damn door!'.



Berdasarkan perbualan yang dirakam oleh kotak hitam, kapten menyatakan kepada rakan sekerjanya bahawa beliau tidak sempat ke tandas sebelum berlepas ke Barcelona.



Lubitz dipercayai sengaja menyembunyikan masalah penyakit yang dihadapinya dari majikan dan rakan sekerja menyebabkan dia hanya dianggap sakit biasa pada hari kejadian.



Teman wanitanya juga mendedahkan, Lubitz pernah berkata mahu melakukan sesuatu 'perkara yang besar' yang juga akan membuatkan orang mengingati namanya.



Pesawat 4U 9525 yang dalam penerbangan dari Bercelona ke Duesseldorf itu terhempas di Banjaran Alps pada 24 Mac lalu menyaksikan semua 150 penumpang dan anak kapal pesawat itu terbunuh. – AFP




KAPTEN PESAWAT GERMANWINGS MERAYU MINTA BUKA PINTU KOKPIT ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


SUPERMAN DATANG KE JOHOR (5 GAMBAR) adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya SUPERMAN DATANG KE JOHOR (5 GAMBAR) membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





SUPERMAN DATANG KE JOHOR (5 GAMBAR)







Bertuahnya rakyat Johor dapat menemui Superman yang datang singgah ke negeri itu semalam.



Dikhabarkan, pelakon filem Superman Returns, Brandon Routh, datang ke Malaysia untuk urusan produksi di bawah Pinewood Malaysia Studios.



Mengambil kesempatan yang ada, Brandon berkunjung ke kedai merchandise DC Comics Super Heroes Malaysia yang bertempat di Little Red Cube, Nusajaya Puteri Harbour, Johor, semalam.



Peminat yang singgah ke DC Comics Super Heroes Malaysia sempat bergambar dengan Brandon.



Difahamkan, ini merupakan kunjungan kedua Brandon ke Malaysia.

















SUPERMAN DATANG KE JOHOR (5 GAMBAR) ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


LELAKI RELA BUNUH DIRI GARA-GARA CALON ISTERI PILIHAN KELUARGA HODOH (3 GAMBAR) adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya LELAKI RELA BUNUH DIRI GARA-GARA CALON ISTERI PILIHAN KELUARGA HODOH (3 GAMBAR) membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





LELAKI RELA BUNUH DIRI GARA-GARA CALON ISTERI PILIHAN KELUARGA HODOH (3 GAMBAR)









Shiyan (China): Seorang pengantin lelaki yang kecewa kerana dipaksa mengahwini wanita yang hodoh, cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik.



Polis tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan yang mengatakan lelaki dikenali sebagai Kang Hu cuba melemaskan dirinya dengan menelangkupkan mukanya ke dalam air.



Bagaimanapun, lelaki berkenaan sempat diselamatkan dan dibawa keluar dari air untuk diberi rawatan dan keadaannya kini dilapor stabil.



Menurut pegawai Hou Kunshan yang menemui lelaki terbabit, dia mengesyaki sesuatu tidak kena apabila melihat seorang lelaki terapung dengan muka mengadap ke bawah air.



“Apabila mendekati lelaki terbabit, barulah kami menyedari dia cuba membunuh diri,” katanya.



Selepas keadaan lelaki terbabit reda, polis menyoal mengapa dia sanggup berbuat demikian.



Lelaki itu menjawab: “Saya tidak gembira dengan perkahwinan yang dirancang oleh keluarga kerana wajah wanita itu hodoh, dan sebab itulah saya membuat keputusan untuk membunuh diri.” - Agensi







LELAKI RELA BUNUH DIRI GARA-GARA CALON ISTERI PILIHAN KELUARGA HODOH (3 GAMBAR) ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.




LUAHAN GURU LELAKI BAKAL BERCERAI, SALAHKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ! adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya LUAHAN GURU LELAKI BAKAL BERCERAI, SALAHKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ! membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





LUAHAN GURU LELAKI BAKAL BERCERAI, SALAHKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA !








Seorang guru lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya pada laman Facebook e-g Tukar Pertukaran Guru Suka Sama Suka yang menyatakan dirinya bakal bercerai dengan isterinya dan mendakwa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai punca.



Guru terbabit, Ismahadi Isa, 27 tahun, bertugas di sebuah sekolah di daerah Tatau, Bintulu dan telah berkahwin dengan pasangannya, Siti Innarah, 23 tahun, semenjak November 2013.



"Terima kasih Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya dan isteri saya bakal bercerai bulan ini. Tahniah akan usaha anda semua buat kami yang berjauhan dengan isteri ini macam ni.



"Tiga tahun saya di Pendalaman 3, Sarawak hingga isteri hilang rasa sayang pada suami sebab sering berjauhan. Sampai mati aku akan ingat Kementerian Pelajaran Malaysia,".



Ternyata beliau terlalu sedih dan kecewa sehingga mengambil tindakan terburu-buru mendakwa KPM sebagai punca permasalahan yang terjadi di antara dia dan si isteri.






Menurut sumber, isu pertukaran ini sememangnya tidak pernah selesai di peringkat KPM kerana ada 'tangan-tangan gatal' memecahkan sistem pertukaran sedia ada.



Bagaimanapun, ini bukanlah kes yang pertama kali terjadi. Pernah ada kes-kes yang sama pernah disuarakan sebelum ini sehingga diungkit di Parlimen oleh sesetengah ahli parlimen yang menerima aduan guru yang tidak berpuas hati dengan kelembapan KPM.



Namun dalam situasi ini guru terbabit tidak sewajarnya menunding jari terhadap KPM sebagai punca. Ianya lebih kepada diri pasangan itu sendiri.



Kebiasaannya tempoh berkhidmat selama tiga tahun di penempatan awal seseorang penjawat awam itu, pihak berkenaan tidak akan meletakkan permohonan pegawai terbabit sebagai 'Top Priority' kecuali atas alasan yang kritikal seperti masalah kesihatan, ibu bapa tenat dan yang sewaktu dengannya.



Tetapi tidak bermakna tiada peluang untuk guru terbabit untuk berpindah semula ke semenanjung. Beliau boleh membuat permohonan semula dan 'follow up' dengan sabar dan berdoalah agar pintu hati pihak berkenaan terbuka untuk meluluskan permohonannya.



Tidak wajar guru berkenaan meluahkan ketidakpuasan hatinya di laman Facebook kerana adalah menjadi kesalahan bagi penjawat awam mencemar nama baik jabatan/kementerian sendiri. Sepatutnya guru terbabit menggunakan saluran yang betul berbanding mengheboh perkara rumahtangga kepada umum.



Soal jodoh bukan di tangan KPM tetapi di tangan Tuhan. Kukuh dan retaknya sesebuah perhubungan itu adalah terletak pada pasangan itu sendiri dan bagaimana mereka menghadapi dugaan dalam perhubungan.



Sama-samalah kita berdoa agar ada 'sinar harapan' buat pasangan ini. Amin..



Sumber : Thehypemedia




LUAHAN GURU LELAKI BAKAL BERCERAI, SALAHKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ! ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


CERITA SEBENAR GAMBAR PROTON SAGA BLM "SANGKUT ATAS POKOK" (4 GAMBAR) adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya CERITA SEBENAR GAMBAR PROTON SAGA BLM "SANGKUT ATAS POKOK" (4 GAMBAR) membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





CERITA SEBENAR GAMBAR PROTON SAGA BLM "SANGKUT ATAS POKOK" (4 GAMBAR)








Heboh apabila beberapa keping gambar Saga BLM dikatakan tersangkut di atas Pokok. Namun berikut ada berita sebenar kejadian itu. Baca lagi



Maut kereta terbabas dalam longkang

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad



Seremban: Seorang peniaga kain sari maut manakala rakannya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang besar di Jalan Persiaran Senawang 1, dekat sini, 10.45 malam tadi.



Mayat mangsa, K Kumaran, 38, ditemui 8.15 pagi ini oleh sepasukan polis dan bomba selepas operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 3 pagi.



Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa menaiki kereta berkenaan bersama rakannya Abdul Samad Mydin Gani, 39.



Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dari arah Senawang menuju ke arah Taman Tasik Jaya dan melalui Jalan Persiaran Senawang 1 dan pada ketika itu hujan lebat.






"Akibatnya kereta dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan sehingga terhumban ke dalam longkang besar di sebelah kiri jalan hala ke Taman Tasik Jaya.



"Kereta itu kemudiannya dibawa arus air kira-kira 209.3 meter dari tempat kenderaan itu mula-mula terbabas sehingga tersangkut iaitu di longkang bersebelahan kilang.



"Ketika kejadian, penumpang berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan, tetapi pemandu masih berada di kereta," katanya di sini.



Beliau berkata, pihak polis dengan bantuan bomba menjalankan usaha mencari pemandu kereta sehingga kira-kira 3 pagi, namun gagal. Usaha mencari terpaksa dihentikan atas dasar keselamatan dan cuaca yang tidak mengizinkan dan disambung 8 pagi sebelum menemui mayat mangsa berhampiran kereta," katanya.



Katanya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HTJ untuk dibedah siasat.



"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



Sementara itu, difahamkan sebuah kereta Proton Perdana dinaiki lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak turut terbabas ke dalam longkang berkenaan, kira-kira jam 11 pagi tadi, namun semua mereka dilaporkan selamat.



Gambar kereta Proton Saga BLMdinaikkan mengguna Kren:










CERITA SEBENAR GAMBAR PROTON SAGA BLM "SANGKUT ATAS POKOK" (4 GAMBAR) ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.



PELAJAR DIHALAU DARI SEKOLAH KERANA PAKAI "BAJU KURUNG" adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya PELAJAR DIHALAU DARI SEKOLAH KERANA PAKAI "BAJU KURUNG" membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





PELAJAR DIHALAU DARI SEKOLAH KERANA PAKAI "BAJU KURUNG"








Seorang pelajar perempuan memuat naik gambar dirinya lengkap berpakaian sekolah mendakwa dia telah dihalau oleh guru sekolahnya kerana memakai baju kurung.



"Cikgu halau balik sebab saya pakai baju kurung ke sekolah" :(




Difahamkan, tindakan memuat naik gambar berkenaan sebagai respon kepada kes seorang pelajar wanita bukan Islam 'dihalau' dari sekolah kerana pakai baju kurung.



Bagaimanapun, gambar yang dimuat naik oleh pelajar perempuan bertudung itu menampakkan susuk tubuh badannya yang mengiurkan.






1. Bentuk badan solid akan meransang nafsu guru dan pelajar lelaki.

2. Membuatkan guru bujang dan pelajar lelaki lain terseksa batin.

3. Menghilangkan tumpuan guru lelaki. mengajar dan pelajar lelaki mahu belajar.

4. Salah di sisi agama kerana menunjuk bentuk badan pada bukan muhrim.

5. Memalukan ibu bapa seolah-olah tidak mampu beli kain lebih.

6. Bimbang akan menjadi trend pada pelajar yang lain.

7. Bimbang akan berlakunya kes gangguan seksual dan kes r0gol.



Benarlah kata sesetengah orang, pelajar perempuan sekarang pun dah pandai bergaya dengan uniform sekolah yang sepatutnya dibuat longgar dan tampak kemas.




PELAJAR DIHALAU DARI SEKOLAH KERANA PAKAI "BAJU KURUNG" ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


I-CITY TUTUP SEMENTARA OPERASI adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya I-CITY TUTUP SEMENTARA OPERASI membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





I-CITY TUTUP SEMENTARA OPERASI







SHAH ALAM – Pusat pelancongan popular i-City telah menutup operasinya di Leisure Park @ i-City selama tiga hari bagi memprotes peningkatan jumlah peniaga haram di premisnya.



Penutupan tiga hari bermula pada Selasa, ekoran pertelingkahan di kalangan peniaga. Keputusan itu dijangka menyebabkan pemaju i-City, i-Berhad menelan kos kerugian jutaan ringgit.



Dalam satu kenyataan kepada The Star, Timbalan Pengerusi I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata keputusan itu adalah langkah dalaman untuk merancang tindakan yang sesuai terhadap aktiviti perniagaan secara haram.



“Kegiatan kumpulan peniaga haram giat dijalankan sejak beberapa bulan lalu sehingga ke tahap ia bukan sahaja melibatkan perniagaan secara haram, tetapi juga mula memberi kesan kepada keselamatan awam.

“Kita tidak boleh membenarkan perkara ini berterusan kerana imej Leisure Park @ i-City sebagai tarikan pelancongan yang selamat dan terjamin akan menerima kesan buruk,” katanya.



Leisure Park adalah sebuah pusat hiburan keluarga yang terletak di tanah berkeluasan 10 hektar tanah dan mempunyai empat tema utama -City of Digital Lights, SnoWalk, Waterworld dan FunWorld.



Ia menarik sehingga 90,000 pengunjung ke lokasi ikoniknya termasuk muzium lilin, Red Carpet, Space Mission dan juga Trick Art Museum.



Para peniaga telah didakwa ‘memaksa’ pelawat untuk membeli barang perhiasan pada harga yang mahal di dalam premis i-City.



Marahkan peniaga, beberapa pelancong membuat laporan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.



i-City kemudian meningkatkan keselamatan tetapi para pengawal diugut dan dikasari oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.



Dalam kejadian terbaru, pengurus taman Gan Choon Kui membuat laporan polis pada 18 Januari selepas dia telah diancam oleh peniaga-peniaga di dalam bilik keselamatan kerana merampas barangan yang dijual secara haram.



Sebagai langkah sementara, keselamatan telah ditingkatkan tetapi Eu menegaskan bahawa kuasa penguatkuasaan berada di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam dan polis.



“Kita tidak boleh mengambil ringan isu ini kerana keyakinan pelabur akan terjejas.




I-CITY TUTUP SEMENTARA OPERASI ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


12 PEKERJA AKHBAR PERANCIS MATI DITEMBAK KERANA HINA ISLAM (VIDEO) adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya 12 PEKERJA AKHBAR PERANCIS MATI DITEMBAK KERANA HINA ISLAM (VIDEO) membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





12 PEKERJA AKHBAR PERANCIS MATI DITEMBAK KERANA HINA ISLAM (VIDEO)









PARIS - 12 orang pekerja akhbar Perancis mati ditembak oleh dua lelaki bersenjatakan raifal Kalashnikovs dan pelancar roket yang menyasarkan pejabat akhbar satira mingguan negara itu, Charlie Hebdo.



Lapor AFP, dua lelaki bersenjata itu memecah masuk ke pejabat itu yang terletak di tengah kota Paris sebelum berlaku adegan tembak menembak dengan pengawal keselamatan.






Kedua-dua lelaki itu kemudian merampas sebuah kereta dan memandu laju meninggalkan tempat kejadian bagi mengelakkan ditahan.



Presiden Perancis, Francois Hollande bergegas ke lokasi kejadian setelah mendapat laporan tentang kejadian itu sebelum mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan perkara itu.



Syarikat akhbar Charlie Hebdo yang memperjuangkan bentuk dan gaya penulisan berbentuk satira itu sebelum ini pernah menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia dengan penerbitan karya kartun Nabi Muhammad S.A.W.











12 PEKERJA AKHBAR PERANCIS MATI DITEMBAK KERANA HINA ISLAM (VIDEO) ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


GAMBAR PERSENDAKAN IBADAH SOLAT DISIASAT adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya GAMBAR PERSENDAKAN IBADAH SOLAT DISIASAT membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





GAMBAR PERSENDAKAN IBADAH SOLAT DISIASAT







PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat gambar tersebar di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki seolah-olah mempersendakan ibadah solat.



Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha yang menyelar perbuatan itu berkata, ia adalah satu penghinaan kepada agama Islam.



“Kalau betul (mereka) Islam yang sudah tahu selok belok agama, bererti itu satu penghinaan. Kita sedang siasat perkara itu.



“Jika mereka masyarakat yang baru peluk Islam dan tidak tahu tata tertib tentang solat, itu kita boleh maaf. Sebab dia baru belajar, walaupun pakaian sebegitu,” katanya.



Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan enam lelaki seperti sedang solat berjemaah namun tiga daripada mereka tidak memakai baju sehingga mendedahkan pusat, seorang berseluar pendek di atas lutut, seorang seperti sedang menggunakan telefon bimbit dan seorang lagi memegang rokok, lapor Sinar Harian.






GAMBAR PERSENDAKAN IBADAH SOLAT DISIASAT ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


UPDATE: 3 LAGI MAYAT TERMASUK PRAMUGARI DITEMUI adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya UPDATE: 3 LAGI MAYAT TERMASUK PRAMUGARI DITEMUI membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





UPDATE: 3 LAGI MAYAT TERMASUK PRAMUGARI DITEMUI







JAKARTA – Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) menemui tiga lagi jenazah yang dipercayai penumpang dan kru pesawat AirAsia Indonedia QZ8501 yang terputus hubungan Ahad lalu, dengan salah satu jenazah itu mengenakan pakaian pramugari.



“Pagi ini, ditemukan tiga jenazah, yakni dua lelaki dan seorang perempuan. Yang perempuan berpakaian pramugari,” kata Ketua BASARNAS, F Henry Bambang Sulistyo, dalam sidang media sebentar tadi.



Dengan penemuan terbaharu itu, setakat ini enam mayat sudah dijumpai, lapor Kompas.com




UPDATE: 3 LAGI MAYAT TERMASUK PRAMUGARI DITEMUI ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Isu Panas merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Mr Panas iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.


unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.