kuala-lumpur-google-now

Seperti yang telah kita ketahui, fungsi carian suara menggunakan Google atau lebih dikenali sebagai Google Now telah lama diperkenalkan kepada para pengguna Android dan telah mula menerima Bahasa Malaysia sejak sekian lama. Namun bagi pengguna pelayar Chrome, anda perlu untuk memasang extension yang disediakan oleh Google pada peringkat Beta pada Chrome Web Store .


Kini, nampaknya, pembangun Google Chrome kini telah memperkenalkan Chrome Beta yang memperlihatkan fungsi ini sudah tersedia di dalamnya tanpa memerlukan lagi pemasangan manual oleh pengguna. Dengan hadirnya fungsi ini, pengguna tidak perlu menaip lagi perkataan yang ingin dicari di laman web Google. Anda hanya perlu bercakap untuk membolehkan anda membuat carian dan setelah anda selesai bercakap, Google akan memaparkan hasil carian yang bersesuaian dengan apa yang telah anda perkatakan. Contohnya anda boleh lihat di bawah, ia merupakan hasil carian yang dilakukan oleh saya setelah membuat carian mengenai cuaca di Malaysia.


weather-malaysia-kuala-lumpur-google-search


Seperti sedia maklum, pengenalan Chrome Beta adalah fasa terakhir sebelum ia bakal diperkenalkan kepada pengguna secara rasmi beberapa minggu selepas itu. Mungkin, ia bakal hadir dalam beberapa mnggu dari sekarang dan pastinya, kami menantikan pengenalan fungsi ini di Chrome milik kami tanpa memerlukan lagi Chrome extension.



Sumber : Google Blog

The post Carian Menggunakan Suara Bakal Diperkenalkan Kepada Pengguna Chrome appeared first on Nizul.






Entri: Carian Menggunakan Suara Bakal Diperkenalkan Kepada Pengguna Chrome Republish from: http://nizul.my/carian-menggunakan-suara-bakal-diperkenalkan-kepada-pengguna-chrome/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.