Selain daripada Samsung Galaxy S5 dan Gear 2, Samsung juga pada hari ini telah memperkenalkan Gear Fit yang merupakan gelang tangan pintar dengan skrin bersaiz 1.84 inci. Ia seperti juga Nike+ Fuel Band dan beberapa lagi pengeluar yang memperkenalkan gelang tangan pintar yang membantu anda untuk kekal aktif dan cergas setiap masa.
Ia hadir bersama dengan pengesan degupan jantung dan pedometer, pengesan yang membolehkan anda mengira langkah anda sepanjang hari. Selain itu, skrin 1.84 inci menggunakan Super AMOLED yang berbentuk melengkung yang membolehkan pengguna melihat notifikasi terbaru pada setiap waktu.
Samsung juga mengatakn gelang ini mempunyai ketahanan bateri selama 3-4 hari bagi penggunaan biasa tetapi jika menggunakan pada kadar minima, ia mampu bertahan selama 5 hari tanpa perlu dicas. Gear Fit juga hadir dengan teknologi kalis air dan debu membolehkan pengguna kekal aktif tidak kira di atas jalan trek mahupun di kolam renang.
Selain itu, tali Gear Fit dikatakan boleh ditukar-tukar dan hadir dengan 2 pilihan warna iaitu hitam, oren dan koko-kelabu. Pihak Samsung juga mengesahkan ia bakal hadir di pasaran bermula 11 April ini namun tiada lagi pengesahan mengenai pasaran Malaysia. Beberapa lagi teknologi pengesan seperti pengesan tidur juga turut terdapat pada gelang tangan ini.
The post Samsung Gear Fit – Gelang Tangan Bagi Pengguna Aktif Bersuka appeared first on Nizul.
Entri: Samsung Gear Fit – Gelang Tangan Bagi Pengguna Aktif Bersuka Republish from: http://nizul.my/samsung-gear-fit-gelang-tangan-bagi-pengguna-aktif-bersuka/
Post a Comment