Tidak Apa Jika Ada Unsur Rasuah - Hishamuddin
Bismillahirrahmanirrahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah orang politik, Ketua Cawangan atau JKKK. Saya juga bukan ahli mana-mana parti samada yang berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis untuk orang-orang susah, untuk diri saya. Alhamdulillah, cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.
Oleh itu, sudi-sudilah kiranya para sahabat membaca tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dengan hati terbuka. Mengkritik kerajaan yang ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya untuk rakyat kebanyakan ini.
Menteri-menteri Bodoh!
Berdasarkan kenyataan bapak-bapak menteri itu, sakit hati tak baca kenyataan mereka yang bergelar menteri apabila ditanya oleh rakyat? Pastinya, terguris hati pengundi yang telah memberi undi atau kepercayaan kepada mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka, "kalau tak suka... !" Jadi, eloklah kita panggil mereka ini, "Menteri Kalau Tak Suka".
Saya ingin bertanya, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yang akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kepada Inggeris. Kenapa saya kata demikian? Kerana mereka tidak berwibawa untuk membela nasib rakyat. Jadi, di sini mari kita buat perbandingan antara Malaysia dan Singapura dalam pelbagai sudut.
Singapura selepas berpisah dari Malaysia dalam sengketa politik hanyalah sebuah pulau.Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang ketua negara yang diiktiraf sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum akan kewibawaanya. Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yang kecil tanpa minyak dan yang terpenting tanpa air. Nak buat apa?
Kuan Yew bertindak pantas. Pertama, apa yang dilakukannya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi-agensi kerajaan. Beliau tahu dengan rasuah, ekonomi sesebuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas. Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yang bernama Kuan Yew ini. Negaranya tiada air tapi dengan air yang dibelinya dari Johor, dengan air itu juga dia membuat duit untuk negaranya berjuta-juta ringgit setahun.
Johor pula kaya dengan air, dijualnya air tapi dibeli dengan harga lebih mahal daripada Singapura. Lucukan? Bukan terhadap air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kepada minyak juga. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak untuk ditapis dan dieksport kembali minyak tersebut dengan keuntungan.
Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yang mahir untuk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yang berminat mengimport tenaga mahir. Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya meyakinkan para pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur di sana. Tidak cukup dengan itu, bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah.
Kini, jutawan-jutawan dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi untuk menyimpan wang mereka. Berbanding dengan Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kepada Singapura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakannya untuk menjana ekonomi rakyat?
Kepimpinan negara yang baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dengan sumber alam semulajadi yang begitu banyak Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat untuk dikenakan dengan pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yang banyak itu dibelanjakan? Apa? 'Hidden hand!'
Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia, mereka telah meminta nasihat daripada Israel untuk membangunkan ekonomi Singapura. Dalam erti kata lain, Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri. Kenapa kata begitu? Antaranya kerana Lee Kuan Yew banyak mengikut atau mengkaji apa yang dilakukan oleh Israel (Yahudi).
Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar dunia tetapi 99% rakyat Israel tidak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yang 'dungu' dan berpenyakit. Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yang merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok dalam kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus untuk rakyat memikirkan kembali untuk berhenti merokok.
Okey, tak mengapa, jangan gaduh-gaduh. Yelah Jews bergabung dengan East Jews (bangsa China terkenal juga dengan jolokan East Jews kerana kepintaran mereka). Kita terbang pula ke Korea. Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yang jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dengan kita.
Pada tahun 1950, Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Akibat perang dengan Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kepada pertanian sahaja. Menurut cerita, sekitar tahun 70-an, Malaysia jauh lebih maju daripada Korea tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dengan penguasaan teknologinya tinggi.
Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia;
a) Korea (1980) - $1845.66
b) Malaysia (1980) - $1804.12
Maksudnya di sini, pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980. Kemudian lihat apa yang berlaku 26 tahun selepas itu;
a) Korea (2006) - $18,674.44
b) Malaysia (2006) - $5,781, kita ketinggalan hampir 323% dengan Korea.
Sebenarnya sejak tahun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dengan Korea. Kita berangan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama untuk jadi negara maju adalah pendapatan perkapita $15K ke atas. Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yang mampu untuk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yang hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak-agak boleh ke kawan-kawan?
Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997, Korea lebih teruk dilanda kegawatan, malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF tapi mereka bergerak pantas untuk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yang kononnya hebat tidak meminjam dari IMF, masih termengah-mengah untuk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dalam negeri semakin menurun. Tentu ada yang tak kena dengan polisi yang ada sekarang.
Dari sebuah antara negara yang termiskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dengan nilai ekonomi trillion, malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dengan baik. Sayangnya bukan teknologi Korea ini yang dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K-Pop yang sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yang dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia khasnya orang Melayu, bab hiburan nombor satu!
Kebangkitan Korea dalam bidang automotif awal sedikit dari Proton tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta-juta unit di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya. Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri. 5 kali tukar RM 15k.
Selain itu, antara yang peliknya dengan Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tiada? Kalau beli high-line, semua benda itu ada. Seolah-olah yang kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari orang miskin. Macam kes kapal Titanic la pulak.
Berbalik kepada negara Korea, mereka sudah jauh kehadapan dalam penciptaan produk elektronik. Jenama mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung, seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama telefon bimbit paling digemari di seluruh dunia. Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar untuk menguasai Sains & Teknologi membuahkan hasilnya kini. Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara.
Di sana, mereka yang berjawatan pemimpin tidak berani buat benda-benda mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dah 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai, bagi BRIM, balik pilih benda yang sama. Perlu diingat sampai bila kita nak macam ini. Bagi saya, parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai check and balance.
Saya tak kata kita patut bangkang je apa yang kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yang bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dalam setiap negara. Contoh, banyak ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran. Korea dan Singapura, masalah inilah dulu dibasminya (rasuah).
Tapi kita cakap bab rasuah macam halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen untuk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dengan mereka. Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, mata wang asing yang lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dengn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.
Suruh rakyat berjimat, ambil subsidi rakyat tapi dalam masa yang sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat di Malaysia ini pun masih lagi dalam kadar 60-70%. Nak tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan. Lepas tu, kita tengok tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya, sebab apa mereka begitu? Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi.
Bodohkan rakyat macam tak rasa bersalah langsung. Patut letakkanlah seseorang menteri itu mengikut kebolehan menteri terbabit. Yang dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan, sebagai contoh. Apa yang dia boleh sumbangkan? Cuba letak di tempat kemahirannya, barulah dia berfungsi dengan baik di kementerian terbabit sebab menteri itu tahu kerja dia macam mana.
Okey, persoalannya kenapa kita tertinggal dengan Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar kepada kroni-kroni terutama untuk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun, kerajaan hilang antara 20-30 bilion. Tak tahu siapa yang lesapkan. Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tiada, petroleum tiada, gas tiada, UMNO tiada tapi mereka jauh meninggalkan kita.
Malah terpaksa berperang dengan Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos, mereka bawa masuk tentera US. Korea tak buat projek mega, tak buat istana nak menunjuk-nunjuk, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta tapi mereka buat jalan raya yang baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yang tinggi untuk rakyat mereka. Selain itu, masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna, manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta.
Dalam isu yang lalu, saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yang kita semakin lama semakin jauh ketinggalan. UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia), mereka ini boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dengan dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi orang yang mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.
Buat sahabatku sekalian, sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit untuk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.
Kerajaan yang baik sepatutnya memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat, bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dengan baik atau dilimpahkan kepada kroni masing-masing, rakyat yang terpaksa menanggung beban tersebut.
Umpama anak yang pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kepada kalian. Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih yang kemungkaran itu…"
KARANGAN DI ATAS ialah penulisan saudara Norman. Ia telah dikongsikan oleh lebih 20 ribu pengguna di Facebook. Aku suka baca mende nih, nak tulis sendiri tak pandai. Untuk makluman, beberapa ayat atau ejaan telah diubah supaya lebih mesra pembaca dan diyakini, olahan yang dibuat masih membawa maksud yang sama.
Makluman: Artikel Tidak Apa Jika Ada Unsur Rasuah - Hishamuddin termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada cikgumerah penulis asal Tidak Apa Jika Ada Unsur Rasuah - Hishamuddin
Post a Comment