Google Hangout telah diperkenalkan untuk pengguna iOS sejak sekian lama dan kemaskini terakhir yang telah dilakukan adalah pada akhir tahun yang lalu dengan penambahan fungsi panggilan suara kepada aplikasi tersebut pada sistem pengoperasian milik peasingnya, Apple. Kini, Google Hangout 2.0 mula diperkenalkan kepada pengguna iOS dengan penambahbaikan seperti antaramuka yang lebih mesra iOS7, sistem pengoperasian iOS terbaru yang telah diperkenalkan September tahun lalu.
Selain itu, kemaskini terbaru ini juga menambahbaik antaramuka pengguna iOS pada tablet milik Apple tersebut iaitu iPad dengan tersedianya 2 panel rakan perbualan. Selain itu juga, ia memperkenalkan sticker beranimasi padanya yang memang amat diminati oleh pengguna pada hari ini. Sticker seperti sedia maklum telah diperkenalkan oleh Line dan kemudiannya turut diperkenalkan oleh aplikasi permesejan yang lain termasuk Facebook Messenger.
Ia juga menambah fungsi yang membolehkan pengguna menghantar video pendek sepanjang 10 saat kepada rakan-rakan anda sekiranya rakan anda tidak di atas talian. Selain itu juga, ia hadir dengan satu fungs yang membolehkan pengguna menghantar kedudukan terkini dalam bentuk peta kepada rakan-rakan anda. Bagi pengguna iOS, anda kini boleh memuat turun aplikasi ini di Apple App Store.
The post Google Hangout 2.0 Diperkenalkan Kepada Pengguna iOS appeared first on Nizul.
Entri: Google Hangout 2.0 Diperkenalkan Kepada Pengguna iOS Republish from: http://nizul.my/google-hangout-2-0-diperkenalkan-kepada-pengguna-ios/
Post a Comment