Perdana Menteri Belanda Cemburu Dengan Prestasi Cemerlang Ekonomi Malaysia - Najib
Kuala Lumpur: “Saya cemburu dengan prestasi ekonomi Malaysia,” kata Datuk Seri Najib Razak yang memetik Perdana Menteri Belanda Mark Rutte di Dewan Rakyat, semalam.
Perdana Menteri berkata, malah Rutte mengakui dalam pertemuan kelmarin keadaan ekonomi negara ini jauh lebih baik berbanding Belanda.
Kerana itu, kata beliau, kedudukan ekonomi negara tidak terancam dengan jumlah hutang kerajaan sekarang.
“Hutang negara berada pada paras 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negara lain dan kedudukan ini tidak mengancam kedudukan ekonomi yang turut dipersetujui negara luar,” kata beliau menjawab soalan tambahan Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) ketika sesi soal jawab.
Seng Giaw mahu tahu bagaimana kerajaan menyelesaikan masalah hutang negara, kenaikan kos perbelanjaan sektor awam dan kos sara hidup.
Berkaitan hutang isi rumah, menurut Najib, ia berada pada tahap 80 peratus berbanding Amerika Syarikat yang membawa kepada krisis subprima.
“Sebahagian besar hutang isi rumah negara adalah hutang membeli rumah. Jadi ada aset sokongan dan aset beli rumah terus meningkat.
“Walaupun pada tahap 80 peratus, kita mesti sedar, sebahagian besar adalah hutang membeli rumah, nilai aset ini akan terus meningkat,” kata beliau.
Makluman: Artikel Perdana Menteri Belanda Cemburu Dengan Prestasi Cemerlang Ekonomi Malaysia - Najib termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada cikgumerah penulis asal Perdana Menteri Belanda Cemburu Dengan Prestasi Cemerlang Ekonomi Malaysia - Najib
Post a Comment