Di Maria, Falcao Pastikan Mata Penuh Man United Atasi Everton
Dua gol setiap babak pertama daripada pembelian termahal, Angel Di Maria dan Radamel Falcao memastikan mata penuh untuk Manchester United yang menewaskan Everton 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi.
Everton berjaya merapatkan jurang dengan gol daripada Steven Naismith pada minit ke-55 tetapi pulang hampa, termasuk gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit terakhir babak pertama apabila rembatan Leighton Baines diselamatkan penjaga gol, David de Gea.
Van Gaal akur dia berterima kasih kepada penjaga gol pasukan yang banyak kali menyelamatkan pasukan dalam situasi bahaya, termasuk sepakan penalti Baines serta tiga lagi pada beberapa minit terakhir permainan.
“Apabila anda berjaya menyekat sepakan penalti dan kemudian tiga kali menghalang baik percubaan lawan anda adalah penjaga gol hebat kerana anda memenangi perlawanan untuk pasukan,” kata pengurus berasal dari Belanda itu.
Dia turut memuji Di Maria yang menyumbat masuk gol pertama dan membantu Falcao mendapatkan gol kemenangan.
“Tapi aneh sikit kerana setiap kali dalam babak pertama United bermain baik tapi selepas rehat ia berlainan pula.”
Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut untuk United selepas menewaskan West Ham juga dengan jaringan sama, minggu lalu.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment