Berita Terkini Bot Tempur TLDM CB204 Hilang 6 Oktober 2014
Usaha operasi mencari dan menyelamat Bot TLDM CB 204 kini giat dijalankan sejak ianya disahkan hilang dan terputus hubungan pada pukul 1.05 petang Ahad 5 Oktober 2014. Menerusi kenyataan rasmi Panglima TLDM TS Abdul Aziz Jaafar, bot TLDM CB204 telah terputus hubungan ketika laut bergelora ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau. Posisi terakhir bot tempur itu adalah di 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalum.
Kronologi Kehilangan Bot Tempur TLDM CB204
- KD PAUS telah ditugaskan untuk mengiringi CB 204 dan bertolak dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada jam 5.05 pagi Ahad 5 Oktober 2014.
- Pada pukul 10.30 pagi, Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MWL 2) menerima panggilan dari KD PAUS memaklumkan bahawa kapal dan bot tempur itu akan berpatah balik ke Pangkalan akibat cuaca buruk.
- Namun pada pukul 1.05 petang Ahad 5 Oktober 2014, kapal KD PAUS gagal berkomunikasi dengan bot tersebut.
- KD PAUS turut melancarkan pencarian antara Pulau Mengalum dan Pulau Gaya tetapi gagal ditemui.
- TLDM TS Abdul Aziz Jaafar pada pukul 11.00 malam mengesahkan bot tempur TLDM CB204 disahkan hilang.
- Posisi terakhir bot tempur itu adalah di 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalum.
- 3 kapal TLDM kini ditugaskan untuk mencari dan menyelamat CB204.
- Bot CB204 turut disertai oleh 7 anggota TLDM dan diketuai oleh Leftenan Azri Bin Bakar.
Kenyataan Rasmi Tan Sri Abdul Aziz Jaafar Ketua TLDM
Pekeliling Operasi Mencari Dan Menyelamat CB204
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment