Google pada hari ini telah mengesahkan pengambilalihan Motorola Mobility kepada Lenovo dengan khabar angin yang telah melanda awal pagi waktu Malaysia sebentar tadi. Pengambilalihan adalah dengan jumlah $2.91 billion yang bersamaan RM9.74 billion. Lenovo nampaknya benar-benar mahukan terbaik dalam penjualan telefon pintar dan bukan sahaja pengeluaran komputer peribadi sahaja.
Walaubagaimanapun, dalam pembelian Motorola oleh Lenovo ini, ia hanya meliputi jenama “Motorola” dan juga trademark yang dimiliki oleh Motorola. Pada hakikatnya, paten yang dimiliki oleh Motorola kebanyakannya masih dikawal oleh Google dan hanya sebahagian sahaja diberikan oleh Lenovo bagi memastikan Lenovo berjaya untuk mencapai targetnya menguasai pasaran US.
Dalam pada itu, Google juga mengesahkan penjualan Motorola Mobility ini tidak akan menjejaskan langsung kajian-kajian yang dilakukakn sebelum ini bersama Motorola. Dan ia memberikan Google peluang untuk lebih menfokuskan kepada perkhidmatan Google Play dan juga pengenalan teknologi-teknologi lebih baru.
Bagi pihak Lenovo pula, ia bakal memudahkan syarikat ini memecah masuk pasaran US dengan jenama Motorola selain telah berjaya menjadi pengeluar telefon pintar kedua terbesar di China selepas Xiaomi. Lenovo juga berpendapat pembelian ini juga membantu untuk mendapat teknologi-teknologi yang lebih canggih yang kini terdapat pada Motorola dan membantu mereka memperkenalkan telefon pintar yang lebih berkuali dan berspesifikasi tinggi. Mungkinkah, Lenovo bakal menjadi pengeluar telefon pintar ketiga terbesar di dunia tidak lama lagi?
Entri: Google Menjual Motorola Kepada Lenovo Dengan Harga $2.91 Billion Republish from: http://nizul.my/google-menjual-motorola-kepada-lenovo-dengan-harga-2-91-billion/
Salam, berminat jadi penulis x??
ReplyDeleteAsas belum cukup
Delete