Permainan yang tampak mudah sekiranya anda sendiri belum memainkannya. Tiada tahap-tahap yang perlu anda capai untuk menamatkan permainan ini. Namun sekiranya sekali anda menyentuh permainan ini, anda akan terus ketagih dan sukar untuk berhenti bermainnya. Hal ini bukan sahaja dirasai oleh segolongan pemain sahaj namun telah dihadapi 50 juta pemain di seluruh dunia di telefon pintar atau tablet.
Flappy Bird, adalah merupakan permainan di peranti mudah alih yang pertama pada tahun 2014 ini yang menjadi ketagihan ramai pengguna peranti mudah alih. Seperti sedia maklum, kita telah melalui zaman di mana ketagihan yang nyata adalah pada permainan Angry Birds, Temple Run dan Candy Crush namun bagi saya, Flappy Bird adalah permainan yang lebih membawa ketagihan memandangkan permainan ini benar-benar susah untuk dimainkan.
Namun, perkara yang lebih penting perlu dilihat, berapa banyak keuntungan yang berjaya dicapai oleh pembangun Flappy Bird dalam tempoh sehari? Anda jangan terkejut sekiranya menurut sumber iaitu Android Authority, pembangun Flappy Bird berjaya mendapat keuntungan sebanyak $50,000 sehari yang bersamaan RM166,525. Ketagihan yang dialami oleh pengguna merupakan kejayaan terbesar pembangun aplikasi. Pembangun Flappy Bird berjaya membuat pemain untuk ketagih dan mereka berjaya menggaut keuntungan daripada iklan yang dipaparkan pada permainan tersebut.
Pembangun Flappy Bird juga turut mengesahkan permainan ini pada asasnya cuba membawakan nostalgia Super Mario dengan wujudnya terowong berwarna hijau yang terdapat pada permainan Super Mario. Oleh kerana itu, kebanyakan pemain adalah datang daripada negara Jepun. Tidak terhenti di situ, pembangun juga cuba memberikan permainan satu konsep yang mudah namun sukar untuk dimainkan. Pemain perlu menerbangkan burung berwarna-warni ini melalui terowong tanpa menyentuh terowong tersebut. Setiap kali burung berjaya melepasi terowong, mata akan bertambah sebanyak satu mata dan sekiranya ia berlenggar dengan terowong, permainan anda akan tamat. Ia adalah permainan yang benar-benar mudah!
The post Pembangun Flappy Bird Menjana Wang $50,000 Sehari Daripada 50 Juta Pemain appeared first on Nizul.
Entri: Pembangun Flappy Bird Menjana Wang $50,000 Sehari Daripada 50 Juta Pemain Republish from: http://nizul.my/pembangun-flappy-bird-menjana-wang-50000-sehari-daripada-50-juta-pemain/
stress aku main game ni
ReplyDeleteKalau stress, nampaknya kena tukar game la bro
Delete