Gol Hazard, Diego Costa Bantu Chelsea Benam Arsenal
Chelsea terus gah mendahului carta Liga Perdana Inggeris selepas menumbangkan Arsenal 2-0 di Stamford Bridge, sebentar tadi.
Dua gol, masing-masing satu daripada Eden Hazard menerusi sepakan penalti pada minit ke-27 dan penyerang prolifik, Diego Costa pada minit ke-78 sudah memadai buat skuad The Blues menguatkan cengkaman selaku pendahulu.
Anak didik Jose Mourinho sudah mengutip 19 mata daripada tujuh perlawanan untuk memberi gambaran awal mungkin akan kembali merampas mahkota kejuaraan liga, musim ini.
Perlawanan itu turut dicemari permusuhan di antara pengurus Chelsea, Mourinho dan Arsene Wenger yang bergeseran sesama sendiri.
Persengketaan di antara kedua-dua individu itu berlarutan hingga tamat babak pertama termasuk tindakan Mourinho menolak dada Wenger hingga menyebabkan pengadil perlawanan mengeluarkan amaran.
This entry passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment