Rekod 100 meter masih dipegang Watson - Karim adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Rekod 100 meter masih dipegang Watson - Karim membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Rekod 100 meter masih dipegang Watson - Karim

Rekod 100 meter masih dipegang Watson - Karim



Rekod 100 meter masih dipegang Watson - Karim Oleh Khairil S Iswan mkhairi@bh.com.my LEGENDA olahraga, Watson Nyambek. KUALA LUMPUR: Legenda olahraga, Watson Nyambek masih pemegang rasmi rekod kebangsaan acara pecut 100 meter (m) sehingga catatan 10.29 saat (s) milik Badrul Hisyam Abdul Manap diiktiraf. Perkara itu disahkan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), 

Datuk Karim Ibrahim yang ditemui, hari ini ketika diminta mengulas kemelut membabitkan rekod baharu kebangsaan itu. "Kami belum memperbetulkan rekod itu namun kami menerima catatan itu (Badrul). Selagi ia belum diperbetulkan (iktiraf), Watson adalah pemegang rekod kebangsaan," katanya. Karim berkata pembetulan rekod itu mesti datang dari majlis bagi pengesahan dan selagi ia tidak diperbetulkan, 

Watson masih memegang rekod kebangsaan. "Begitupun bagi saya, Badrul masih lagi pelari terpantas di Malaysia, catatannya ada. Catatan elektronik sudah dicatatkan. Sama ada ia dibantu atau tidak atau ada kesilapan teknikal, ia adalah persoalan lain," katanya. Karim ditemui selepas KOM selesai mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini. 

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi. Badrul, 18 menggemparkan olahraga tanah air apabila merakamkan kepantasan 10.29s pada Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN di Bandar Sri Begawan, Brunei, November tahun lalu. Catatan yang dilakukan 0.1s lebih pantas daripada rekod kebangsaan yang dicatatkan Watson Nyambek pada 13 Julai 1998.    

Begitupun, baru-baru ini media melaporkan rekod itu dikatakan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF). Ketiadaan alat pengukur angin yang tidak berada di garisan 50 meter selain tiada bukti rakaman gambar garisan penamat, di mana kedua-dua aspek itu wajib ada untuk mendapat pengiktirafan IAAF.

sumber

Rekod 100 meter masih dipegang Watson - Karim ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.