Umie Aida Kembalikan Wang RM80,000, Tarik Diri Jadi Duta YSLM adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Umie Aida Kembalikan Wang RM80,000, Tarik Diri Jadi Duta YSLM membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.





Umie Aida Kembalikan Wang RM80,000, Tarik Diri Jadi Duta YSLM






Pelakon dan penyanyi, Datin Umie Aida menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat YSLM yang sebelum ini berhasrat untuk menjalinkan beberapa kerjasama dengannya terutama dalam hal-hal yang melibatkan aktiviti amal dan kebajikan.

Umie Aida yang juga adik kepada penerbit serta pengarah filem terkemuka, Erma Fatima berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dihantar semalam.


“Pada Jumaat lepas, Saya menghadiri satu mesyuarat dengan sebuah syarikat bernama YSLM yang berhasrat mahu mengambil saya sebagai artis di bawah naungan mereka bagi tujuan aktiviti amal dan kebajikan untuk membantu anak-anak yatim dan golongan susah.


“Pada awalnya, saya bersetuju tetapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa membatalkan niat untyuk menjadi artis naungan syarikat tersebut.


“Mereka juga ada memberi saya wang tunai sebanyak RM80,000 sebagai hadiah tetapi keesokan harinya saya mengambil keputusan untuk memulangkan semula wang tersebut.


“Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik kepada pihak-pihak yang mengambil gambar-gambar saya pada hari berkenaan agar tidak menggunakan gambar tersebut untuk kepentingan syarikat.


“Sekiranya gambar-gambar saya digunakan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin tegaskan sekali lagi di sini bahawa saya bukan artis atau duta YSLM. Saya hanya duta kepada Phytoscience Stemcell dan tetapi serta masih setia bersama mereka,” katanya.





This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.





Umie Aida Kembalikan Wang RM80,000, Tarik Diri Jadi Duta YSLM ini adalah Entri ulangsiar dari diantara laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Wow Berita iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.