Misha Omar Akui Suami Lebih Manja Selepas Kahwin
Penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah@Aisah Omar akui suaminya, Firos Ezzwan lebih bersikap manja selepas berumahtangga sejak Mei lalu.
Misha Omar berkata ianya perkara biasa kerana dia sendiri dapat merasakan perkara yang sama selepas masing-masing bergantung kepada pasangan berbanding sebelum kahwin.
“Saya perasan dia agak manja sedikit sejak kahwin ni, ke mana sahaja pasti mahu berteman dan bila dia pulang kerja, dia sendiri mahu saya ambilnya di lapangan terbang.
“Dia akui dia seronok selepas berkahwin kerana rasa seperti punya kawan baik yang boleh menemaninya setiap masa.
“Saya pun senang dengan sikapnya itu kerana sekurang-kurangnya masa itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya kepada murai.com.my ketika ditemui di Pencaran Album Al Nuraa & Havoc Raya serta Majlis Berbuka Puasa di Bangsar, kemarin.
Bercerita mengenai pengalaman pertamanya sebagai seorang isteri, pelatun lagu Angin Syurga itu akui seronok apabila berpeluang menyediakan juadah berbuka puasa buat suaminya yang juga seorang juruterbang.
“Alhamdulilah, saya sudah pun sempat menyediakan juadah berbuka dan sahur untuk suami di bulan Ramadan ini. Rasanya saya sedang berada dalam proses yang biasa dan saya akui belum bijak di dapur.
“Pun begitu, suami saya lebih suka makan masakan saya berbanding keluar berbuka di luar kerana dia memberitahu ianya lebih istimewa.
“Senang sahaja hendak mengikut selera suami saya, dia tidak sukakan masakan pedas malah suka masakan yang lebih ringkas seperti ayam goreng dan telur goreng,” ceritanya.
Pasangan ini bernikah di Hotel Renaissance, Kota Bharu, pada 2 Mei lalu.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment