(Al-Fatihah) Blogger Syuhada Baharudin Meninggal Dunia
Dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang blogger iaitu Syuhada Baharudin telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi KPJ Ampang Puteri pada Rabu 18 Jun 2014.
Menurut sumber blogger, punca kematian Allahyarhamah Syuhada akibat jatuh pengsan sebaik sahaja pulang dari percutian ke Vietnam lantas koma selama seminggu di hospital.
Pada 19 Jun 2014 lebih kurang pukul 9 pagi, jenazah telah disembahyang di masjid Al Hidayah Taman Melawati dan akan dikebumikan di Telok Air Tawar Butterworth sebelum Zohor.
Untuk info, Syuhada merupakan seorang isteri, ibu, usahawan dan juga individu yang sangat aktif dalam blog peribadi miliknya (http://syuhadabaharudin.com).
kenyataan Rakan Blogger Menerusi Laman Sosial
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.
Post a Comment