LG telah memperkenalkan banyak produknya pada CES 2014 sebelum acara rasmi miliknya bakal diadakan dalam beberapa jam lagi. Ia termasuklah TV melengkung 105-inci dan juga Smart TV 84-inci masing-masing dengan resolusi 4K UHD. Kini, ia juga mula memaparkan sistem pengoperasian WebOS yang bakal digunakan pada LG Smart TV selepas ini.
Daripada blog LG, ia dikatakan akan hadir pada 70 peratus Smart TV yang bakal hadir pada tahun 2014. Ia juga akan hadir dengan fungsi voice search dan gesture recognition yang memang sudah lama diperkenalkan oleh LG sebelum ini dan juga membolehkan anda menggunakan aplikasi sambil menonton TV.
Selain daripada WebOS, LG juga nampaknya mula mempamerkan Life Band Touch dimana dilihat mempunyai rekabentuk yang sama dengan Nike FuelBand. Ia juga mempunyai fungsi yang membolehkan anda menyambungnya dengan peranti Android mahupun iOS. Ia juga mempunyai kawalan sesentuh yang boleh mengawal musik dan juga panggilan masuk pada peranti yang disambungkan.
Sumber : Engadget
Entri: LG Memaparkan WebOS Yang Bakal Digunakan Pada Kebanyakan LG Smart TV Republish from: http://nizul.my/lg-memaparkan-webos-yangb-bakal-digunakan-pada-kebanyakan-lg-smart-tv/
Post a Comment