Typo merupakan sebuah produk yang membolehkan anda menggunakan papan kekunci fizikal dengan memasangnya pada produk milik Apple iaitu iPhone. Artikel mengenai produk ini pernah dipaparkan pada beberapa laman web terkemuka seperti Engadget dan The Verge pada tahun yang lalu. Video yang memaparkan bagaimana rekabentuk produk tersebut jelas menunjukkan ia seakan-akan diambil daripada papan kekunci fizikal milik Blackberry.
Terbaru, Blackberry nampaknya turut menyedari perkara ini dan kini telah mengemukakan saman terhadap pembangun Typo disebabkan melanggar paten milik mereka. Typo memang tidak dinafikan satu ciptaan yang unik namun reka bentuknya sahaja menyebabkan Blackberry megambil langkah untuk menyaman pembangunnya.
Pembangun Typo pula nampaknya tidak akan berdiam diri dengan saman dikenakan terhadapnya dan akan cuba berjuang sehabis mungkin memandangkan ia memerlukan masa yang amat lama untuk menyiapkan produk tersebut malah bakal diperkenalkan kepada umum pada CES 2014 yang akan berlangsung minggu hadapan di Las Vegas. Ia sedikit sebanyak mencacatkan kelancaran produk milik mereka pada CES 2014 nanti.
Sumber : Engadget
Entri: Blackberry Menyaman Typo – Papan Kekunci Fizikal iPhone Seakan-akan Blackberry Republish from: http://nizul.my/blackberry-menyaman-typo-papan-kekunci-fizikal-iphone-seakan-akan-blackberry/
Post a Comment