Pada CES 2014 kali ini, LG bukan sahaja memperkenalkan TV terbaru miliknya dan juga WebOS yang bakal digunakan di 70 peratus TV milik LG pada tahun 2014, malah dua peranti boleh dipakai (wearable devices) terbaru milik LG iaitu LG Life Band Touch dan juga LG Heart Rate Monitor turut hadir pada acara rasmi LG di CES 2014 kali ini.
LG Life Band Touch nampaknya ingin bersaing dengan Nike FuelBand yang diperkenalkan pada tahun yang lepas tetapi kekurangan pada skrin sesentuh dan ini dibawakan oleh LG pada peranti terbaru ini. Ia bakal memberikan anda paparan terperinci tentang aktiviti fizikal yang dilakukan oleh anda dan jumlah pembakaran kalori anda. Pada asasnya, ia dapat berfungsi dengan sebaik mungkin dengan menyambungnya bersama peranti yang menggunakan Android mahupun iOS.
Namun begitu, untuk hasil yang lebih menakjubkan dan fungsi menyeluruh, LG juga memperkenalkan LG Heart Rate Monitor yang hadir dalam bentuk earphone. Selain berfungsi sebagai pemain muzik, LG Heart Rate Monitor bakal membaca dan menyukat degupan jantung penggunanya sepanjang melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan.
Syarikat yang berasal dari Korea belum mengumumkan tarikh pengenalan kedua-dua peranti ini namun kami akan sentiasa mengemaskininya pada masa hadapan.
Sumber : Engadget
Entri: LG Life Band Touch dan Heart Rate Monitor Diperkenalkan Untuk Anda Yang Cergas Republish from: http://nizul.my/lg-life-band-touch-dan-heart-rate-monitor-diperkenalkan-untuk-anda-yang-cergas/
Post a Comment