Jika anda pernah membaca mengenai satu artikel yang ditulis oleh Amanz pada tahun yang lalu, CIMB telah membolehkan anda untuk membuka akaun baru di bawah satu sistem yang dipanggil Kwik tanpa memerlukan anda untuk beratur di kaunter CIMB. Anda hanya perlu mendaftarkan akaun ini di atas talian dan jika anda berminat untuk memiliki kad debit, anda boleh memohonnya setelah akaun anda berjaya didaftarkan.
Kini, CIMB menambah pula sokongan untuk pembelian aplikasi Android di Google Play Store dan iOS di iTunes dengan menggunakan akaun Kwik. Ia merupakan sesuatu yang sepatutnya telah lama diperkenalkan memandangkan Malaysia telah disenaraikan sebagai pengguna yang tidak suka membeli aplikasi berbayar. Ia bukan kerana pengguna Malaysia tidak suka membeli aplikasi berbayar tetapi proses untuk melakukannya terlalu terhad di Malaysia.
Bagi pengguna baru yang mendaftar akaun Kwik, CIMB telah menawarkan RM10 rebat percuma yang boleh digunakan untuk pembelian aplikasi di dunia platform ini. Namun bagi pengguna yang telah mendaftar sebelum ini, anda tidak berpeluang mendapat rebat bernilai RM10 ini.
Selain itu, pengguna juga bakal mendapat 50 peratus diskaun bagi dua aplikasi pertama setiap bulan sehingga bulan Februari di mana setiap aplikasi tidak melebihi daripada RM10. Namun begitu, tawaran ini nampaknya hanya terhada pada 1000 transaksi pertama bermula sekarang sehingga bulan Februari ini.
Walaupun tawaran ini seperti sukar untuk diperolehi, namun pada hakikatnya ia sedikit sebanyak memudahkan pengguna Malaysia membeli aplikasi berbayar yang selama ini sukar dibeli memandangkan Malaysia juga tidak menawarkan Google Wallet secara umum.
Bagi yang berminat, anda boleh mendaftar akaun Kwik sekarang dan nikmati rebat RM10 terus ke akaun milik anda.
Sumber : CIMB Clicks
Entri: CIMB Kwik Membolehkan Anda Melakukan Pembelian Aplikasi iOS dan Android Republish from: http://nizul.my/cimb-kwik-membolehkan-anda-melakukan-pembelian-aplikasi-ios-dan-android/
Post a Comment