Nampaknya, medan peperangan bagi pasaran milik Google yang seterusnya ialah dalam industri automobil. Ia bukan kali pertama Google dikaitkan dengan industri automobil, tetapi berita mengenainya sudah lama menular. Terbaru, Google dilaporkan bakal membawakan sistem Android kepada Kereta milik anda.
Daripada laporan tersebut, Google dilaporkan bekerjasam dengan syarikat Jerman, Audi bag membawakan hiburan dan sistem Android pada kereta yang dikuatkuasakan menggunakan Android dan bakal diperkenalkan pada Consumer Electronics Show (CES) yang akan berlangsung pada Januari 2014 ini.
Laporan tersebut juga mengatakan Google dalam perancangan untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain termasuk pengeluar cip, Nvidia bagi memastikan Android dapat digunakan pada kenderaan yang membolehkan pemandu juga penumpang kenderaan dapat mengakses musik, aplikasi, video dan sebagainya sewaktu di dalam kenderaan yang menggunakan Android.
Selain daripada Google, Apple juga sebelum ini dalam perancangan membawakan iOS di kenderaan dan telah diberikan pengenalan ringkas pada WWDC 2013 Jun yang lalu. Apple ingin membawakan pengguna sesebuah kenderaan dapat menggunakan aplikasi iOS seperti terdapat pada iPhone dan iPad. Siapakah Antara Apple dan Google yang bakal menguasai sistem pengoperasian Automobil yang terbaik ada masa akan datang?
Sumber : TheNextWeb
Entri: Sistem Android Dilaporkan Bakal Diperkenalkan Di Kereta Oleh Google Republish from: http://skynightz.com/sistem-android-dilaporkan-bakal-diperkenalkan-di-kereta-oleh-google/
Post a Comment