LG nampaknya benar-benar ingin membawakan sesuatu yang dilihat sebagai mimpi menjadi realiti. Sebelum ini, beberapa syarikat perkakasan elektrik di rumah telah bekerjasama untuk menetapkan paiwai yang membolehkannya disambung melalui wifi. Kini, LG mengambil langkah drastik dengan membolehkan anda berinteraksi melalui aplikasi HomeChat dengan perkakasan rumah anda.
Selain daripada HomeChat, anda juga boleh menggunakan aplikasi Line untuk berkomunikasi dengan perkakasan rumah anda yang merangkumi vakum robot, peti ais, mesinbasuh dan lain-lain lagi. Sudah semestinya, anda tidak boleh berinteraksi dengan perkakasan yang lama dan hanya terhad kepada perkakasan yang diperkenalkan oleh LG sahaja.
Contohnya, anda ingin pergi berkelah selama 3 hari, anda hanya perlu menghantar SMS “I’m going On Vacation” dan kemudiannya peti ais di rumah anda terus akan meletakkan dirinya kepada mod penjimatan kuasa dan vakum di rumah anda akan memastikan rumah anda bersih tanpa habuk selama 3 hari ketiadaan anda.
Selain itu, ia juga membolehkan anda sentiasa mengetahui apa yang berada di dalam peti ais milik dan juga mendapat cadangan resipi yang sesuai untuk anda cuba melalui oven di rumah anda. Daripada kenyataan awal LG, ia bakal diperkenalkan pada CES 2014 namun masih belum dapat dipastikan kesahihannya. Jika ini benar-benar diperkenalkan, sudah pasti kerja di rumah anda bakal menjadi lebih mudah dan terurus dengan adanya teknologi seperti ini.
Sumber : Engadget
Entri: LG Bakal Membolehkan Anda Berinteraksi Dengan Perkakasan Rumah Melalui SMS Republish from: http://skynightz.com/lg-bakal-membolehkan-anda-berinteraksi-dengan-perkakasan-rumah-melalui-sms/
Post a Comment