Bagi setiap sistem pengoperasian telefon pintar, ia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Seringkali, setiap pengguna akan membandingkan antara dua pesaing terbesar dalam arena telefon pintar iaitu Apple dan Google dengan masing-masing mempunyai sistem pengoperasian tersendiri iaitu iOS dan Android.
Namun begitu, pengguna selalu membandingkan antara dua sistem ini dari segi kepantasan memberikan kemaskini kepada penggunanya. Bagi pengguna telefon pintar dari keluarga Nexus, ia bukan sesuatu masalah yang besar memandangkan kemaskini diperkenalkan secara terus daripada Google dan terus diberikan kepada penggunanya sejurus pelancaran rasmi pada acara-acara tertentu. Tetapi bagaimanakah pula bagi pengguna selain daripada Nexus contohnya Samsung, HTC, Sony, LG dan lain-lain lagi?
Terbaru, HTC telah berkongsi gambaran sebenar bagaimana kemaskini terbaru Android akan diperkenalkan kepada penggunanya. Daripada gambar dibawah, ia bukan satu proses yang mudah memandangkan mempunyai proses yang terlalu kompleks dan sukar untuk difahami. Namun dari apa yang dipaparkan, ia sudah cukup untuk membuktikan proses ini terlalu kompleks dan ia menjadi punca pengeluar telefon pintar mengambil masa yang lama untuk melakukan proses. Rujuk gambar di bawah.
Sumber : BGR
Entri: Punca Sebenar Pengguna Android Mendapat Kemaskini Android Terbaru Terlalu Lambat Republish from: http://skynightz.com/punca-sebenar-pengguna-android-mendapat-kemaskini-android-terbaru-terlalu-lambat/
Post a Comment