LG nampaknya bakal memperkenalkan LG G3 yang mampu menandingi Samsung, syarikat pengeluar telefon pintar dari negara yang sama dengannya. Ia buka sahaja membawakan keunikan dengan butang yang berada pada kamera bahagian belakang, tetapi bakal membawakan spesifikasi yang sangat baik iaitu skrin resolusi 2K atau nama lain Quad HD, dua kali ganda lebih baik daripada Full HD.
Quad HD merupakan skrin dengan jumlah piksel 1,440 X 2560. Nama 2K bermaksud iai mempunyai skrin dengan jumlah panjang atau lebar lebih daripada 4k. LG masih belum mengumumkan adakah ia akan memperkenalkan LG G3 dengan skrin bersaiz 5 inci seperti LG G2 tetapi terdapat khbar angin mengatakan ia akan hadir dengan saiz 5.5 inci.
Selain itu, ia dijangka akan hadir dengan kamera belakang 16 megapiksel dan pastinya ia hadir dengan cip-pemprosesan lapan-teras. Telefon pintar ini dijangkakan akan hadir pada separuh kedua tahun 2014.
LG G2 telah diperkenalkan pada September yang menampakkan sasaran syarikat sedikit tersasar dengan hanya berjaya menjual sebanyak 2.3 juta unit, tidak seperti jangkaan mereka iaitu 3 juta unit. Dari segi spesifikasi, LG G2 dilihat amat mengagumkan tetapi terdapat benyak perkara membuatkan ramai menjauhkan diri daripada membelinya. Salh satunya adalah butang kuasa pada bahagian belakang. Adakah LG G3 mampu untuk menandingi Galaxy S5 yang akan diperkenalkan pada suku kedua 2014 ini?
Sumber : BGR
Entri: LG Akan Memperkenalkan LG G3 Dengan Skrin Resolusi 2K Pada Tahun 2014 Republish from: http://skynightz.com/lg-akan-memperkenalkan-lg-g3-dengan-skrin-resolusi-2k-pada-tahun-2014/
Post a Comment