Setahun yang lalu, MySpace telah mula menambah baik laman web milik mereka dan mengubah dari fungsi asal yang merupakan laman web media sosial mejadi laman web untuk musik dan video. Menfokuskan kepada streaming musik dan video, MySpace dilihat masih belum berjaya memikat hati pengguna untuk kembali menggunakannya setelah ia ditinggalkan apabila bermula era Facebook dan Twitter.
Kini, MySpace nampaknya telah menambah baik antara muka aplikasi di iOS dengan penambahan fungsi baru dan juga antara muka yang lebih cantik. Dalam versi terbaru ini, ia kini menambah fungsi live-streaming dan juga memperkenalkan fungsi like, connect dan share semula post yang telah diterbitkan oleh pengguna lain.
Ia juga kini memperkenalkan fungsi tap-to-edit yang membolehkan pengguna edit profil secara terus daripada profil. Selain itu, ia juga memperkenalkan fungsi mencari rakan anda di Facebook dan Twitter yang juga menggunakan MySpace. Daripada laporan daripada TNW, fungsi “Find Friends” nampaknya mempunyai bug yang akan menyebabkan aplikasi ini force close. Pembangun MySPace nampaknya perlu menambahbaik lagi fungsi supaya ia dapat digunakan.
Aplikasi ini nampaknya hanya terdapat pada iOS dan tidak lagi pada Android. Walaupun anda terasa seperti MySpace tidak mampu lagi untuk hidup selepas lama menyepi tetapi pada hakikatnya, pengguna MySpace kini sudah mencecah 36 juta pengguna sejak ia mula diperkenalkan pada Januari yang lalu. Mungkinkah MySpace bakal kembali digunakan sebagai rangkaian sosial setelah Facebook dan Twitter?
Bagi pengguna iOS, anda boleh memuat turun aplikasi ini sekarang.
Sumber : TNW
Entri: MySpace Untuk iOS Mendapat Kemaskini Terbaru Dengan Penambahbaikan Reka Bentuk Republish from: http://skynightz.com/myspace-untuk-ios-mendapat-kemaskini-terbaru-dengan-penambahbaikan-reka-bentuk/
Post a Comment