KHIDMAT KAKITANGAN AWAM KONTRAK AKAN DITAMATKAN SEPENUHNYA DISEMBER 2016 - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di KHIDMAT KAKITANGAN AWAM KONTRAK AKAN DITAMATKAN SEPENUHNYA DISEMBER 2016 harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
KHIDMAT KAKITANGAN AWAM KONTRAK AKAN DITAMATKAN SEPENUHNYA DISEMBER 2016

KHIDMAT KAKITANGAN AWAM KONTRAK AKAN DITAMATKAN SEPENUHNYA DISEMBER 2016



PUTRAJAYA - Sumber dari seorang kakitangan awam di pusat pentadbiran kerajaan mendedahkan, kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya bermula Disember 2016.

"Kakitangan berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya mulai Disember 2016. Kepada kakitangan kontrak, bolehlah mula merancang untuk mencari kerja-kerja lain sementara masa masih ada," kata sumber.

Menurut individu yang mendedahkan perkara tersebut, dia mendapat maklumat itu dari mesyuarat yang dihadiri olehnya pagi tadi.

Dia yang pada mulanya enggan berkongsikan mengenai perkara itu namun memikirkan bahawa kakitangan awam berstatus kontrak perlu tahu dan membuat persediaan awal, lalu mendedahkan perkara itu di media sosial.

"Saya sebenarnya enggan ambil pusing tetapi memandangkan saya perlu beritahu untuk persediaan awal rakan-rakan yang terlibat agar perkara ini tidaklah mengejutkan mereka.

"Saya pun ada anak bini, saya pun fikirkan nasib kakitangan kontrak yang ada anak bini. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik," katanya.

Sementara itu, sumber yang lain pula mengesahkan bahawa apa yang diberitakan itu adalah benar.

"Semua kakitangan awam berstatus kontrak tidak akan disambung perkhidmatannya dan akan digantikan dengan jawatan yang kekal. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tiada peruntukan yang mencukupi untuk menampung gaji kakitangan kontrak pada tahun ini dan tahun seterusnya," jelas sumber kedua.

Difahamkan beberapa agensi kerajaan juga giat menyerap kakitangan kontrak ke jawatan tetap semenjak tahun lalu bagi mengelakkan gerak kerja setiap agensi tidak terjejas.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal KHIDMAT KAKITANGAN AWAM KONTRAK AKAN DITAMATKAN SEPENUHNYA DISEMBER 2016. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.