'DIA YANG TAK RETI PARKING, DIA PANCITKAN TAYAR KERETA AKU'
Kereta mewah tetapi otak pemiliknya tidaklah seberapa mewah apabila bertindak bodoh dengan menganiaya pemilik kenderaan yang lain.
Itulah yang dialami oleh mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil dalam insiden yang berlaku di tempat letak kereta sebuah bangunan.
"Ini satu sifat manusia yang tidak bermoral. Salah sendiri, kereta saya pula yang dipancitkan. Jangan ingat bila guna kereta besar, boleh buat sesuka hati. Penat saya nak bawa anak-anak. Tolong viralkan sifat pemilik kereta merah yang kurang akal ini," kata Mohd Fadzil di laman Facebooknya.
Fadzil mengetahui perkara ini setelah diberitahu oleh seorang saksi yang meninggalkan nota, "W6268C do this!!"
Bagi mempertahankan dirinya tidak bersalah, Fadzli memuat naik beberapa gambar bukti yang menunjukkan keretanya diparkir dalam petak tanpa mendatangkan masalah pada pengguna yang mahu menggunakan petak parkir di bahagian tengah.
Malangnya, pemilik kereta merah terbabit yang jelas sekali memarkirkan kenderaannya melebihi garisan yang ditetapkan.
Tanpa sebarang rasa bersalah, pemiliknya menganggap ruang sempit di bahagian kanannya itu disebabkan oleh kereta Perodua Kancil tersebut, lalu bertindak memancitkan tayarnya.
Bagaimanapun, Fadzil tidak membuat laporan polis dan hanya meminta orang ramai menyebarkan gambar itu di media sosial agar pemiliknya sedar akan kesalahan dirinya sendiri
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'DIA YANG TAK RETI PARKING, DIA PANCITKAN TAYAR KERETA AKU'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment