SUAMI ISTERI BUNUH PEMBANTU RUMAH DIKEMBALIKAN HUKUMAN MATI OLEH MAHKAMAH RAYUAN adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya SUAMI ISTERI BUNUH PEMBANTU RUMAH DIKEMBALIKAN HUKUMAN MATI OLEH MAHKAMAH RAYUAN membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
SUAMI ISTERI BUNUH PEMBANTU RUMAH DIKEMBALIKAN HUKUMAN MATI OLEH MAHKAMAH RAYUAN

SUAMI ISTERI BUNUH PEMBANTU RUMAH DIKEMBALIKAN HUKUMAN MATI OLEH MAHKAMAH RAYUAN



Mahkamah Rayuan kembali hukuman mati suami isteri bunuh pembantu rumah
Mahkamah Rayuan kembali hukuman mati suami isteri bunuh pembantu rumah
Seorang suri rumah menangis dan meraung apabila Mahkamah Rayuan mengembalikan hukuman mati ke atasnya dan suaminya kerana membunuh pembantu rumah mereka dengan membiarkan warga Kemboja itu mati kelaparan.
Chin Chui Ling, 43, menangis dan pada satu ketika rebah dalam kandang tertuduh selepas jurubahasa mahkamah menjelaskan kepadanya dan suaminya, Soh Chew Tong, 46, mengenai keputusan mahkamah itu.
Soh turut memegang Chin sambil mententeramkannya.
Pasangan itu, yang dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu mendengar rayuan mereka, kemudian digari dan dibawa semula ke lokap oleh anggota polis yang ditempatkan di mahkamah.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan untuk mengembalikan sabitan ke atas Soh, yang juga pemilik stor, dan Chin kepada tuduhan asal membunuh pembantu rumah mereka, Mey Sichan, 24, yang mempunyai berat badan hanya 26.1 kilogram.
Soh dan Chin, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 16 Mei 2013 atas tuduhan pindaan membunuh tanpa niat.
Mey Sichan, yang mula bekerja dengan pasangan itu pada Julai 2011, dijumpai mati di rumah kedai pasangan suami isteri itu dengan kesan kecederaan lama dan baharu pada badannya selain mengalami dehidrasi dan keadaan pipinya yang cengkung.
Hakim Datuk Seri Zakaria Sam, yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel hakim, berkata mahkamah mendapati rayuan balas pihak pendakwa mempunyai merit.
Beliau kemudian mengenepikan sabitan pasangan itu atas tuduhan melakukan pembunuhan tanpa niat dan hukuman penjara, serta menggantikannya dengan hukuman mati kerana membunuh.
Panel hakim juga menolak rayuan pasangan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara.
Seorang lagi hakim yang berada dalam barisan panel ialah Hakim Datuk Ahmadi Asnawi.
Pasangan itu asalnya dituduh membunuh Mey Sichan di rumah mereka di Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 1 Januari dan 1 April 2012 tetapi Mahkamah Tinggi meminda tuduhan itu dan mensabitkan mereka kerana membunuh tanpa niat.
Pada perbicaraan mendengar rayuan pada 24 Februari tahun ini, Mahkamah Rayuan mendengar hujah daripada pihak pendakwa, bahawa Mey Sichan bukan saja tidak diberi makan tetapi dia juga didera dan mengalami kecederaan fizikal di seluruh badan akibat dipukul.
Mahkamah diberitahu bahawa Mey Sichan terpaksa makan sisa makanan dari tong sampah.
Tetapi, peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili pasangan itu berhujah bahawa ia tidak dapat diputuskan gastrik ulser yang dialami oleh Mey Sichan ialah akibat tidak diberi makan oleh anak guamnya.
Kumaraendran berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman mengendalikan pendakwaan bagi kes itu.- BERNAMA

SUAMI ISTERI BUNUH PEMBANTU RUMAH DIKEMBALIKAN HUKUMAN MATI OLEH MAHKAMAH RAYUAN ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.