PERBEZAAN PANGKAT DATO,TAN SRI DAN SEBAGAINYA YANG RAMAI TAK TAHU !! adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya PERBEZAAN PANGKAT DATO,TAN SRI DAN SEBAGAINYA YANG RAMAI TAK TAHU !! membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
PERBEZAAN PANGKAT DATO,TAN SRI DAN SEBAGAINYA YANG RAMAI TAK TAHU !!

PERBEZAAN PANGKAT DATO,TAN SRI DAN SEBAGAINYA YANG RAMAI TAK TAHU !!

I


Secara amnya kita boleh bezakan dengan pantas melalui nama panggilan seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Dato' ataupun Datuk. Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut dan jelas, sila baca maklumat susunan keutamaan Darjah-Darjah Kebesaran pada fakta-fakta yang aku sisipkan di bawah ini.


DARJAH-DARJAH KEBESARAN BINTANG-BINTANG DAN PINGAT MALAYSIA

* DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.)
Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahli-ahlinya terhad seramai sepuluh orang. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.

* DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.)
Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.


DARJAH-DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA

* SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.
* PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 75 orang, tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.
* JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga. Jumlah penyandang terhad kepada 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
* KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah penyandang tidak terhad
* AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Jumlah penyandang tidak terhad.
* PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.)
Ia merupakan pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Jumlah penyandang tidak terhad.


DARJAH-DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA

* SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

* PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Anugerah ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 450 orang, tidak termasuk anugerah kehormat yang dikurniakan kepada warganegara asing.

* JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Jumlah anugerah ini terhad kepada 1,200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.


DARJAH YANG MULIA JASA NEGARA

* PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Jasa Negara Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'. Keanggotaan dalam darjah ini terhad kepada 300 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.


DARJAH-DARJAH YANG AMAT DIHORMATI SETIA DIRAJA

* PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Jumlah anugerah ini terhad kepada 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'.

* JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja pangkat Kedua.

* KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga.

* BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Keempat.


DARJAH BAKTI

* DARJAH BAKTI (D.B.)
"Berbakti Untuk Negara". Ianya dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya di Malaysia dan juga di kalangan antarabangsa serta telah memberi sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini adalah dihadkan kepada 10 orang sahaja.


DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA

* SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)
Ini merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Bintang Kehormat ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.

* PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.)
Dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh.

* JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.)
Juga dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan.

* PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak.

* KEPUJIAN PERUNTUKAN KEBERANIAN (K.P.K.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka dikurniakan pingat.


BINTANG DAN PINGAT BAGI PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI

* PINGAT KEBAKTIAN (P.K.)
Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota pasukan Tentera Sukarela dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

* PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.)
Dikurniakan kerana khidmat-khidmat am anggota-anggota Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform

* PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.)
Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera Persekutuan dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

* PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.)
Dikurniakan untuk menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.


PINGAT-PINGAT PERINGATAN

* PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.)
Dibuat dalam tiga peringkat, iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini khusus untuk mereka yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha menubuhkan persekutuan Malaysia hingga 31 Ogos 1965.


SUMBER: Buku Cenderamata, Istiadat Mengadap Dan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Dan Pingat-Pingat Malaysia Pada 3 Jun 2000, ISTANA NEGARA, Kuala Lumpur


SUSUNAN KEUTAMAAN BAGI ANUGERAH-ANUGERAH PERSEKUTUAN

1 SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA S.P. 2 DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA D.K.M. 3 DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA D.M.N. 4 SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA S.M.N. 5 SERI SETIA MAHKOTA MALAYSIA S.S.M. 6 DARJAH BAKTI D.B. 7 PANGLIMA MANGKU NEGARA P.M.N 8 PANGLIMA SETIA MAHKOTA P.S.M. 9 PANGLIMA JASA NEGARA P.J.N. 10 PANGLIMA SETIA DIRAJA P.S.D. 11 JOHAN MANGKU NEGARA J.M.N. 12 JOHAN SETIA MAHKOTA J.S.M. 13 JOHAN SETIA DIRAJA J.S.D. 14 KESATRIA MANGKU NEGARA K.M.N. 15 KESATRIA SETIA DIRAJA K.S.D. 16 AHLI MANGKU NEGARA A.M.N. 17 PINGAT PANGKUAN NEGARA P.P.N. 18 BENTARA SETIA DIRAJA B.S.D. 19 PANGLIMA GAGAH BERANI P.G.B. 20 JASA PERKASA PERSEKUTUAN J.P.P. 21 PINGAT TENTERA UDARA P.T.U. 22 PINGAT KEBAKTIAN P.K. 23 PINGAT KHIDMAT BERBAKTI P.K.B. 24 PINGAT PERKHIDMATAN AM P.P.A. 25 KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN K.P.K. 26 PINGAT PERKHIDMATAN SETIA P.P.S. 27 PINGAT PERINGATAN MALAYSIA P.P.M. 28 PINGAT-PINGAT PERTABALAN -


Infromasi tambahan (1) Suami dapat panggilan 'Datuk', secara automatik orang rumahnya dipanggil 'Datin' (bertuah pompuan ni ya). Kalau orang rumah dapat anugerah 'Datuk', secara automatiknya si suami tadi MASIH bergelar ENCIK sahaja .....hehehhehheh...


(2) Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang banyak sumbangan dan jasa kepada kerajaan (terutamanya kepada negeri tanah kelahirannya - kerajaan negeri). Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka boleh dikatakan hanya terbuka kepada orang awam macam kita sahaja dan tidak kepada anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan kerana Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka ini lebih dianggap sebagai Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat Kelas Dua (ada Kelas Satu juga). (3) Anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan biasanya dianugerah dengan DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.). Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.


Disebabkan gelaran ini adalah anugerah yang tertinggi kalau mengikut senarai susunan keutamaan, kebiasaanya diberikan kepada bekas para hakim ataupun bekas menteri yang TERLALU BANYAK SUMBANGANNYA kepada negara. Anugerah Darjah ini terhad kepada 25 orang sahaja.


Sumber asal: kesahkeyop.blogspot.my
 
Artis Malaysia Pun Dah Ramai Dapat Dato’? Berkualitikah Gelaran Dato’ Yang Diterima Mereka?

Sekarang ini bukan main mudah lagi artis Malaysia nak dapat gelaran Dato’. Sana Dato’ sini Dato’. Artis Malaysia pun dah ramai sekarang mampu memiliki gelaran Dato’. Nyanyi sini, gelek sana, berlakon sana, mengacara sini. Sana sini dalam bidang industri hiburan dah melayakkan mereka mendapat gelaran Dato’. Persoalannya sekarang, apa sumbangan mereka sebenarnya? Kami masih lagi tercari-cari sumbang mereka? Berjasa sangatkah mereka ini (artis Malaysia)?
Kalau rentak sebegini diteruskan, tiada nilainya gelaran yang ada pada gelaran Dato’ itu sendiri di Malaysia hari ini. Ini bukan soal orang itu artis Malaysia tidak berhak memiliki Dato’, tidaklah sampai begitu sekali. Artis Malaysia yang layak diberikan kami tidak persoalkan, tetapi yang menjadi persoalannya sekarang satu demi satu artis Malaysia yang kami rasakan tidak layak langsung menerimanya. Itu pendapat kami. Tetapi apa boleh buat, itu sudah keputusan “pemberinya”.
Tiada lagikah calon yang lebih sesuai untuk diberikan gelaran Dato’ ini dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang dah berjaya menjulang nama Malaysia dan terus-menerus menyumbang bakti kepada masyarakat. Apa yang mahu dikejar sebenarnya?

“kuantiti atau kualiti”
Katakanlah tiada penerima yang layak pada tahun itu, kenapa perlu diberikan juga kepada yang lain? Itu belum termasuk gelaran Dato’ yang dikatakan “dibeli” pada sekian-sekian harga yang ditetapkan, Wallahualam.
Sebenarnya dah lama dah gelaran Dato’ yang’ jadi bahan gurauan & persoalan kalangan rakyat jelata. Jadi, kami berharap sangatlah jawatankuasa bahagian protokol istana dan semua pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) lebih prihatin, perlu telus serta teliti dalam memastikan masalah itu tidak berlarutan sehingga menjejaskan imej institusi diraja. Majlis Diraja perlu ambil perhatian jika institusi di raja mahu terus di pandang tinggi oleh rakyat jelata.Peluang Sudah Terbuka Luas Untuk Artis Malaysia Berbanding Profesion Lain?
Kalau dahulu jarang-jarang artis Malaysia yang dapat gelaran Dato’. Sekarang? Boleh digambarkan seperti :

“kalau baling batu di karpet merah anugerah skrin, pasti kena dekat datuk-datuk daripada kalangan artis malaysia”
Sampai begitu sekali. Kalau diberikan pilihan, kami lebih gemar memilih untuk hapuskan sahaja amalan feudalisme ini. Bagi kami tiada kebaikan apapun. Malah lambakan gelaran Datuk hari ini makin membezakan taraf seseorang. Kalau betullah nak hargai artis Malaysia contohnya dengan bagi bintang atau apa-apa sekalipun, berikan sahaja tanpa ada gelaran apapun.
Gelaran hanya diberikan kepada individu yang mempunya jawatan yang tinggi dalam negara yang dipegangnya. Misalnya :
Datuk Menteri BesarDatuk Panglima Angkatan TenteraDatuk Perdana menteri…
Bagi kami apabila taraf dah berbeza-beza, panggilan pun dah mula berbeza-beza :
Dalam majlis tempat duduk kena beza-bezaMakan kena beza-bezaLayanan kena beza-bezaSampai tindakan oleh pihak berkuasa pun akhirnya kena beza-beza
Tidak betul begitu. Pemberian pingat and gelaran ini ada di mana-mana, termasuk di negara-negara sosialis dan komunis. Jadi ia bukan suatu benda yang asing & janggal. Masing-masing ada pingat dan darjat kebesaran tersendiri. Cuma bezanya di sini terletak kepada cara pemberiannya. Terus-terang kami katakan, terdapat dua negeri yang “terlalu pemurah” memberi gelaran Dato,
PahangMelaka
Negeri yang amat susah memberi gelaran Dato seperti
PerakSelangorKedahNegeri SembilanJohorKelantanTerangganuPersoalan Disebalik Pemberian Gelaran Datuk Kepada Artis Malaysia
Mereka yang diberikan gelaran Dato’ adalah mereka yang betul-betul menyumbang kepada Negeri dan Negara. Yang betul-betul telah memberi impak kepada masyarakat. Tahniah kepada negeri yang begitu selektif dalam memilih mereka yang patut diberikan gelaran Dato.
Artis Malaysia yang dah dapat apa boleh buat, itu rezeki mereka. Yang akan terus dipersoalkan selepas ini, adalah trend seperti ini akan terus berlaku terutamanya melibatkanartis Malaysia lagi bagi

Sumber: beritasemasa.com.my

PERBEZAAN PANGKAT DATO,TAN SRI DAN SEBAGAINYA YANG RAMAI TAK TAHU !! ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.