'KEDAI MAKAN PALING CELAKA DI DUNIA' DIARAH TUTUP - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'KEDAI MAKAN PALING CELAKA DI DUNIA' DIARAH TUTUP harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'KEDAI MAKAN PALING CELAKA DI DUNIA' DIARAH TUTUP

'KEDAI MAKAN PALING CELAKA DI DUNIA' DIARAH TUTUP



MELAKA - Padah menghamburkan kata-kata kesat kepada pelanggan, gerai makan yang paling celaka di dunia diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah (JKDMT) kerana tidak mengamalkan penyediaan makanan yang selamat, semalam.

Gerai yang beroperasi di Medan Selera Pantai Klebang itu diarahkan tutup selama 14 hari setelah pihak JKDMT mendapati gerai itu gagal melepasi tahap penilaian risiko yang memuaskan.

"Hasil pemeriksaan, makanan yang dihidangkan tidak ditutup dan dihurung oleh lalat selain tahap kebersihan dalam peti sejuk beku juga tidak berada pada suhu yang ditetapkan.

"Peralatan memasak seperti papan pemotong daging juga tidak bersih selain pemilik gerai itu juga menggunakan kertas surat khabar sebagai pembalut bahan mentah yang disimpan dalam peti sejuk beku.

Gerai 'Makcik Puaka' itu diberi Perintah Penutupan Premis Makanan Tidak Suci mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan jika mereka melanggar arahan, pemiliknya boleh dihukum penjara lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes gerai ini menjadi viral di laman sosial selepas seorang pelanggan mengadu di laman sosial bahawa pemiliknya biadab dan kurang ajar serta memaki hamun beliau.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'KEDAI MAKAN PALING CELAKA DI DUNIA' DIARAH TUTUP. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.