Ujang Original Belum 'Mati', Bakal 'Hidup' Semula Warnai Seni Katun Tanah Air - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Ujang Original Belum 'Mati', Bakal 'Hidup' Semula Warnai Seni Katun Tanah Air harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Ujang Original Belum 'Mati', Bakal 'Hidup' Semula Warnai Seni Katun Tanah Air

Ujang Original Belum 'Mati', Bakal 'Hidup' Semula Warnai Seni Katun Tanah Air



Berita baik untuk peminat setia majalah Ujang, apabila dikatakan 'Ujang original' bakal hidup kembali untuk mewarnai industri katun tanah air.

Peminat kali ini bakal disajikan dengan wajah Ujang dalam bentuk asli seperti mula-mula Ujang 'baru lahir' iaitu bersama majalah Gila Gila.

Memetik laporan Malaysiakini, kartunis yang telah mengihidupkan watak Ujang, Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang berkata, melalui majalah Gila Gila 'yang diperkukuhkan' watak kartun itu akan muncul untuk menghiburkan peminat serta orang ramai.



Penampilan kali ini lebih menarik kerana majalah berkenaan akan dicerikan dengan ramai kartunis hebat lain seperti Ubi, Taugeh, Tembakau, Aie selain Jaafar Taib sendiri.

Menurut Ujang lagi, penampilan terbaru ini akan menjadikan majalah Gila Gila yang pernah menghiburkan jutaan peminatnya dulu kembali sebagai peneraju seni kartun pada masa kini.

Menceritkan kisah kisahnya 10 tahun lalu beliau melepaskan jawatannya sebagai ketua kartunis dalam Gila Gila untuk menerbitkan majalan keluarannya sendiri iaitu Ujang di bawah penerbitan Kharisma Publication.



Dengan wujudnya majalah Ujang beliau berjaya melahirkan lebih ramai bakat baru melalui majalah itu seperti Gayour, Aie, Duku, Ciku dan ramai lagi.

Namun pada penghujung 90-an beliau telah berdepan dengan ujian yang amat besar apabila telah terikat dengan ketetapan perundangan selepas diambil alih oleh MOY Publication di mana mereka menghalang beliau menerbit atau menggunakan produk kartun menggunakan watak yang pernah diciptanya sendiri - Ujang.

Ujang menceritakan dia telah dianiaya apabila nama yang diciptakn dan dinaikkannya itu Ujang telah diambil tanpa sebarang pampasan atau bayaran.

"Ada kontrak yang memperincikan mengenai perkongsian keuntungan, hak milik dan sebagainya tetapi semuanya dihilangkan. Macam kes 1MDB juga," katanya separa bergurau.

Lebih menyedihkan semua karya yang dihasilkannya dalam penerbitan dahulu telah disiarkan tanpa menggunakan namanya tetapi diganti dengan nama orang lain.



"Itu siapa cakap bukan penganiayaan, memang sesuai kena tempeleng," katanya tersenyum.

Bercakap mengenai projek terbarunya itu, beliau berkata dia dan beberapa kartunis lain akan bekerjasama memperkuatkan kembali majalah Gila Gila.

"Kami nak buat kartun yang berkualiti dan menghiburkan rakyat Malaysia. Kami buat sebab kami sayang," katanya.

Beliau memberikan contoh tindakan mereka kini adalah "membaik pulih rumah pusaka di kampung".

"Walaupun kita ada banglo di kota, berhari raya di rumah pusaka itu lebih indah dan bahagia," katanya.

Pada 6 Ogos 2015 lalu, MOY Publication yang mengeluarkan majalah Ujang Dan APO? telah menutup operasi mereka ekoran kenaikan kos operasi dan bebanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Ujang Original Belum 'Mati', Bakal 'Hidup' Semula Warnai Seni Katun Tanah Air. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.