'AYAMAS BAGI SAYA AYAM YANG SUDAH BASI' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'AYAMAS BAGI SAYA AYAM YANG SUDAH BASI' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'AYAMAS BAGI SAYA AYAM YANG SUDAH BASI'

'AYAMAS BAGI SAYA AYAM YANG SUDAH BASI'



Saya buat pesanan secara online Ayamas malam tadi pada jam 7.41 malam sebagai santapan makan malam. Setelah sejam menunggu, sekali lagi saya menghubungi mereka dan bertanya tentang status pesanan saya. Malangnya, tidak dapat dihubungi.

1 jam 50 minit kemudian, pengurus Ayamas cawangan Damai Perdana menghubungi saya dan memaklumkan bahawa mereka terpaksa membatalkan pesanan saya kerana masalah teknikal di mana kakitangannya yang sepatut membuat penghantaran itu terlibat dalam kemalangan.

Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa pekerjanya tetapi mengapa mereka mengambil masa yang sangat lama untuk memaklumkan dan membiarkan saya menunggu lama?

Tanpa sebarang rasa bersalah atau memohon maaf, pengurus Ayamas itu berkata, jika saya masih mahukan pesanan yang telah dibuat, saya perlu menunggu sekali lagi.

Seperti mana yang kenalan saya tahu yang saya ini keras kepala, saya mengambil keputusan untuk menunggu.

Jam 9.50 malam, akhirnya saya terima makanan yang dipesan tadi. Tetapi, apabila saya baru hendak menjamah ayam tersebut, saya dapati ayam itu busuk dan berlainan warnanya. Rupa-rupanya ayam yang diberikan itu sudah basi.

Saya cuba menghubungi bahagian Khidmat Pelanggan Ayamas, tetapi mereka tidak beroperasi pada waktu itu. Saya maklumkan perkara itu kepada pengurus itu tadi melalui SMS, juga tiada sebarang jawapan yang diberikan.

Nasib baik saya pesan dua nasi kosong dan itulah yang dijamah dikala perut tengah kosong. Biarpun kerugian RM27.00, saya tetap mahukan penjelasan dari Ayamas Malaysia.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'AYAMAS BAGI SAYA AYAM YANG SUDAH BASI'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.