Kisah Persahabatan Antara Pembeli (Melayu) Dan Penjual Telefon (Cina) Jadi Viral
PETALING JAYA: Ketika insiden kekecohan di Plaza Low Yat hangat diperkatakan, pengakuan hubungan baik seorang pengguna Facebook dengan penjual telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah menjadi viral.
"Nama mamat (lelaki) ni Desmond. Nama manja Mok. Tempat aku beli henpon (handphone) sejak zaman berzaman. Sentiasa jual barangan berkualiti," kata pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Fais Al-Hajari.
Cerita Fais lagi, walaupun adakalanya dia memberi telefon bimbit daripada peniaga lain, Desmond tetap tersenyum dan mereka masih berkawan baik.
"Hubungan baik ini kekal walaupun selepas lapan tahun. Penjual telefon bimbit lain di Plaza Idaman ni (majoriti Cina) Pun baik dengan aku.
"Rahsianya? Depa (mereka) tak tipu aku. Aku tak curi barang depa. Masing-masing hormat hak masing-masing dan supportive. Aman dunia," tulisnyanya lagi.
Sehingga berita ini ditulis, posting tersebut menerima lebih 1,200 likes dan dan 152 komen serta dikongsi lebih 90 pengguna Facebook lain.
Polis menahan 19 individu yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat.
Insiden pergaduhan itu didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang remaja yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit pada Sabtu lepas.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Kisah Persahabatan Antara Pembeli (Melayu) Dan Penjual Telefon (Cina) Jadi Viral. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment