KPDNKK RAMPAS TELEFON & AKSESORI TIRUAN DI KOMPLEKS PERTAMA
KUALA LUMPUR - Susulan aduan orang awam serta risikan yang dilakukan, telefon pintar pelbagai jenama serta aksesori tiruan yang bernilai RM500,000 dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur dalam serbuan di Kompleks Pertama, petang semalam.
Dalam serbuan yang dijalankan pada jam 3.30 petang itu, beberapa premis dan stor peniaga di kompleks berkenaan diserbu setelah menerima aduan dan risikan yang dibuat oleh bahagian penguatkuasaan KPDNKK KL.
Menurut KPDNKK KL, Muez Abd Aziz berkata, kesemua produk yang dirampas dipercayai tiruan dan pihaknya sedang mengenalpasti dalang pembekal barang tiruan itu kepada peniaga di kompleks berkenaan.
Siasatan lanjut juga masih dijalankan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011, Jika seseorang individu disabitkan bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara tidak lebih dari 3 tahun seorang.
Bagi syarikat yang terlibat pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan tiruan yang dirampas.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal KPDNKK RAMPAS TELEFON & AKSESORI TIRUAN DI KOMPLEKS PERTAMA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment