USAH PERCAYA LAMAN FACEBOOK PELESU KPDNKK
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan mengeluarkan kenyataan kontroversi di laman Facebook.
"AMARAN! Satu akaun palsu Facebook KPDNKK telah dikesan sejak semalam dipercayai bertujuan untuk mengelirukan orang ramai. Pihak SKMM telah menghantar laporan kepada pihak Facebook untuk sekat akaun tersebut serta laporan polis telah dibuat.
"Dimohon agar orang ramai tidak terperdaya dengan tindakan tidak bermoral ini. Akaun Facebook KPDNKK boleh dilayari menerusi alamat www.facebook.com.myKPDNKK," kata kenyataan dari Facebook rasmi kementerian berkenaan.
Terdahulu, laman Facebook palsu KPDNKK yang dikesan mengeluarkan kenyataan bangangnya sehingga menyebabkan orang ramai percaya dan mengecam kementerian itu.
"Ramai yg tidak sependapat dgn kpdnkk kerana mereka kurang ilmu. Kalau nak ikutkan roti joh juga adalah clone. nama john adalah dari barat. tapi kenapa tak report? Bab telefon laju komplen tapi bab makanan semua diam. Berapa banyak bazaar ramadhan yg jual barangan clone?" kata kenyataan itu kononnya dari Pegawai Pembangunan Maklumat Dasar KPDNKK.
Laman palsu itu juga menggunakan gambar profile yang sama dengan laman asal, bagaimanapun nama laman palsu itu agak berlainan.
Difahamkan laman Facebook itu diwujudkan semalam bagi memburuk-burukkan KPDNKK yang dilihat tidak tegas menangani masalah penipuan yang berlaku di Plaza Low Yat.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak terus menerus menyebarkan kenyataan palsu itu
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal USAH PERCAYA LAMAN FACEBOOK PELESU KPDNKK. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment