‘Saya tidak sengaja langgar adik’ - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di ‘Saya tidak sengaja langgar adik’ harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
‘Saya tidak sengaja langgar adik’

‘Saya tidak sengaja langgar adik’



SEREMBAN 22 Jun – “Adik tolonglah bangun. Jangan macam ni,” rayu Zaini Daud, 35, sambil merangkul Nur Aminah Zaimin Jasmin, setahun sebulan.

Dia tidak dapat menahan tangis apabila melihat darah memancut keluar dari mulut, telinga dan hidung anak kecilnya itu.

Nur Aminah Zaimin hanya memandang sayu wajah Zaini tanpa suara kerana kecederaan parah yang dialaminya selepas dilanggar secara tidak sengaja oleh Toyota Unser yang sedang diundurkan wanita itu di rumahnya di Kampung Tebing Tinggi, Labu, di sini dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu dikatakan keluar rumah mengekori ibunya tanpa disedari wanita tersebut yang sedang mengundurkan kenderaan pelbagai guna itu untuk mengeluarkan motosikalnya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Semasa mengundurkan ken­deraan, saya amat pasti tiada apa-apa yang menghalang laluan namun ketika mula bergerak ke hadapan, saya rasa seperti melanggar batu.

“Selepas memberhentikan kenderaan untuk melihat halangan tersebut, saya dapati adik (Nur Aminah Zaimin) sudah terbaring di sisi kereta,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Sambil menegaskan berkali-kali dia tidak membunuh anak bongsunya itu, tetapi tragedi tersebut berlaku secara tidak sengaja, Zaini mengakui emosinya masih tidak stabil dan trauma mengenangkan kejadian tersebut.

“Memandangkan saya hanya ada seorang anak perempuan sebelum adik (Nur Aminah Zaimin) dilahirkan, kini kehilangannya amat dirasai oleh setiap ahli keluarga.

“Tidak sangka, adik tinggalkan saya sebelum sempat saya lihat dia membesar,” katanya menahan sebak.

Jenazah Nur Aminah Zaimin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, Pasir Puteh Batu Lapan, 11.30 malam tadi.

“Kini hanya tinggal baju, rantai emas dan kasut baharu adik sebagai kenangan untuk kami sekeluarga,” ujar Zaini sayu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal ‘Saya tidak sengaja langgar adik’. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.