Punca sebab kenapa Tun M selalu turun bazar Ramadan terjawap dan amat mengezutkan
SHAH ALAM - "Nak cari popia," itu jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya tujuan beliau selalu turun ke bazar Ramadan.
Katanya popia merupakan antara makanan wajib beliau sekiranya ingin berbuka puasa.
"Tun teringat Pekan Rabu kah?’ soal seorang pengunjung yang turut mengambil kesempatan bertanya kepada beliau?
“Pekan Rabu tidak berapa ada popia, cuma ada pulut udang.
“Sini tidak ada pulut udang, orang sini tak tahu buat pulut udang, orang Kedah sahaja boleh," selorohnya ketika ditemui Sinar Online di Bazar Ramadan Shah Alam Seksyen 13 hari ini.
Sementara itu, Sinar Online difahamkan, selain popia Dr Mahathir turut menyukai putu piring.
"Tun juga kalau ke bazar akan cari putu piring, itu antara kegemaran beliau," katanya.
Kehadiran Dr Mahathir ke Bazar Ramadan Shah Alam hari ini menyebabkan keadaan sesak seketika disebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan 'berselfie' dengan beliau.
Bayangkan, sebaik beliau memulakan langkah untuk bergerak orang ramai sudah mula mengerumi beliau.
Namun Dr Mahathir dengan gaya bersahaja dan santai tetap menyantuni orang ramai yang berada di bazar tersebut.
Bazar Ramadan Shah Alam merupakan bazar keempat yang dikunjungi oleh Dr Mahathir tahun ini, selepas bazar di Kampung Baru, Putrajaya dan Keramat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Punca sebab kenapa Tun M selalu turun bazar Ramadan terjawap dan amat mengezutkan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment