'AWAK MUSLIM, AWAK DIAMLAH JILAKE!'
Seorang wanita bernama Tahera Ahmad memuat naik kenyataan dirinya diberi layanan buruk oleh anak kapal United Airlines dalam penerbangan ke Washington.
Dakwa Tahera, pramugari pesawat itu berkelakuan teruk dan memberikan layanan diskriminasi terhadapnya menyebabkan beberapa penumpang yang menghinanya.
Baca pendedahan di bawah:
SAYA duduk di dalam pesawat United Airlines pada ketinggian 30,000 kaki di udara dan menangis kerana dihina serta diberi layanan diskriminasi oleh anak kapal.
Salah seorang pramugari bertanya, apa yang saya nak minum. Jadi, saya meminta air Diet Coke. Lalu dia membawa air yang dipinta dengan tin yang sudah dibuka penutupnya.
Atas sebab kebersihan, saya meminta dia berikan Diet Coke yang belum dibuka penutupnya. Namun, pramugari itu menolak permintaan saya dan menyatakan air itu masih baru dan tidak diminum oleh sesiapa.
"Maaf, saya tak boleh bagi awak tin yang masih belum dibuka. Jadi, tiada Diet Coke untuk awak," katanya.
Pramugari itu kemudian membawa setin air bir yang masih belum dibuka penutupnya dan diberikan kepada seorang penumpang lelaki yang duduk bersebelahan dengan saya.
Lalu saya bertanya lagi kepada pramugari itu mengapa dia enggan memberi saya Diet Coke yang masih belum dibuka penutupnya?
"Kami tidak dibenarkan untuk memberi air tin yang masih belum dibuka penutupnya kepada penumpang kerana mereka boleh menggunakannya sebagai senjata di dalam pesawat ini," jelas pramugari itu.
Jadi, saya beritahu dia, jelas sekali dia bersikap diskriminasi terhadap saya kerana dia boleh memberi penumpang lelaki di sebelah saya tanpa membuka penutup tin berkenaan.
Pramugari berkenaan terus melihat pada air tin yang dimaksudkan, lalu merampas dan membuka tin itu dan berkata,
"itu supaya anda tidak menggunakannya sebagai senjata," katanya.
Disebabkan tindakan pramugari itu, saya bertanya kepada orang di sekeliling sama ada mereka menyaksikan layanan diskriminasi dan kelakuan buruk pramugari berkenaan dan secara tiba-tiba salah seorang penumpang lelaki yang duduk berhampiran menjerit,
"Kamu Muslim, kamu perlu diamlah CELAKA!,"
Saya terkedu dan hanya mampu mengucap "Apa???"
Lelaki itu kemudian berdiri dan bersandar pada kerusinya melihat saya,
"Ya! Kamu tahu kamu akan gunakannya sebagai senjata. Jadi diamlah celaka!"
Saya dapat rasakan kebenciannya berdasarkan suara dan pandangannya. Saya tak mampu berbuat apa-apa lagi melainkan hanya mampu menangis di dalam pesawat hanya kerana menyangka ada orang yang akan mempertahankan saya dan berkata sesuatu yang baik.
Sesetengah penumpang hanya mampu menggelengkan kepala mereka menyaksikan insiden itu.
#IslamophobiaISREAL
TAHERA AHMAD
Director of Interfaith Engagement/Associate Chaplain
at Northwestern University
Berikutan perkongsian itu, akaun Facebook Tahera menerima serangan dari pelbagai pihak yang cuba mengodam akaunnya dengan tujuan yang tidak baik. selain dari akaun Twitter dan emelnya.
"Jika anda menerima mesej yang berunsur pelik dan cuba menyemai kebencian, itu bukan diri saya. Ada pihak yang cuba menyamar menjadi saya dan memburukkan nama saya bagi menutup cerita yang saya dedahkan berkaitan dengan United Airlines.
"Saksikan pendedahan seterusnya di channel Al-Jazeera malam ini jam 8 malam (EST)," katanya.
Ekoran dari insiden itu, umat Islam di seluruh dunia mewujudkan hashtag #UNITEDFORTAHERA bagi menyatakan sokongan terhadap beliau.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'AWAK MUSLIM, AWAK DIAMLAH JILAKE!'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment