Luahan sayu guru mengandung 8 bulan dicerai suami akibat berjauhan - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Luahan sayu guru mengandung 8 bulan dicerai suami akibat berjauhan harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Luahan sayu guru mengandung 8 bulan dicerai suami akibat berjauhan

Luahan sayu guru mengandung 8 bulan dicerai suami akibat berjauhan



Assalamualaikum, disini saya ingin ceritakan kisah pahit yang saya lalui sebagai guru. Saya berkahwin pada akhir Nov 2013 selepas itu saya bertugas pada Feb 2014. Dalam tempoh tersebut saya tidak dapat tinggal berasingan bersama suami, tambah pula masalah ayah mertua yang mengalami sakit ‘stroke’. Impian saya tidak kesampaian. Suami bekerja sebagai penjawat awam mengambil keputusan bekerja ulang alik dari kuala lumpur ke ipoh dan dari ipoh ke kuala lumpur setiap hari atas sebab menjaga ayah mertua yang sakit, perjalanan dengan menaiki bas. Dia bangun pada jam awal jam 3 pagi dan pulang pada lewat jam 10 malam. Saya sanggup mengantar dan mengambil suami dari hentian bas kerana ingin luang sedikit masa tersisa dengan suami walau keadaan saya sedang mengandung.

Setiap hari masa saya bersama suami sangat terbatas hanya pada hari sabtu ahad sahaja kami dapat luang masa bersama namun apabila saya terpaksa bertugas ke borneo menyebabkan keadaan berubah. Saya berusaha cari jalan untuk berpindah ke semenanjung tetapi usaha tidak berhasil,saya tetap bertugas di borneo. sikap suami kadang kala memberi tekanan kepada saya apabila kami bertengkar, punca pertengkaran kami kebanyakan disebabkan ibu mertua saya. Saya merayu kepada suami agar jangan dipanjangkan pertengkaran ini terutama dalam keadaan saya mengandung, ianya memberi tekanan hebat kepada saya. Pernah suatu ketika saya mengalami kemurungan disebabkan tekanan berjauhan malah kami bergaduh hal yang berpunca kerana ibu mertua, sehingga suami tidak mahu menjawab panggilan dan sms dari saya. Saya terpaksa meminta bantuan dari bapa, akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan.

Selepas itu, terjadi juga pertengkaran sehingga suami dengan mudah mengugut kata cerai dan berpisah, berulang kali saya berpesan pada suami agar tidak berkata seperti itu serta berbincang dengan baik, namun suami tidak mendengar kata. Sehingga usia kandungan saya 8 bulan suami bertindak menceraikan saya atas alasan yang sangat tidak munasabah. Penceraian yang berlaku memakan diri suami kerana sikapnya yang suka mengugut dengan gunakan perkataan tersebut agar saya tunduk serta patuh padanya. Malah campur tangan ibu mertua yang melaga-lagakan hubungan kami mengeruhkan keadaan selepas ayah mertua meninggal dunia.

Apa yang terjadi pada saya bukan saya ingin salahkan KPM seratus peratus tetapi sedikit sebanyak kesan berjauhan memberi impak negetif pada alam rumah tangga saya. Kini impian saya untuk tinggal berasingan dengan suami tidak kesampaian serta anak saya tidak dapat kasih sayang sepenuhnya dari ayah sendiri. Saya meminta pihak kementerian perihatin terhadap kami yang sudah berkeluarga. Saya sebagai ibu tunggal memohon pihak kementerian tidak abaikan kami, saya tidak mahu menanggung risiko membawa bayi ke borneo atas faktor keselamatan dan perjalanan yang sangat jauh. Saya benar-benar berharap dapat pindah,sekurangnya ada keluarga yang dapat membantu serta sepenuhnya dapat fully breastfeeding ank ini. Kalau pihak pertukaran membantu saya sgt hargai..sekarang saya tengah usaha untuk berpindah.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Luahan sayu guru mengandung 8 bulan dicerai suami akibat berjauhan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.