Pandangan Tunku Mahkota Johor ini bakal buat Khairy Jamaluddin & FAM sentap - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Pandangan Tunku Mahkota Johor ini bakal buat Khairy Jamaluddin & FAM sentap harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Pandangan Tunku Mahkota Johor ini bakal buat Khairy Jamaluddin & FAM sentap

Pandangan Tunku Mahkota Johor ini bakal buat Khairy Jamaluddin & FAM sentap



Tulisan dibawah dikeluarkan melalui Page Rasmi Johor Southern Tigers daripada Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kepada YB Khairy Jamaluddin dan FAM. Baca lagi:

Kepada YB Khairy Jamaluddin dan FAM...

Saya jujur, neutral dan saya sebenarnya lebih suka mendiamkan diri, tetapi kadangkala saya terpanggil untuk bersuara. Terdapat satu yang telah dipolitikkan. 

Baru-baru ini, Malaysia telah mengaturkan satu perlawanan dengan Tottenham Hotspurs. Saya ada satu soalan... Sebagai Menteri Belia dan Sukan serta ahli politik, anda bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Selain itu, anda juga bertanggungjawab memegang jawatan tersebut dengan penuh dedikasi dan integriti. Saya ingin juga mengucapkan syabas kerana telah menjalankan tugas dengan baik untuk sukan negara. 

Anda tentu tahu bahawa perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Malaysia tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada pasukan kebangsaan, tetapi saya terkejut anda berkata sebaliknya dan berpendirian seperti FAM. Perlawanan ini hanya mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu untuk meraih keuntungan bagi FAM dan pihak penganjur yang membawa pasukan tersebut ke Malaysia. Adakah ianya membawa sebarang manfaat kepada pasukan kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia?

Anda, saya, dan seluruh rakyat Malaysia tahu ianya tidak mendatangkan faedah. FAM mendakwa perlawanan ini adalah salah satu perlawanan sebagai persediaan untuk kelayakan Piala Dunia. Pertama sekali, ianya tidak membantu ranking dunia kita; dan keduanya, ianya tidak membantu persiapan pemain tempatan kerana terdapat lima pemain asing dipilih untuk bermain. Kita harus beri lebih fokus kepada FIFA Match Dates kerana ianya boleh memberi lebih manfaat kepada performance dan ranking. 

Pandangan dan nasihat saya kepada YB Khairy... Berdiri teguh bersama penyokong bolasepak negara, dan perjuangkan perkara yang betul. Sebagai seorang yang akan memimpin pada masa akan datang, rakyat perlu tahu bahawa sebagai pemimpin mereka, anda akan memperjuangkan kebenaran. Anda patut berkhidmat kepada mereka dengan menyuarakan permasalahan dan ketidakpuasan hati mereka terhadap FAM, yang telah menguruskan bolasepak negara dengan tidak memuaskan selama 30 tahun kebelakangan ini. Untuk maju ke hadapan demi bolasepak negara, kita perlu menumpukan usaha terhadap prestasi dan ranking pasukan kebangsaan. Tidak lupa juga untuk mengagihkan hasil dan hak penyiaran secara adil kepada setiap pasukan yang bertanding. 

Saya tahu, anda sentiasa ada jawapan bagi segala persoalan. Contohnya, anda pernah menyatakan bahawa Bukit Jalil merupakan Stadium Kebangsaan dan selaku Stadium Kebangsaan, "cow grass" tidak sesuai digunakan dan rumput yang lebih berkualiti diperlukan. Namun hari ini, anda mengambil khidmat jururunding padang PBNJ bagi menggantikan rumput di SNBJ dengan "cow grass" dan memuliharanya sebagaimana dilakukan di Larkin. 

Anda seorang menteri yang baik, berkeazaman, dan berdedikasi untuk masa hadapan, tetapi saya nasihatkan supaya anda mula lakukan apa yang betul demi pembangunan sukan terlebih dahulu, dan sentiasa tegur FAM jikalau ada perkara yang salah supaya rakyat akan sentiasa ingat anda mempertahankan perkara yang betul dengan penuh integriti; dan ini tentu membantu dalam perjalanan politik anda pada masa akan datang.

Akhir sekali, berkenaan "perlawanan sarkis" tersebut, saya tidak mengatakan supaya ianya dibatalkan, cuma saya berharap anda pastikan bahawa ianya tidak berulang, kerana kita perlu mula melakukan perkara yang bermanfaat untuk bolasepak negara, bukannya menguntungkan mereka yang berada dalam FAM. Anda telah mengendalikan sukan dengan baik, tetapi juga anda perlu memartabatkan bolasepak negara. Jangan biarkan bolasepak dipolitikkan sebagaimana beberapa isu telah dipolitikkan dalam negara sejak kebelakangan ini. 

Saya bersuara bukan kerana hendak menjadi Presiden FAM. Saya takkan sekali-kali menjadi Presiden FAM. Saya bersuara kerana cintakan sukan bolasepak. Bolasepak seharusnya ditadbir dengan penuh integriti dan ketelusan, yang seterusnya akan menguntungkan semua pasukan yang bertanding di Malaysia. Dengan itu, adalah satu perkara yang boleh dibanggakan oleh pencinta bolasepak tanah air. 

Pandangan ikhlas daripada,
Orang yang paling dibenci dalam bolasepak Malaysia. 

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Pandangan Tunku Mahkota Johor ini bakal buat Khairy Jamaluddin & FAM sentap. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.