Kisah benar isteri sarat hamil diabai suami ini wajar dijadikan pengajaran
Kisah benar ini diceritakan oleh Kak Hasanah yang melihat kejadian ini berlaku didepan matanya. Kejadian ini walaupun nampak ringan, namun seringkali berlaku tanpa disedari. Semoga menjadi iktibar dan pengajaran buat para suami diluar sana. Baca lagi:
Pernah saya perhatikan sepasang suami isteri di kawasan shopping mall.
Selesai mencari tempat parking, suami mengeluarkan wang lalu menghulurkan kepada isteri. Membiarkan isteri membeli belah seorang diri dalam keadaan perut memboyot ke hadapan. Saya kira usia kandungan isterinya telah mencecah 8 bulan, hampir 9 bulan. Saya perhati kelibat mereka dari kejauhan, si isteri berjalan sendirian dan si suami pula tidur dalam kereta sementara menunggu isterinya. Kebetulan saya dan bonda ketika itu hendak menuju ke kaunter pembayaran, terlihat wanita tadi sedang menolak troli yang penuh dengan barang-barang dapur. Ya Allah sayunya ketika itu, sesekali kelihatan dia mengelap peluh di hujung lengan baju. Bukan sekali menyaksikan perkara sebegitu, seringkali juga terserampak dengan isteri yang hamil terlalu sarat tetapi perginya ke hospital keseorangan diri, perginya ke pasar keseorangan diri, perginya ke mana-mana keseorangan diri.
Mana suami ?
Mana ?
Alasan kononnya 'meramaikan umat nabi Muhammad'
Tapi tak reti 'menjaga hak-hak dan cara nabi Muhammad menjaga isterinya'.
Tahu buat, tahu 'jaga'.
Taknak jaga, tak perlu buat.
Jangan menyusahkan isteri !
Kalaulah tugas dan tanggungjawab seorang 'suami' hanya kepada 'itu', lebih baik si isteri saja memikul tanggungjawab sebagai 'suami'. Malu pada Rasulullah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Kisah benar isteri sarat hamil diabai suami ini wajar dijadikan pengajaran. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment