Wanita Kurung Anak Dalam Rumah Selama 10 Tahun merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Wanita Kurung Anak Dalam Rumah Selama 10 Tahun membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.


Wanita Kurung Anak Dalam Rumah Selama 10 Tahun






Sweden – Selepas 10 tahun dikurung di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar, tiga wanita yang merupakan adik beradik berjaya melepaskan diri daripada cengkaman ibu mereka.

Ketiga-tiga beradik itu kini berusia 32, 24 dan 23. Mereka berjaya diselamatkan selepas salah seorang daripada mereka melarikan diri dan memaklumkan mengenai situasi yang dialami itu kepada jiran.

Susulan itu, ibu mereka yang berusia 59 tahun telah ditangkap.

Menurut saksi, salah seorang daripada tiga beradik itu terpaksa dipapah ketika diselamatkan.

Polis memaklumkan, pihaknya menerima laporan yang menyatakan terdapat seorang wanita yang telah mengurung anaknya selama 10 tahun di dalam rumah mereka.

Wanita itu dikatakan berbuat demikian bagi menyembunyikan anak-anaknya daripada bapa mereka.

Malah jiran setempat juga tidak mengetahui mengenai tiga beradik tersebut kerana rumah mereka sentiasa senyap dan sunyi.

Bapa mereka pula dilaporkan tidak lagi bertemu dengan anak-anaknya sejak 17 tahun lalu.

Kejadian itu mengejutkan penduduk di bandar kecil itu yang hanya mempunyai populasi penduduk kurang daripada 8,000 orang.sumber




Artikel Wanita Kurung Anak Dalam Rumah Selama 10 Tahun ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.

Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.