TMJ Letak Jawatan Penasihat FAM Serta-Merta! merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga TMJ Letak Jawatan Penasihat FAM Serta-Merta! membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.


TMJ Letak Jawatan Penasihat FAM Serta-Merta!








KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan peletakan jawatan baginda sebagai Penasihat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa serta-merta.

Baginda membuat keputusan itu kerana tidak mahu lagi menjadi sebahagian daripada FAM yang dianggap tidak profesional dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah badan induk bola sepak di negara ini.

Titah Tunku Ismail, baginda cuma mahu bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.

“Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya sebagai Penasihat FAM,” titah baginda dalam satu kenyataan malam ini.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menjelaskan baginda mempunyai impian badan pentadbir bola sepak Malaysia dikendalikan oleh golongan yang berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bola sepak.

Titah baginda, badan induk bola sepak negara tidak sepatutnya ditadbir oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik.

“Saya impikan suatu hari nanti persatuan-persatuan bola sepak diuruskan oleh mereka yang profesional. Saya impikan para penyokong bola sepak tempatan lebih bertamadun dalam menyokong pasukan masing-masing dan tidak berbalah sesama sendiri.

“Saya mengimpikan setiap pasukan dilayan secara adil. Hanyalah bolasepak, permainan yang indah, tiada politik,” titah baginda.

Terdahulu Tunku Mahkota Johor hari ini melahirkan tidak berpuas hati dengan keputusan tidak adil FAM berhubung pasukan yang akan beraksi dalam Piala AFC 2015.

Titah baginda, FAM tidak membenarkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meminda tarikh perlawanan menentang Selangor daripada 21 kepada 20 Februari dan menentang Sarawak pada 7 kepada 6 Mac 2015.

Bagaimanapun, permohonan pasukan Pahang untuk menunda tarikh perlawanan daripada 1 kepada 2 Mac diluluskan sedangkan alasan JDT dan Pahang dalam permohonan itu sama kerana kedua-dua pasukan terlibat dengan AFC.sumber





Artikel TMJ Letak Jawatan Penasihat FAM Serta-Merta! ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.

Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.